لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Tuesday, November 30, 2010

baby baru (^_^) alhamdulilah

Bismilahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah baru sahaja lepas menikmati sarapan bagi .Terima kasih ya Allah .Segala galanya dari Mu ya Allah. Hari ni hari pertama ketiadaan ibu ana di sisi. So pagi tadi ana masak nasi goreng nyum2 bestt jugak hehe.Nasi goreng ikan masin. Baru sehari ibu ana pergi ke KL terasa rindu yang teramat sangat. Nasib baiklah pagi2 tadi dah dengar suaranya. ;)

1dec pada pukul 7:52 pagi
ana dapat massage dari abang ana yang no 2. Katanya isterinya sudah di masukkan ke lobor room dekat hospital Bangsar. Wah, alhamdulillah mungkin tak lama lagi makin bertambah lah anak buah ana ye. ^^ seronoknya....

1dec pada pukul 9:24 pagi
ana dapat lagi massage dari abang ana. Alhamdulillah anaknya telah selamat di lahirkan. Bayi perempuan seberat 2.5kg. Jadi kelima lima anak buah ana semuanya perempuan. Ana doakan mereka menjadi seorang muslimah solehah  apabila besar nanti insyaAllah.Sahabat sekalian doakan lah juga ya :)


Ana doakan semoga segalanya di permudahkan...di berkati dan di rahmati Allah. Semoga bayi ini akan berjuang menegakkan islam satu hari nanti.

miss tepung komak berkomunikasi ::

''Ya Allah,betapa baiknya perancangan Mu ya Allah. Sesungguhnya pengetahuanku terbatas tapi tidak pada pengetahuan Mu ya Allah. ya Allah kalau bukan kerana nenek ku sakit tenat tentu ibuku tidak pergi ke KL semalam.dalam waktu yang sangat pantas . Dan harini kau telah mengizinkan kelahiran bayi abangku setelah tibanya ibuku di sana. Ya Allah betapa baiknya perancangan Mu ya Allah dalam meletakkan sesuatu hal itu. Dan semua itu sesekali tidak akan berlaku tanpa izin Mu ya Allah. Subhanallah. '' Jika engkau inginkan sesuatu perkara itu terjadi maka terjadilah Ia. Begitulah juga sebaliknya.

Sahabat sekalian mari lah kita renung sejenak. Fikirkan sejenak apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang,apa yang terjadi dalam hidup kita sekarang. Apakah mungkin semua itu berlaku tanpa izin Allah? TIDAK  wahai sahabatku sekalian.Segalanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. sedarilah bahawasanya Allah lah sebaik baik perancang MasyaAllah. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..!


insyaAllah wahai sahabat sekalian ada umur yang panjang di izinkan Allah, ana teringin nak coretkan tentang bertemu dan berpisah kerana Allah. Segala apa yang kita miliki sekarang semuanya adalah pinjaman. Dan apabila tiba masanya ..kita kena serahkan kembali kepada pemilik sebenar iaitu ALLAH maha pencipta. Yang memiliki segala keagungan di muka bumi ini. Masya Allah...

PASRAH DAN BERSERAH ITU MEYAKINKAN

Bismilahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt, jum disini ana ada sesuatu ingin kongsikan dengan sahabat sekalian... baca sampai habis dulu ya...mudah mudahan dapat manfaat.amin ^^


Saya telah sarankan agar kita berdoa mengikut format doa solat sunat istikharah jika ingin melakukan sesuatu kerja. Saya telah sarankan di dalam artikel saya bertajuk Redha, Pasrah dan Berserah.
Apabila kita berdoa, doalah seperti ini:

“Ya Allah, aku ingin lakukan [nyatakan apa yang saudara ingin lakukan]. Ya Allah, jika ia baik di sisiMu ya Allah maka ya Allah, Engkau jayakanlah ya Allah.
Tetapi ya Allah, seandainya jika ia tidak baik di sisiMu ya Allah, maka ya Allah janganlah Engkau jayakan ya Allah. Berikan aku jalan-jalan yang terbaik di dalam kehidupan aku ini ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

Saya pernah menceritakan satu kisah pasrah kepada muslimah Gombak dan beberapa kawasan  di Wilayah Persekutuan KL 2 minggu yang lepas. Saya selitkan sebuah cerita di dalam syarahan untuk menerangkan dengan lebih jelas berkenaan dengan Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan ini.
Sebagai contoh, puan-puan hendak pergi ke Pasaraya Giant. Puan ingin mengajak suami untuk pergi. Sebelum meminta, puan berdoa dahulu kepada Allah, meminta yang terbaik seperti doa di atas. Lalu ada dua kemungkinan utama yang akan berlaku iaitu samada suami setuju atau tidak
.
Situasi 1
Katakan suami puan setuju.
Maka ingatlah bahawa sebenarnya Allah SWT yang menggerakkan hati suami untuk setuju pergi bersama puan. Apakah yang puan rasa? Puan akan rasa gembira kerana Allah SWT memperkenankan doa puan. Apabila puan mengingati doa puan kembali, puan berkata, jika baik di sisi Allah, maka jadikan.
Sekarang apa yang puan minta sudah dimakbulkan. InshaAllah maknanya, pergi ke Pasaraya Giant itu adalah baik di sisi Allah. Maka puan akan lebih yakin untuk pergi ke Pasaraya Giant kerana Allah yang menggerakkan hati suami agar setuju untuk pergi ke sana.
Namun ketika membeli belah itu, berdoalah dengan doa yang sama agar setiap pilihan kita ditentukan oleh Allah SWT, bukan kita.

Situasi 2
Jika suami tidak setuju.
Maka ingatlah bahawa sebenarnya Allah SWT yang menggerakkan hati suami agar tidak setuju. Maka sebenarnya, tidak pergi ke Pasaraya Giant itulah yang terbaik buat puan yang ditentukan oleh Allah SWT.
Jika puan mengingati kembali doa yang puan baca, pasti puan tidak akan rasa kecewa kerana tahu ia bukan terbaik untuk puan pergi ke Pasaraya Giant. Ia tidak ditentukan oleh suami puan tetapi Allah SWT  yang menentukan.

Maka puan akan yakin dan tenang kerana tidak dapat pergi ke Pasaraya Giant adalah kehendak Allah SWT. Puan meminta daripada Allah lalu Allah berikan jawapannya. Sudah pasti apa jua jawapan Allah SWT akan memberikan keyakinan kepada diri kita.

***
Daripada kedua-dua situasi ini, bukankah ia lebih MEYAKINKAN diri kita di dalam melakukan sesuatu? Walaupun apa yang kita minta itu tidak berlaku, tetapi kita tetap tenang dan yakin kerana ia ketetapan Allah SWT.
Melafazkan doa seperti itu membuatkan kita benar-benar pasrah dengan keputusan Allah SWT. Ia lebih meyakinkan kita.
Jika apa yang kita harapkan berlaku, kita akan bertambah yakin melakukan kerana kita tahu ia adalah yang terbaik di sisi Allah SWT. Ia memberikan kita semangat yang lebih kerana kita tahu kita pasti akan dapat melakukan dengan berjaya.

