لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, January 1, 2012

selamat tinggal semalam

Assalammualaikum wbt,

Ana memang kuat berangan-angan nak jadi solehah,begitu juga kalian semestinya nak menjadi soleh dan solehah..tapi insyaAllah jika dah ada niat Allah akan bantu kita ke arah tu..tapi kena usaha sungguh-sungguh dalam usaha mencapai misi dalam saki baki umur yang masih ada.

Andai di toleh ke masa lalu,sememangnya terasa lemah semangat.Banyaknya nosa dan noda.Namun jika kita sentiasa melihat ke belakang sampai bila-bila pun kita tidak akan terlepas dari diri kita yang lama.Setiap hari apabila bangun dari tidur,jadilah diri yang baru.Tinggalkan sahaja diri yang semalam.Andai diri yang semalam kurang baik,diri hari ini patut lebih baik.Andai diri yang semalam sudah baik,soleh/solehah harini patut lebih dan lebih lagi baik dan soleh/solehah dari semalam.

Meneliti hadith popular ini.. Nabi SAW bersabda :


"Tujuh golongan berada dalam lindungan Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain lindunganNya; pemimpin yang adil, pemuda yang rajin beribadah, seseorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid, dua individu yang menjalinkan cinta dan kasih kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yang dirayu wanita cantik dan berkedudukan namun berkata, 'Aku takut kepada Allah!', seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah sendirian lalu bercucuran air matanya." (HR al-Bukhari dan Muslim).




melalui hadith ini,Allah memberikan banyak peluang kepada golongan lelaki untuk berubah.Takkanlah daripada kesemua yang berada di atas kamu tidak mahu raih?

Fighting! Cuba salah satu jika nak dapat lindungan Arasy di akhirat kelak baik lelaki mahupun wanita seharusnya merebut segala peluang yang ada. Sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Usah pandang ke belakang,usah pandang siapa anda sebelum ini pandanglah ke depan. Siapa anda sekarang dan masa akan datang. InsyaAllah Allah akan membuka jalan-jalan menuju Nya. ^_^


No comments:

Post a Comment