لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Wednesday, December 1, 2010

BUAT BAKAL TEMAN HIDUPKU

<siri 3 >



Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

4 comments:

  1. Salam.. miss tepung komak. Semoga berbahagia bersama Allah.. semoga impianmu mendapat suami soleh yang menyayangi dan mengasihimu akan ditunaikan Allah..Amiin.. ikhlas doa dari akak. Jangan tertipu oleh solehnya sajak2 dan ayat2. Jangan terlena oleh pujuk rayu yang penuh ketuhanan.. lelaki, sangat sukar diduga. Siasatlah latar belakangnya dan keluarganya benar2. Jangan kau termasuk perangkap dan terkurung dalam sangkar. Hidupmu akan dihinakan dan digolekkan seperti bola oleh lelaki yang menggunakan agama untuk kepentinganmu. Akak berpesan sebagai ukhti fillah..agar dirimu dan zuriatmu takkan merana oleh perbuatan zalimnya seorang lelaki yang penipu, bermain kata-ata bersendikan ayat-ayat ketuhanan utk mengaburi wanita. apabila sudah menjadi isterinya, maka dengan rasmi kau akan dijadikan hamba, kebolehanmu akan disekat dan kau akan dibiarkan melarat menderita.........

    ReplyDelete
  2. Salam..ana sokong comment di atas.Kalau tengok profile wanita yg berpurdah di facebook xkan lari dari komen lelaki yg memuji xhabis2...pada pendapat ana ada baiknya jika wanita yg berpurdah ini xletak gambarnya berpurdah takut menjadi seperti yang suri_rumah komen di atas...dan ingatlah wanita yg baik untuk lelaki yg baik,itu janji Allah...wallahu'alam
    "Perbaiki diri dan islahkan org lain"

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... buat akak.. betul tu kan akak amat menakotkan.. dunia dengan penduduknya yang amat sukar sekali kita nak ramal. Semoga Allah tunjukkan di sebalik 'kealiman' yg hanya di gunakan sebagai topeng untuk menutup keburukan. subhanallah...

    buat pakcik din..betul ana juga tgk keadaan seperti itu. terima kasih pakck din moga di berkati allah..

    ReplyDelete
  4. ada di sekitar ana?? subhanallah. amat menakutkan... besarnya ujian Allah buat akak... akak yang dalam blog akak itu semua anak akak ke? comelnya...sejuk hati melihatnya

    ReplyDelete