Jika ia terbaik di sisi Allah SWT, pasti Allah SWT menggerakkan seluruh alam ini untuk menjayakan apa yang kita minta. Kekadang kita merasakan ia sebagai satu keajaiban kerana tidak disangka-sangka sesuatu yang kita tidak fikirkan akan terjadi. Ada sahaja jalan-jalan dan perkara-perkara yang membantu kita di dalam menjayakan apa yang ingin kita lakukan. Semuanya berjalan lancar.
Jika ia tidak terbaik di sisi Allah SWT, pasti Allah SWT menggerakan seluruh alam ini untuk menggagalkan apa yang kita minta. Kekadang kita merasakan sesuatu yang biasa kita lakukan dan selama ini akan memberikan kita kejayaan, tetapi hari itu tidak berjaya. Mengikut akal fikiran, ia seperti sesuatu yang mustahil. Tetapi kita tetap tenang dan yakin kerana ia bukan terbaik di sisi Allah SWT.

Maka berdoalah dengan format doa solat sunat istikharah di dalam membantu kita lebih pasrah, redha dan berserah. Kita telah bersedia dari awal lagi dengan dua kemungkinan atau dengan beribu kemungkinan yang akan berlaku di dalam hidup kita.
Kita pasti akan lebih yakin dan bersemangat di dalam melakukan sesuatu kerana kita tahu apa yang kita ingin lakukan adalah terbaik atau tidak di sisi Allah SWT.


<fuad latip>
Sahabat sekalian benar sekali apa yang di katakan oleh en fuad latip tentang hal ini . Hari ini ana ingin berkongsi dengan apa yang ingin ana kaitkan dengan situasi di atas. Pernah ana meminta kepada Allah berikan ana yang terbaik dalam hidup ini . Ketika itu ana ingin menyambung pelajaran . Keadaanya sama seperti di atas, Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk hambamu ini ya Allah ..jika sesuatu yang aku harapkan itu terbaik di sisiMu maka jayakanlah ia ya Allah. Namun jika iasnya tidak baik disisi Mu makan jauhilah aku dari sesuatu itu ya Allah. 

Oleh sebab itu wahai sahabat sekalian bila Allah tidak memberi apa yang ana minta ana tidak berasa sedih .Ana menanggis,tapi bukan ana kecewa kerana tidak dapat sesuatu itu contohnya ana teringin sangat masuk ke upsi.Sebab cita cita ana nak jadi pendidik. Ana nak sangat,ana terlalu berharap ana akan dapat. Tapi bila xdapat,ana bersyukur sebab Allah dah bagi jawapan kepada ana,bahawa itu bukanlah yang terbaik untuk ana .Sebab ana pernah mintak dengan Allah berikan yang terbaik di sisi Allah. Mungkin bukan di situ kebaikan di sisi Allah mungkin di tempat lain.Jadi kenapa ana harus bersedih sedangkan ana dah minta dan Allah telah bagi jawapan.Jadi ana kena yakin bahawa Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik dari ini untuk ana.Ana yakin tentang itu.Allah baik, terlalu baik dan Allah xkan mensia sia kan doa sertap hambanNya.Cuma semuanya atas kita samada kita sedar ataupun tidak hal ini. Tepuk dada tanyala hati.

Kita tidak akan menyedari hal ini selagi kita masih tidak meletakkan Allah no1 dalam hidup kita. Jika kita mengabaikan kewujudan Allah .Alamatnya sampai bila bila pun kita tetap set kan macamtu dalam diri kita. Ubahlah sahabat sekalian,Belajarlah dari pengalaman ana ni. Selalu lah berprasangka baik pada Allah. Allahuakbar!!!

KOMUNIKASI DENGAN ALLAH

Cuba di dalam diam…. sedari bahawa Allah SWT itu Tuhan. ye…Tuhan. Bukan kawan-kawan…bukan ibu ayah…bukan saudara mara…tetapi Allah SWT itu TUHAN!!!

Baik..diam…rendahkan hati…lihatlah alam atau diri saudara…. lalu sedari Allah SWT ini Tuhan. Lakukan sekarang… rasakan terus….sedari terus….tingkatkan lagi kesedaran itu….
Di ketika kesedaran sudah muncul…panggillah Allah SWT dengan perlahan-lahan…ya Allah….diam sejenak dan terima respon daripada Allah SWT..ulangi terus di dalam jarak masa beberapa ketika agar jiwa sempat menangkap respon Allah SWT.

Setelah itu…mengucaplah dua kalimah syahadah..kemudian berselawat ke atas nabi dalam kesedaran memohon kepada Allah SWT. Benar-benar memohon agar Allah SWT memberikan rahmat kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Kemudian sedari kita ini hamba. Teruskan diam dengan menyedari hal itu….teruskan..teruskan. Biar meningkat kesedaran dan rasai dengan jelas dan nyata Allah SWT ini Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Allah SWT.

Setelah itu lagi… sedari yang hanya wujud sebenarnya Allah SWT. Lenyapkan diri kita dan segala yang ada sekeliling kita.
Kita dan alam jagat ini sebenarnya wujud kerana wujudnya Allah SWT. Hakikatnya yang hanya ada adalah Allah SWT…..yang hanya ada adalah Allah SWT..yang hanya ada adalah Allah SWT.  Panggillah Allah….Ya Allah….ya Allah….ya Allah…
Akhirnya…panggillah Allah SWT  perlahan-lahan bersama memohon keampunan….
Bagaimana rasanya?
Apakah kita masih tidak lagi terasa apa-apa atau tidak ada apa-apa rasa yang masuk ke jiwa kita?

Saudara,
Kita tidak pernah di dalam satu keadaan benar-benar menyedari Allah SWT. Tiada Tuhan melainkan Allah SWT. Yang Maha Mencipta. Pencipta segala apa yang ada di langit dan di bumi. Yang menggerakkan setiap saat segala-galanya di alam ini. Mencipta dan menggerakkan diri kita ini dan mengatur hidup kita. Mencukupkan segala keperluan di alam ini termasuk apa yang kita perlukan.
Mengetahui apa yang kita perlukan lebih daripada diri kita sendiri. Kita tidak pernah tahu berapa banyak oksigen yang kita perlukan saat ini. Kita tidak pernah tahu berapa banyak darah, nutrien, air dan segala zat-zat yang diperlukan jasad kita ini saat lepas, saat ini dan sampai bila-bila pun kita tidak tahu jumlah yang sebenar.
Namun kita ego..keras jiwa…tidak mahu cuba dalam sesaat untuk menyedari Allah SWT.
Tidak tahu apatah yang membuatkan kita langsung tidak mahu menyedari walau pun sesaat. Tidak tahu apa yang sebenarnya lagi yang kita inginkan sehingga menjauhi Allah SWT.
Kita tidak pernah mengangkat kesedaran kita. Kita biarkan ia terus padam dan terus padam.
Cubalah saudara bangunkan kesedaran kita dengan cara yang mudah ini. Lakukan, kesedaran akan Allah SWT pasti terus meningkat di dalam diri saudara.

