لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Tuesday, January 3, 2012

Back to fitrah

Assalamualikum wbt


Bismiliahirahmanirahim..apa khabar semua sempena masuk ke tahun baru ,meningkatlah umur kita semua.Semakin tua kan sob..sob. Macam cik NFA la..lalalala. semoga umur kita ini mendapat berkat dariNya ya.insyaAllah. Pernah tak kamu semua rasa terpanggil di hati untuk kembali kepadaNya. Sebenarnya kita tahu, kita tersasar ke jalan yang salah. Namun kita tidak tahu bagaimana untuk kembali. Kita banyak menidakkanya, menangguhkan. Walhal hati kita tetap tidak tenang. (Allah mengetuk hati kita sebenarnya untuk kembali kepadaNya bersykurlah kita, hati kita masih hidup. Hati kita masih dapat lagi rasakan ada benda yang tidak kena. Hanya satu cara untuk kembali kepada sedia kala. Back to fitrah .Jangan di lawan fitrah kita yang semangnya ingin kebaikan.

Taubat :Pintu Gerbang Kehidupan Baru.

Kalam agungnya dalam Surah al Baqarah [2:222] :

''sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyucikan diri ''

Meneliti islam sangat mementingkan kesucian diri, lahiriyyah dan batiniyyah ( luar dan dalam ). Contohnya manusia tidak dapat lari daripada terkena kotoran samada najis,debu dan sebagainya.Lalu Allah memerintahkan manusia berwudhuk untuk menyucikanya.

Bagaimana nak menyucikan luar dan dalam?  dari noda dan dosa silan tidak kira lah samada kecil atau besar. Ya,taubat nasuha. Untuk memulakan kehidupan yang baru tidak cukup dengan hanya memulakan azam yang baru tapi mestilah di sertakan dengan taubat. Jika dah berubah tapi tidak bertaubat masih belum balance.

Jangan takut untuk bersujud

Dalam riwayat muslim ada menyebut dari Abu Musa bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

''Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari, untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam harinya.Allah juga membuka tanganya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya,sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya(kiamat).

Lihat 24jam waktu Allah buka untuk mengampunkan dosa-dosa kita. Betapa pemurahnya tuhan kita.Masjid pun tak buka 24 jam. Tapi kita masih lagi menangguh-nangguh,menunggu-nunggu untuk bertaubat beralasan tak saampai seru lagi. Hairan. Ana pun hairan dengan diri sendiri. Lebih kurang je. Peluang kat depan mata tapi tak nak juga grab cepat-cepat.Bila nyawa dah di kerongkong,pintu taubat telah di tutup.Menyesal pun dah tak guna.

Apa itu ran?

Firman Allah dalam surah al-mutafiffin [83 :14 ]



''sebenarnya! ( ayat-ayat kami itu tidak ada cacatnya ) bahkan dengan hati mereka telah di selaputi kekotoran (dosa ) dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat ) yang mereka kerjakan.''

Dengan kata lain fahami kotoran yang berupa titik-titik hitam yang kita kumpul dari dosa-dosa kecil hinggalah dosa-dosa besar. tiada cara untuk membersihkan  Ran ini kecuali dengan taubat dan keampunan dari Allah. Pentingnya buang ran itu kerana hidup tiada tujuan,iman tergugat,iman tercabut,hati tidak tenang dan sebagainya. Mari kita nyahkan ran ini dengan taubat. Stop maksiat mari bertaubat. Ayuh !

Untuk berjuang membangunkan umat,menjaga umat islam dan agama kita marilah kita bertaubat.Buang ran hidup tenang insyaAllah.

Cara taubat paling senang, solat sunat 2rakaat di niatkan sungguh-sungguh semata-mata kerana Allah ''sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taala'' Bacalah apa saja surah yang di ketahui yang penting insaf betul-betul,tidak mengulangi lagi  dan mengharapkan hidup yang baru semata-mata mengharap redha Allah.

Ana doakan diri ana berjaya bertaubat.Juga kamu sekalian.Amin.

apa yang telah berlaku biarkan berlaku,segalanya telah terjadi anggap sahaja kita di uji,ujian Allah untuk kita dan apa yang penting sekarang kita mulakan yang baru. Sungguh-sungguh kerana Allah. Berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah insyaAllah. Sayang kamu,kamu dan kamu semua. ^_^ cik NFA nak mulakan hidup yang baru, azam baru.. nak ikut tak? jom..kalo geng ngan cik NFA kena berubah ye.Berubah ke arah yang lebih baik.


Kita nak Allah panggil kita dengan "Ya Ayyuhallaziena aamanuu" (wahai orang2 yg beriman). Sebolehnya, kita tak mahu Allah panggil kita dengan "Ya Ayyuhannaas" (wahai manusia; org biasa, munafik, musyrik, kafir).


Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menzalimi diri sendiri dan berbuat zalim pada orang lain. Ampuni aku Ya Allah! Ampuni aku..Pimpinlah daku, luruskanlah hatiku. Kawallah mazmumahku agar tidak merosakkan agamamu dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain.....

No comments:

Post a Comment