لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Tuesday, December 21, 2010

BERSIKAP SEDERHANA

Bismilahirahmanirahim...

Aku panjatkan segala kesyukuran kepadaMu ya Allah.Alahmdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.Terima kasih. Hari ini KAU masih bagi aku hidup..menikmati segala kurnianMu.

Alhamdulillah. Semalam mood ana agak sedih. Tapi alhamdulillah sedih itu tidak berpanjangan. Ana pun tidak mengerti kenapa ana menanggis.Ana cuma rasakan ana perlu menanggis dalam pada masa yang sama datang suara-suara yang menguatkan ana. Di ketika itu ana benar-benar bermohon ''ya Allah aku berlindung daripada kesedihan ini'' hapuskan kesedihan ini ya Allah..kuatkan aku... Jika kesedihan ini adalah untuk mendekatkan lagi diriku dengan Mu ya Allah...baik di sisiMu maka baiklah di sisiku. Semoga air mata ini menyucikan hatiku ya Allah. (mana mungkin ana akan menanggis jika Allah tidak izinkan..mana mungkin ana sedih jika bukan Allah yang aturkanNya,mana mungkin semua ini berlaku tanpa izin Allah. Allah... bila diri ku sedih aku teringatkan Mu... Kuatkan aku dalam dugaan Mu ini ya Allah ajrlah aku untuk keluar dari kesedihan yang berpanjangan. Pokok pangkal segala datang dari Allah. Mana mungkin Allah datangkan sesuatu tanpa memberi manfaat ? ) >> bisik diri yang lemah ini.

Ana yakin pasti ada kebaikan dari kesedihan itu. Allah itu Baik. Alhamdulillah.Kesedihan itu tidak berpanjangan. (^_~) Malah ana lebih tenang~ terasa lebih dekat denganNya. Terima kasih ya Allah.

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala." Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu." Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang," jawabnya. Ibnu Mas’ud r.a. berkata: " Seorang yang mengenal al Quran dikenali apabila waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya ketika orang lian tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga. Seharunya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam lalai, bersuara keras dan pemarah

Kadang-kadang kita tak dapat nak marah bila orang berbuat jahat kepada kita. Kita hanya dapat mengalirkan air mata  , dan teringat janji Allah kita jadi kuat.
‎"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu seorang yang beriman"
[Al-Imran : 139] >>>>> ya ana tak boleh lemah ana kena kuat,kecil sangat ujian ini berbanding dengan perjuangan rasulullah..malunya ana..''ya Allah ajarlah aku didiklah aku semoga aku dapat mencontohi ya Rasulullah.''  



Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasyr: 20)

Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang yang berdosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur." Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun, Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Tanyailah orang-orang yang soleh mengapa dia tidak berhibur: "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati tu di belakang kami,kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah. Menangisah di sini, sebelum menangis di sana……



Allah...Allah...Allah.. Buat kalian di luar sana tabahlah
''Tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid (Keesaan Allah). Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah SWT, tidak ada baik dan tidak ada jahat, tidak ada rugi dan tidak ada untung dan tidak ada faedah dan tidak ada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam tangan Allah.''
 
''tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatan-Nya. Tidak ada didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah.''

miss tepung komak(^-^) >>> bersederhana dalam hidup ini tidak terlalu sedih..tidak terlalu gembira.Kerana islam mengajar kita bersikap sederhana dalam menangani apa pun yang menimpa diri kita, samada dugaan ataupun nikmat.Kerana dalam sikap sederhana inilah kita akan dapat banyak faedah dalam hidup kita.Tentang sikap sederhana ini Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Firman Allah SWT di dalam al Quran :

''...dan sentiasalah bersikap pertengahan,sederhana,hasil yang akan di perolehi denganya,kamu akan mencapai sasaranmu(syurga) ...'' [Hadis Riwayat Bukhari ]

''Mengapa ana harus bersedih berlebihan bukankah segala sesuatu telah di tentukan Allah?''

''Bukankah semua ini datangnya dari Allah? Tidakkah cukup bagi ana untuk bersyukur padaNya dan bersikap sewajarnya?

Nasihat Imam Ali r.a
Beliau berkata..
''Wahai anak Adam,janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan,janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran,janganlah berduka dengan becana,janganlah (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan kerana emas itu di uji dengan api.Seorang hamba yang soleh di uji dengan bala.Sesungguhnya engkau tidak akan dapat apa yang engkau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang kau inginkan.Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai.Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang di fardukan.''

Terima kasih ya Allah atas kesedaran ini ..terima kasih buatkan diriku bermuhasabah dan sentiasa bermuhasabah..Alhamdulillah.Moga dengan ini aku lebih dekat denganMu.

No comments:

Post a Comment