 <en fuad latip >

cuba lah kita lakukan.Alhamdulilah ana sendiri telah lakukan.Alhamdulillah Allah maha besar satu perasaan yang sangat2 tenang .Luahkan lah apa saja berkomunikasi lah dengan Allah walau di mana saja kita berada.Lebih2 lagi bila kita bencikan sesuatu.Cubalah berkomunikasi kepada Allah lemparkanlah segala rasa tidak puas hati kita kepada seseorang itu.Luahkan kepada Allah lebih baik daripada kita luahkan kepada manusia.cubalah lakukan InsyaAllah perasaan marah ,benci yang ketika tadi membuak buak dalam diri akan terus lenyap.

DARI MANA PERKONGSIAN ITU??

''Berkongsilah sesuatu yang telah memberi manafaat kepada diri saudara dan tahanlah dahulu utk berkongsi sesuatu yg belum dapat memberikan manafaat kepada saudara. Berkongsi sesuatu yg telah memberi manfaat kpd saudara merupakan perkongsian dari jiwa. Namun berkongsi sesuatu yang belum memberikan manafaat kpd saudara merupakan perkongsian dari fikiran''

 

bismilahirahmanirahim...

assalamualaikum wbt.. selamat pagi kepada sahabat sekalian .Dia harap hari ini adalah lebih dari semalam. Alhamdulillah ya sahabat sekalian.Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kita masih dapat hidup di atas muka bumi ini. Alhamdulillah terima kasih Allah. Sahabat sekalian, mari kita lihat tentang apa yang di maksudkan dengan perkara yang ingin di sampaikan di atas. Sebenarnya ini khas buat diri yang lemah lagi hina ini.

Perkongsian tu baik wahai saudara,sahabat dan teman sekalian.Namun apakah perkongsian itu lahir dari jiwa? jika bukan dari jiwa ianya hanya sekadar dari buah fikiran.Iaitu kita sendiri tidak dapat rasai namun ingin berkongsi sesuatu itu. Saudara,sahabat dan teman sekalian.. di blog ini segala perkongsian ini adalah dari pengalaman diri ini. Jika post sebelum ini ana ada menyatakan bahawa kita hendaklah berserah dengan rasa CINTA kita kepada Allah . InsyaAllah kita akan temui nikmat kemanisan itu. Satu perasaan yang lahir dalam jiwa yang tidak mampu kita sekadar ucapkan dengan kata kata. 

Cubalah jika kalian tidak percaya.Cubalah kita letakkan Allah yang utama dalam hidup kita. Maknanya, walau apapun berlaku dalam hidup kita tidak berjalan dengan apa yang kita rancangkan yang kita harapkan namun ingatlah kita bahawa Allah lebih mengetahui dan rencana Allah itulah yang terbaik untuk kita. Yakinlah dalam diri kita bahawa segala yang berlaku merupakan ujian Allah kepada kita. Di mana kita bawak perasaan ketika kita menghadapi masalah ,menghadapi sesutu hal itu.MasyaAllah. Allah lebih mengetahui. Cukup dulu buat kali ini.Post akan datang akan ana kongsikan bagaimana perasaan apabila kita berkomunikasi dengan Allah.Sungguh menajubkan! Terima kasih Allah kerana sedarkan aku tentang betapa agungNya diriMu. 

Terima kasih Allah kerana bagi aku pengalaman yang mematangkan aku yang membuatkan aku lebih memikirkan kebesaranMu setiap hari. Membuatkan aku ingin selalu berada dekatMu. Kaulah tempat ku bersandar,tempat ku mengadu,tempat ku mengharap,tempat ku berlindung.Betapa baiknya diriMu membuatkan aku sering mengalir air mata.terima kasih ya Allah.Alangkah baiknya ya Allah jika semua hambaMu mengetahui akan hal ini.Sentiasa ingin dekat denganMu.Kekalkan perasaan ini padaku ya Allah. Tidak ku harap CINTA lain selain CINTA kepadaMu. 


InsyaAllah, akan ana sambungkan dengan perkongsian yang telah ana lalui sendiri.insyaAllah.


Akhir kata cintailah Allah.Itulah cinta teragung.

ingatlah tiada perkongsian yang lebih bermakna selain perkongsian yang telah kita sendiri alami.Subhanallah.

tuhan tidak adil???

Bismilahirahmanirahim.....

Baru sebentar tadi ana menghantar ibu ana ke stesen bas. Dalam perjalanan ke sana ana dapat massage dari seorang sahabat.Ana nak kongsikan sesuatu dengan sahabat sahabat sekalian.Apa yang ana nak kongsikan ini berkait rapat dengan post ana yang bertajuk berserah atas dasar cinta kepada Allah. Ana tahu dan ana yakin kebanyakan antara kita tidak dapat lari dari hakikat sebenar . Kesedaran yang tinggi d perlukan dengan meletakkan Allah yang paling atas dalam segala hal.


Sahabat Menyatakan rasa sedihnya terhadap sesuatu yang di timpanya.Dia bagitahu ana yang dia baru mendapat khabar sahabat wanita nya sudah mengikat tali pertunangan dengan seseorang.Sahabatnya juga merupakan orang yang wara' begitu juga dengan si tunangya.Namun sahabatnya menyatakan perasaan kecewa kerana menyukai sahabat ana ini.Namun tidak menyatakan hasratnya itu.Dengan perasaan yang sebak dan hiba sahabat ana menyatakan .Agaknya dia sedih kerana baginya alangkah baiknya kalau dia mengetahui hal itu lebih awal. Mungkin dia sudah pergi melamar si gadis berkenaan.

Apa yang hanya dapat ana katakan padanya...

''bawak2 la bersabar Hamid(bukan nama sebenar) saya tahu kamu sedih,lebih2 lagi kamu tidak tahu perasaan dia terhadap kamu sebelum ini.Tapi..ingatlah hamid,bahawa apa yang terjadi ini adalah apa yang telah di tetapkan oleh Allah.Muhasabah balik ingat bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.Doakan mereka bahagia,dan janganlah kamu merasa kecewa'' < cuba menenangkan dia >

''saya sedih la,kalau saya tahu saya mungkin dah bahagia sekarang.Saya betul2 kecewa kalau dulu saya p kearah agama tentu saya bahagia mcm kawan2 saya dah jadi ustaz ustazah .Tengok dyeorang senang je kahwin.macam tidak ada masalah saja..''< kata hamid>

Astaghfirllahalazim... ( dalam diri ana tidak dapat ana gambarkan perasaan sedih.Sedih bila kata2 itu yang terkeluar darinya.Ana kena nasihat,ana tidak mahu fikiranya set begitu selamanya. '' astaghfirllahalazim..bawak2 mengucap.Kamu sedar ke tidak apa yang kamu cakapkan ini,Allah itu baik sangat terlalu baik . Andai satu masa nanti bila dah tiba saatnya kamu mendapatkan seorang yang bergelar isteri pastu baru kamu sedari bahawa allah itu terlalu baik menciptakan si dia buat kamu menjadi penyejuk di mata dan penyeri di hati,.tiada manusia yang sempurna ingatlah..kita makhluk allah .Allah adalah sebaik baik pengatur. Redha lah dengan apa yang allah tentukan.Redha dengan perasaan cinta kepadanya.Banyak banyak beristghfar.Buat masa ni eloklah kamu pergi membaca alquran banyak banyak berzikir.Muhasabah diri balik.Banyak banyak ingat Allah.'' <cuba meyakinkan Allah adalah segalanya dengan harapan akan d temui ketenangan dan menyedari itu adalah ujian>

''Maaflah menganggu,buat masa ni saya tidak dapat lagi buat macamtu ''<kata hamid >


sekali lagi diri ini beristighfar. ''Astaghfirllahalazim...dengan siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada Allah.DIA yang menciptakan kita. Dia yang menggerakan seluruh alam ini,jika bukan pada DIA pada siapa lagi???Ingat...hamid,kita makhluk ciptaan Allah DIA yang menciptakan kita,ingat juga yang kita akan kembali padaNya,Allah itu baik sangat terlalu baik.Jangan biarkan kesedihan kamu itumenjauhkan kamu dengan Allah.Sedar hamid sedar!! Allah tengah uji kamu sekarang ini. DIA nak tengok sejauh manakamu ingat pada DIA. Kalau lah masa ni kamu layan kesedihan kamu dan tidak mahu mendekatkan diri dengan Allah kamu dah gagal dalam ujian Allah .Ingat,kita boleh sedih.itu fitrah.Tapi sejauh mana kita bawak perkara itu??Bila kita sedar ini ujian Allah,tanya diri kita balik makin dekat kah aku dengan Allah?? atau makin jauh kah aku dengan Allah??Kalau makin dekat itu menunjukkan iman kita semakin bertambah,tapi........kalau makin jauh terasa Allah tidak adil itu menunjukkan iman kita lemah kita sudah jauh dengan Allah.Renung2kan'' < dengan harapan dia akan faham dan menerima ketentuan Allah>

Sahabat sekalian ,
Cubalah kita hayati sejenak ana tahu situasi ini banyak terjadi di sekeliling kita. Sedarkah kita bahawa itu tandanya kita masih tidak meletakkan Allah sebagai yang utama dalam hidup kita?? Allah itu baik wahai sahabat sekalian ,mana mungkin Allah akan berlaku kejam kepada hambanya yang beriman dan bertaqwa? Allah maha mengasihani setiap hambanya. Perlu di ingat kita makhluk Allah ,kita hamba Allah ,kita ni kerdil sangat di sisi Allah,,. Kita jugak kena ingat , sehingga hari ini kita hidup siapa yang menghidupkan kita kalau bukan Allah.Kita kena ingat kita dapat lagi makan,minum,melakukan aktiviti harian dengan begitu baik sekali. Kita perlu ingat semua tu! dan tanya balik pada diri kita dari mana datangnya semua tu??? Subhanallah kalau bukan kerana Allah mampukah kita menikmati semua tu?? sedarilah sahabat sekalian.Bahawa segalanya dalam perancangan Allah.Bumi ini berputar dengan keizinan Allah. Siang dan malam silih berganti juga keran izin Allah . Ingatlah bahawa Allah itu maha Besar.Allahuakbar.

Bukanya kita tidak menyedari,kita sedar semua itu tapi dek kerana kealpaan kita.Kita lupa bahawa setiap perkara itu berlaku adalah kerana izin Allah. Kita lupa bahawa kita ni insan lemah. ''ya ALLAH ampunilah aku ya Allah kiranya aku lalai,ampunilah aku ya Allah kerana tidak meletakkan Kau yang utama dalam hidup,ampunilah aku ya Allah mempersoalkan apa yang telah engkau tetapkan ,hinanya aku di sisiMu ya Allah Tiada yang lain ku harapkan ampunilah aku ya Allah''

melihat situasi tadi cuba kita fikir aturan Allah
  1- Allah memberitahu kepada hamid ada seseorang yang menyimpan perasaan kepadanya.Mengapa setelah si perempuan itu tadi telah menjadi tunangan orang baru Allah bagitahu kepada si Hamid? kenapa sebelum ni Allah tidak bagitahu kepada si Hamid?

*Allah itu maha besar, boleh saja Allah nak bgtahu awal2 tp kenapa allah bgtahu setelah perempuan itu menjadi tunangan orang? sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk tiap tiap hambanya. Jadi janganlah sesekali persoalkan ketetapan Allah .B'prasangka baiklah dengan Allah. yakin itu ujian Allah hendak menguji di mana Allah kita letakkan.


Buat sahabat sekalian,jodoh,ajal,maut dan rezeki itu dalam pengetahuan Allah ianya bersikap ghaib.Kita tidak tahu semua itu. Jika hari ini Allah tidak memberi apa yang kita minta janganlah berputus asa dari memohon rahmat Allah. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.Banyak2 lah berdoa itulah senjata kita sebagai orang mukmin.Sentiasa lah berfikiran +ve , letakkan Allah itu sebagai yang utama buat kita. InsyaAllah. semoga kita mendapat keberkatan Allah.


Janganlah bersedih ,bila kita ingat janji janji Allah.. kita sepatutnya merasa gembira. Yakinlah dengan janji Allah. Pasangan kita mengikut rentak kita. Jika kita berada di atas jalan yang d redhai Allah insyaAllah si dia juga sama. Jika kita sukakan seseorang kemudian dia  di takdirkan bersama dengan orang lain. Itu tandanya kita bukanlah yang terbaik untuknya ataupun dia bukanlah yang terbaik buat kita. Kita semua pasti menemui jodoh.Setiap orang harapkan yang terbaik begitu juga ana. Ana yakin dengan janji Allah. Ana yakin dengan segala ketentuan Allah. insyaAllah cinta ana selepas Allah dan rasul adalah untuk sang zauj.

wahai sang zaujku...nantikan aku. akan ku berikan cintaku ini kepadamu. Namun cintaku kepadamu tidak dapat menandingi cintaku kepada tuhanku. KeranA kau dan aku adalah makhluk tuhan.wahai sang zauj kau juga adalah pinjaman dari tuhanku untuk melengkapi hidupku ..insyaAllah bertemu dan berpisah adalah kerana Allah. ** hehe nak panjang2 akan ana sambung di lain masa. Mata pun sudah mengantuk ni. Ingin ku tumbangkan diri ini.

p/s: Mana yang baik jadikan pengajaran buat sahabatku hamid semoga tabah. yakin lah ini ujian. semoga kamu tabah. Allah sayangkan kamu.. ingin Dia menguji kamu sejauh mana pengakuan kamu terhadapnya. Semoga kembali senyum .Insyaallah.


***** buat sahabat sekalian apabila ana berkata sedemikian,bermakna ana telah mengalaminya sendiri. Ana pun seperti sahabat sekalin jika dulu ana sering menyalahkan ketetapan Allah,ana rasakan kenapa ana perlu lalui semua ini..kenapa mesti ana..??''kamu boleh laa cakap bukan kamu yang berada di tempat ini'' itulah kata2 yang pernah ana ucapkan ketika seorang sahabat menasihati ana. Namun setelah ana menyedari hakikat itu, ya Allah hanya tuhan saja yang tahu betapa hebatnya perasaan berserah dengan penuh rasa CINTA kepada Allah. Subhanallah betapa tenangnya hidup ini betapa bahagianya bila segalanya di tentukan Allah.Baik bagi Allah maka baiklah bagi kita.Kerana kita makhluk Allah.Dia yang menciptakan kita jadi Dia tahu yang mana lebih baik untuk kita. Ana tidak akan menyuruh sahabat kalian berserah kepada Allah dengan penuh perasaan CINTA jika ana sendiri tidak tahu bagaimana rasanya,Ana juga tidak akan suruh sahabat kalian buat jika ana tidak senri mengalaminya.Cuba lah lakukan kalau sahabat kalian tidak percaya. 

berserah atas dasar CINTA

Bismilahirahmanirahim...
Assalamualaikum.. buat semua , rajin sungguh miss tepung komak menggunakan jari  jemari ini kan :) bukan apa masa yang lapang dan kesempatan masa yang ada inilah memberi ruang kepada ana untuk meluahkan apa yang terbuku di hati,berkongsi apa yang di rasakan patut.InsyaAllah mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang tidak baik sila tinggal tinggalkan. ^^ Pengalaman merupakan guru kepada kita. Setuju atau tidak kalau ana katakan bahawa pengalaman itu banyak mengajar kita tentang erti sebenar kehidupan. Pengalaman juga mematangkan kita. Bagi yang sedar akan hal itu , insyaAllah seseorang itu akan lebih berusaha memperbaiki kelemahan menjadi kekuatan. Setiap orang ana pikir pasti ada pengalaman hidup, tidak terkecuali dengan ana :).Pengalaman setelah 21tahun ini sedikit sebanyak mengajar ana tentang erti kehidupan sebenar.

Kadang-kadang apa yang terjadi dalam hidup kita tidak seperti apa yang kita rancangkan.Kita tidak tahu rencana ilahi.Begitulah hidup ini segalanya di luar pengetahuan kita.Apa yang boleh kita lakukan cuma berusaha,berusaha dan berusaha.Walaupun begitu ramai yang cakap nasib kita di mana kita telah di tentukan sejak azali lagi jadi buat apa berusaha. Pemikiran itu yang kita kena ubah.Baiklah ,siapa ada di antara kita yang tahu di manakah kita selepas ini? syurgakah? nerakakah? baik kah ?buruk kah? pengakhir nyawa kita nanti..?oleh sebab kita tidak tahu lah kita kena berusaha sedaya upaya melengkapi diri dengan apa yang telah di perintahkan oleh Allah..sebabnya kita TIDAK TAHU. Oleh sebab demikianlah kita beramal..mencari keredhaan dan kerahmatan ilahi. Tapi bukan tajuk ini yang ingin di kupas hari ini . Ini hanya sebahgian kecil,InsyaAllah di lain masa ana akan cuba mengupas tajuk ini.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita,setiap apa yang kita hajati.. tidak kita perolehi.Kita nak sangat sesuatu tu,kita harap sangat kita dapat.Tapi bila kita tidak memperolehinya apa reaksi kita.Kita selalu cakap ''yelah.....aku redho je nak wat cmne daa xde rezeki'' memang, tidak di nafikan kita mengucap kata kata redho.Kononya terima hakikat itu.Tapi sejauh mana kita bawak perasaan itu.Samada perasaan berserah itu terus lenyap di sebalik kata kata tadi ataupun kita terima dengan penuh rasa cinta kepada Allah. Cubalah kita renung sejenak..fikirkan balik yang selama ni kita duk sebut redha.

berserah dengan rasa CINTA kepada Allah.

“Saya tidak mampu berbuat apa lagi. Macam-macam dah saya usahakan. Masih tetap gagal. Berserah je lah  pada Allah”
“Ujian demi ujian menimpa saya. Saya tidak mampu lagi berbuat apa-apa selain berserah pada Allah”
“Perniagaan saya sentiasa dirundung malang. Hutang saya keliling pinggang. Berserah sahajalah pada Allah. Saya tak mampu lagi nak berbuat apa-apa”
“Aku dah berlajar rajin-rajin. Kini berserah je pada Allah.”

Sahabat sekalian,
Kata-kata di atas sering kita dengar. Lebih menyedihkan jika kita juga tergolong di dalam golongan orang yang sering menyebutkan kata-kata di atas.
Berserah itu mestilah atas dasar cinta pada Allah SWT. Bukan kerana terpaksa. Bukannya apabila kita telah tewas dengan kegagalan berkali-kali, kemudian kita berkata kita berserah pada Allah SWT. Ini bukan berserah yang sebenarnya.
Berserah itu tidak mendidik jiwa kita jika ia berlaku dalam keadaan terpaksa dan memaksa. Ia mesti lahir dari dalam jiwa kita dengan keyakinan kita pada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi. Ia mesti dibina atas dasar keyakinan hanya Allah SWT satu-satunya Tuhan yang berkuasa ke atas diri kita dan ke atas tiap-tiap sesuatu.
Ia mesti bermula dengan kesedaran tertinggi akan hal Allah SWT iaitu zat, sifat dan perbuatan Allah SWT. Ia mesti bermula dengan rasa cinta yang tidak terhingga kepada Allah SWT.
Kesedaran tertinggi -> cinta Allah SWT -> keyakinan pada Allah SWT -> berserah total 100% pada Allah SWT.

Sahabat
Kata-kata di atas meletakkan Allah SWT bukan pada tempat yang teratas. Setelah gagal, setelah puas berusaha, setelah penat belajar dan pelbagai lagi barulah mengharapkan Allah SWT. Salah faham dengan berserah tidak mampu menjadikan jiwa kita benar-benar positif dan yakin kepada Allah SWT.
Kerana itu mereka yang berserah dengan kata-kata di atas masih memiliki rasa risau, resah, gelisah dan sebagainya. Cuba berserah, namun penyerahan kepada Allah SWT itu hanya sekadar menggunakan fikiran yang positif sebagai ubat penyedap hati semata-mata.



Berserah perlu dimulakan dengan kesedaran tertinggi dan cinta kepada Allah SWT. Ia akan meningkatkan keyakinan kita perlahan-lahan. Ia perlu dilatih dan ditingkatkan sepanjang masa, setiap saat dengan kesedaran tertinggi.

Kerana itu ana menyarakan agar sentiasa melakukan komunikasi dengan Allah SWT. Ia bertujuan untuk benar-benar menyedari dan merasai Allah SWT berada sangat dengan kita, malah meliputi diri kita.
Semoga dengan kefahaman bagaimana kita mampu berserah dengan latihan praktikal yang diberikan di dalam laman web ini, kita mampu berserah 100% (total surrender) kepada Allah SWT sebenar-benarnya. Berserah atas dasar cinta bukannya terpaksa.


<rujukan akhi FUAD latip>

ini adalah hasil tulisan en fuad latip, subhanallah percayalah inilah apa yang ana rasakan kita kena menyedari akan hal ini berserah dengan rasa cinta kepada Allah. Subhanallah ana rasakan terlalu manis hidup ini apabila metekkan Allah yang utama dalam hidup .terima kasih Allah. Kau sedarkan aku tentan kasih sayangMu.

miss tepung komak(^-^) mula berbicara...

Monday, November 29, 2010

Bermaklumat vs Berilmu (^_^)

bismilahirahmanirahim...

assalamualaikum.. , tenang sungguh petang ni...hujan renyai-renyai...membuat hati ini terasa sayu.. kali ini miss tepung komak (^-^) mula menggunakan jari jemari menekan nekan keyboard ni. Entah apa nak di kongsikan kali ini. hmm perkongsian ini bagus ke tidak sebenarnya ya? kenapa bila kita nak kongsikan sesuatu tapi ada manusia yang kata kita menunjuk nunjuk dengan ilmu yang ada.Apapun letaklah Allah yang utama dalam melaksanakan sesuatu.Usah di pedulikan kata2 dan kritikan yang menjatuhkan. ILMU? apa beza mereka yang berilmu dengan tidak berilmu? apakah sama ? kadang2 tertanya2 dalam diri.. dengan rendah hati miss tepung komak berkata2..diri ini tidak banyak ilmu...sungguh tapi diri ini rajin.. dan tahu bahawa diri ini tersangat2 dahagakan ilmu Allah. Walau payah mana sekalipun diri ini akan berusaha mendapatkan ilmu. Apa jua ilmu, (yang bermanfaat) 'Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat ya Allah'

ok.. apa yang ana nk ckp di sini tentang ILMU  .. ilmu tu penting ke? masyaAllah sangat2 penting wahai sahabat sekalian. Tapi ada manusia yang berilmu tapi tidak mengamalkan.Masalah juga ni :) hanya mampu tersenyum..kenapa berlaku situasi demikian ya? nanti kita akan kupas sedikit tentang BERILMU vs BERMAKLUMAT apa bezanya...insyaAllah.. semoga dapat di manfaafkan.

Buat mereka yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, ramai yang ucapkan tahniah.Dan baru2 ini juga result untuk sambung belajar telah pun keluar ,sekalung tahniah di ucapkan. Pastinya juga pencapaian ini menggembirakan ibu bapa yang selama ini penat bekerja, mencari wang untuk membiayai segala keperluan terutama keperluan pendidikan. Akhirnya penat lelah mereka dibalas oleh anak dengan pencapaian yang baik dalam peperiksaan..
Bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti atau kolej, pastinya juga bakal menempuh satu pengalaman baru dalam kehidupan, berpindah dari dunia persekolahan ke dunia pengajian tinggi, dari dunia bilik darjah ke dewan kuliah. Daripada membeli makanan di kantin sekolah kini membeli di kafeteria, daripada berhadapan dengan cikgu kini berhadapan pula dengan pensyarah, daripada hidup bersama keluarga kini terpaksa hidup di kolej atau kampus. Inilah antara pengalaman- pengalaman baru yang bakal ditempuhi, sebelum menempuh alam pekerjaan dan alam berumah tangga.

Jika diperhatikan sejenak, semua ini mampu mereka kecapi kerana mereka mempunyai keazaman sewaktu di sekolah untuk meningkatkan diri dan menjadi manusia yang berguna kepada negara. Mereka mahu menjadi anak yang dibanggakan oleh keluarga dan mereka yakin bahawa kelulusan yang baik sahaja akan menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Mereka juga mempunyai keyakinan bahawa hanya dengan pencapaian akademik yang cemerlang bakal menjanjikan kerjaya dan pendapatan yang lebih baik dan terhindar daripada kemiskinan dan kehinaan. Pemikiran seumpama ini memang ditanam sejak dari kecil lagi. Boleh dikatakan semua ibu bapa akan menggunakan hujah dan bahan motivasi seumpama ini untuk menjana kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka. Malah, hujah-hujah seumpama ini telah diperturunkan dari masa ke semasa oleh mereka yang bergelar ibu dan bapa. Maknanya, nenek kita dulu menjelaskan hujah yang sama terhadap anak-anak mereka. Anak anak akan diperingatkan mengenai kemelaratan hidup yang bakal ditempuhi jika gagal dalam pelajaran.

Sahabat ,teman dan saudara sekalian..

Biarpun terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak cemerlang akademik boleh berjaya dalam kehidupan serta terhindar daripada kemelaratan, pastilah contoh ini tidak akan dijadikan sandaran dalam merangsang anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh. Ini kerana contoh mereka yang berjaya dalam pelajaran serta berjaya dalam hidup adalah lebih banyak dan lebih ketara dalam masyarakat.
Pendidikan dan kelulusan akademik memang diakui akan mengangkatkan diri seseorang. Orang yang lebih berilmu dan bermaklumat sebenarnya akan mempunyai lebih keyakinan diri untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Ilmu itu akan menjadikan manusia sedar tentang kewujudannya dan mengetahui peranan yang harus dimainkan dalam kehidupan dan masyarakat. Memanglah betul apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang akan betapa pentingnya kecemerlangan akademik, terutama dalam dunia hari ini yang semakin mencabar dan berteraskan pengetahuan. Hari ini, bangsa yang lebih rajin dan kuat berfikir akan menguasai orang lain dan akan menjadi lebih berjaya. Sehubungan itu, untuk maju kita perlu lebih rajin berfikir dan pemikiran yang baik adalah pemikiran yang berlandaskan ilmu, pengetahuan, maklumat dan pengalaman yang berguna.

Untuk menjadikan kita manusia yang rajin berfikir dan seronok berfikir, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas terhadap makna ilmu dan pengetahuan. Pemahaman yang betul dan mantap terhadap ilmu bakal merangsang minda kita untuk menerokanya, seronok menghadamkannya dan gembira apabila mampu memanfaatkannya. Malah dia akan merasakan betapa berkuasa dan agungnya pemberi ilmu itu; iaitu Allah SWT. Lantaran itu, semakin berilmu seseorang, semakin takut dia kepada Allah dan semakin kerdil rasanya di atas muka bumi ini dan dia semakin bergantung dan berharap kepada zat yang Maha Pencipta dan berkuasa mentadbir alam ini.
Namun, apa yang kita perhatikan pada hari ini, semakin tinggi manusia belajar, ramai juga yang menjadi semakin sombong dan angkuh. Tidak hairanlah di dada akhbar dan di kaca televisyen sering kita baca dan dengar kes-kes jenayah, pecah amanah, rasuah dan penipuan dilakukan oleh mereka yang pernah belajar di universiti dan di kolej, pegawai-pegawai atau eksekutif berkelulusan tinggi. Sepatutnya lebih banyak ilmu dan pengalaman, manusia akan menjadi lebih waras dan berakhlak mulia, dan lebih bijaksana dalam penentuan halal dan haram, apatah lagi jika mereka diamanahkan menjaga wang rakyat, harta awam dan dana pelaburan pemilik saham dan sebagainya. Barangkali kita kini fikir dua kali dulu sebelum mengatakan mereka ini golongan berilmu. Ini kerana .ilmu. itu mempunyai pengertian yang cukup mendalam dan cukup sempurna sifatnya. Jika sudah mempunyai kelulusan yang baik, tak kiralah sama ada di peringkat SPM, STPM atau IPT, belum tentu seseorang itu boleh digelar berilmu. Ini kerana hakikat ilmu itu akan melahirkan atau membuahkan ketakwaan, kebijaksanaan dan sifat terpuji pada pemiliknya.

Jika apa sahaja bidang yang kita pelajari akhirnya membawa diri kita menjadi manusia yang lebih matang, bijaksana dan mampu berakhlak mulia, barangkali kita semakin menjadi manusia berilmu. Semakin banyak ilmu yang kita pelajari, seharusnya kita menjadi lebih bertakwa dan lebih bijaksana. Lebih berakhlak mulia dan jauh daripada sahsiah tercela. Jadi, terdapat proses timbal balik di antara ilmu dan kebijaksanaan serta ketakwaan di mana ilmu itu melahirkan manusia yang bijaksana, berakhlak dan bertakwa.. dan orang yang bijaksana serta bertakwa akan sentiasa dahaga untuk mencari dan mendalami ilmu. Maka itu jiwanya kaya, masyarakatnya sejahtera dan negara yang didiaminya menjadi benar-benar cemerlang dan terbilang sebab ramai di kalangan rakyatnya ke sekolah atau universiti kerana hendak memburu ilmu dan menekuni manfaatnya. Mereka mahu membawa kesejahteraan kepada orang lain, bukan meruntuhkan masyarakat dengan akhlak yang korup dan tercela.


Jadi, apakah gelaran yang paling sesuai untuk kita panggil manusia yang dah pun belajar tinggi-tinggi tapi masih seronok melakukan dosa dan maksiat serta mengkhianati amanah? Barangkali istilah yang sesuai untuk mereka ialah manusia yang bermaklumat, belum berilmu! Barangkali maklumat yang ada dalam diri mereka gagal diproses menjadi ilmu yang sepatutnya berlaku pada diri manusia. Sekadar menjadi manusia bermaklumat belum tentu hamba Allah yang cemerlang dan terbilang.Apa tidaknya, ada orang lulus tinggi dalam akademik, tetapi selamba aje tinggalkan solat.

Sekadar menjadi manusia bermaklumat tidak akan meningkatkan tingkat manusiawi kita dan tidak akan meningkatkan tahap pengabdian kita kepada Pencipta kita. Akhirnya jiwa kita jadi resah dan tidak tenteram kerana maklumat yang banyak kita peroleh daripada siri persekolahan dan pendidikan yang kita lalui gagal menemukan kita dengan hakikat kehidupan. Kita menjadi manusia yang keliru dan tidak terbimbing... Sekadar menjadi manusia bermaklumat, samalah darjat kita dengan mesin, robot dan komputer. Dalam peralatan ini, terdapat banyak sekali maklumat dan komputer misalnya mampu mengalahkan daya penyimpanan maklumat yang ada pada manusia.Namun peralatan-peralatan ini semua tidak mampu berfikir dan merenung akan hakikat kejadian dirinya. Mereka sekadar alat yang mempunyai maklumat dan sering menjadi hamba kepada orang lain (manusia) untuk menjayakan perancangan tertentu. Alat-alat ini selamanya tidak menjadi alat yang berilmu, kerana hakikat berilmu itu hanyalah diberikan Allah kepada manusia - yang merupakan khalifah dan sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini.

Jika kita merasakan bahawa diri kita belum menjadi manusia berilmu (sekadar menjadi manusia bermaklumat), barangkali kita perlu periksa kembali akan sejarah pendidikan yang kita lalui. Jika sepanjang pendidikan yang kita lalui, kita gagal mengenal Allah dan kekuasaan-Nya, kita sebenarnya harus bermula dari situ dan membangkitkan kemahuan yang tinggi untuk beribadat kepada-Nya. Ini kerana, tanpa mengenal Allah terlebih dahulu, segala maklumat yang kita cerap barangkali gagal menjadi .ilmu. yang akan meningkatkan rasa perhambaan dan membuatkan hidup kita tenang dan bermakna.

Sahabat sekalian, kita tanya lah diri kita balik di manakah kita apakah kita tergolong dalam orang-orang yang bermaklumat ataupun orang-orang yang berilmu.Subhanallah.Apa yang ingin di sampai buat peringatan diri ini juga. Ya Allah ampunilah aku ya Allah. ..

wallah'ualam

miss tepung komak (^-^) mula berbicara...
semoga kita sentiasa dalam rahmat ilahi..

ALLAH bagi jawapan(^-^)

Bismilahirahmanirahim....

Assalamulaikum... wbt, alhamdulilah bersyukur kita kehadrat ilahi..kerna limpah dan kurnianya dapat lagi kita mengnikmati hidup ini.Alahmdulilah ^^ Hari rasa bersemangat sikit dari semalam. Agaknya dah kurang sikit sakit ni kot alhamdulilah. Walau sakit sekalipun kita wajib mengingati Allah. Alahmdulilah harini nak bercerita sikit tentang 'minta izin' .Selalu kan kalau kita pergi mana-mana tentu kita minta izin dengan mak,ayah kita. Pernah tak kita mintak izin dengan Allah. ..?? cuba tanya pada diri kita. pernah tak walau sekali? atau pun sekalipun tak pernah?
kenapa kita perlu mintak izin dengan Allah setiap kali kita nak lakukan sesuatu? semua benda ke nak kena minta izin dengan Allah?? YA!  semua benda,sebelom kita lakukan sesuatu mintaklah izin dengan Allah. Sebenarnya ,secara jujurnya ana pun jarang menyedari hakikat ini..tp itulah kan setelah ana terbaca di blog  akhi fuad..ye ana menyedari segalnya. Tengah melatih diri untuk terus terusan meminta izin Allah.Ampuni aku ya Allah :(

mari kita lihat kenapa kena minta izin dengan Allah :

Allah mempunyai sifat +ve yang saturated. Apa maknanya?Allah MAHA SEMPURNA. Campaklah kepadanya apa jua perkara buruk atau jahat, Allah tetap akan sempurna. Jelasnya begini. Jika kita melakukan kebaikan pada seseorang, sudah pasti orang itu akan suka pada kita. Jika ibu bapa, mereka akan sayang kita. Jika suami atau isteri juga begitu. Pada kawan-kawan pun sama.
Tetapi jika kita mengata, mengutuk, marah, maki, caci dan sebagainya..orang yang sayang kepada kita akan berubah. Dari suka kepada benci atau sekurang-kurangnya tidak suka.

Tetapi Allah tidak begitu. Jika kita tidak mengikut perintahNya, jika kita mempersoalkan apa yang Allah takdirkan dan sebagainya, tidak sedikit pun kurangnya rasa kasih sayang Allah pada kita. Allah tetap memberi rezeki kepada kita. Tetap mengurniakan pelbagai nikmat seperti diizinkan untuk terus bernafas, makan minum dan seumpamanya. Begitu +ve Allah.

Jika kita campakkan -ve pada Allah, Allah tetap terus +ve.
Allah adalah Pencipta kita. Segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah milik Allah. Namun pernahkah kita meminta izin pada Allah untuk menggunakan sesuatu milik Allah. Walaupun pada fizikalnya adalah milik kita seperti rumah, kereta malah anak-anak atau isteri. Tetapi pada hakikatnya semua itu milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Pernahkah kita meminta izin untuk meminjam semua itu dari Allah?

Ceritanya begini.
Pernah seorang lelaki mempunyai jiwa super didatangi sahabat yang kuat minum arak. Kawan yang ketagih arak ini langsung tidak ingin berubah. Amat sukar jika sudah ketagih arak. Lelaki jiwa super cuba untuk merubahnya.

“kamu minta izin pada Allah sebelum minum arak”, kata lelaki jiwa super. Sahabatnya terkejut kerana kenapa dia perlu minta izin pada Allah sedangkan dia ingin minum arak. Tetapi akur untuk mencubanya. Sejak hari itu, sahabat itu sentiasa meminta izin pada Allah setiap kali minum arak.
“Ya Allah, aku meminta izin untuk minum arak ini”, lalu sahabat itu meminum arak. Setiap masa apabila minum arak, pasti keizinan dari Allah dimintanya.

Sebulan berlalu. Sahabat berjumpa semula dengan lelaki jiwa super. Sahabatnya bertanya.
“Saya sudah berubah. Tidak lagi minum arak. Alhamdulillah. Saya ingin bertanya. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara tidak baik, namun Allah beri pada saya kekuatan dan menghilangkan ketagih saya minum arak”, sahabat ingin tahu.

“Allah itu Maha +ve. Campaklah apa pun perkara sama ada +ve atau -ve pada Allah, namun Allah tetap +ve. Tetap sayangkan hambaNya. Dia tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya. Kerana itu Dia bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi mahu minum arak”, lelaki jiwa super menjawab.

Untuk permulaan ini, marilah kita minta izin pada Allah untuk lewat mengerjakan solat waktu. Bukankah ini sering kita lakukan? Solat dihujung waktu. Kita minta izin kepada Allah segini…
“Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon nak siapkan kerja ni dulu sebelum solat. Lepas siap kerja ini, aku akan solat. Benarkanlah aku untuk solat lambat ya Alah”
atau
“Ya Allah, aku nak tengok TV dulu ya Allah. Lepas ni baru aku solat. Seronok cerita ni ya Allah. Kalau aku solat, nanti terlepas pula ya Allah”
InshaAllah, lama-kelamaan, jika diamalkan anda pasti akan lihat perubahan yang besar. Allah akan masukkan satu perasaan yang membuatkan kita rasa sentiasa ingin solat tepat pada waktunya.

 sebenarnya walau nak makan sekalipun kita kena mintak izin dari Allah... dan Allah akan bg jawapan kepada kita. JAWAPAN? ya melalui gerak hati kita....

sebagai contoh apabila kita hendak makan...

“Ya Allah, lauk mana yang sedap untuk aku makan ni ya Allah. Lauk ayam ni pun best jugak ni ya Allah. Hmmm..lauk ikan bakar ni pun ok. Mana yang best ni ya Allah. Tolonglah ya Allah. Pilihkan yang terbaik di sisiMu untuk diriku ya Allah. Terima kasih ya Allah”
Kenalan tersebut terus berkata kepada saya, “Huh! kalau Allah tak beri jawapan, tak makanlah kita“.
Disebabkan beliau merupakan kenalan baru, saya hanya tersenyum.

Saudara,sahabat,dan teman sekalian,

Apabila kita berkomunikasi dengan Allah ketahuilah bahawa jawapan daripada Allah bukanlah berupa kata-kata seperti halnya berbicara dengan sesama manusia. Jawapan Allah bukanlah berupa kata, suara ataupun tulisan.
Misalnya kita mengalami kesulitan kewangan. Jika kita memohon rezeki kepada Allah, TIDAK serta merta ada sejumlah wang di sebelah kita atau ada orang datang memberikan sejumlah wang atau muncul gambaran yang menyatakan di manakah terdapat harta atau wang.

Yang biasanya terjadi adalah beban di dada dan kekalutan di fikiran yang timbul akibat masalah kewangan tersebut diangkat terlebih dahulu oleh Allah. Allah menghilangkan rasa resah gelisah di hati.

Sesaat setelah kita selesai berdoa, kita tetap tidak memiliki wang tetapi hati kita terasa lapang. Beban masalah seolah-olah hilang begitu saja.
Dengan fikiran yang tenang dan lapang, ilham akan lebih mudah diterima. Hati yang lapang membuat wajah bersinar, menyenangkan orang yang memandang.

Seterusnya secara perlahan-lahan, bertahap dan pasti, rezeki datang dari arah yang tidak disangka-sangka. “Tangan-tangan” Allah bergerak sedemikian dan ia sangat halus sehingga ketika masalah tersebut telah dapat di atasi, kita sering lupa bahwa kita pernah berdoa kepada Allah untuk itu.

Jawapan ketika kita memilih makanan tadi bukanlah datang dalam bentuk suara ataupun tulisan. Allah akan memberikan kita rasa ingin sangat untuk makan lauk yang ada di dalam pilihan kita. Itulah ilham yang diberikan oleh Allah SWT sebagai respon ke atas komunikasi kita kepada Allah di dalam minta izinNya.


Semoga memiliki jiwa super. Ameen

ketauhuilah kita bahawa kita sering lalai, kadang2 kita lakukan sesuatu tanpa meminta izin dengan Allah.Mungkin ada yang rasa lucu,tp inilah hakikat sebenar. Semoga kita dapat mengamalkanya..dalam melakukan apa jua perkara mintaklah izin dengan allah,DIA yang menciptakan kita,Maha bijaksana Maha mengetahui segalanya.ingatlah pengetahuan kita terbatas tapi tidak pada Allah. Mintaklah izin dari sekecil2 perkara diri ini juga baru tahu,dan sedang mengamalkanya.Alhamdulilah hebat,memang hebat Allah akan bg jawapan kepada kita dalam bentuk yang sangat halus. Alhamdulilah setelah membaca di blog en fuad minda kita lebih positif dalam memikirkan kebesaran Allah. subhanallah alhamdulillah allahuakbar. Ya Allah ampuni aku jika selama ini aku lalai, langsung tidak meletakkan Engakau yang pertama dalam hidupku ampunkan aku ya allah... sesungguhnya Engkaulah sebaik2 pengatur..Amin..

<rujukan en fuad latip >

Sunday, November 28, 2010

Mari menjadi manusia(^-^)



Saya tak pernah bosan menjadi pendengar yang setia. Mendengar masalah orang, membuatkan saya tambah bersyukur kerana Tuhan tidak menguji saya dengan ujian sebegitu. Antara yang banyak diluahkan ialah tentang soal ketenangan serta matlamat hidup. Apa yang saya (kita semua) harus usaha untuk mencapai, supaya kita punya matlamat dan tujuan hidup.

Mari menjadi manusia. 
Bercakap memang mudah. Benar, kita manusia tapi belum tentu kita ada kemanusiaan. Manusia dan kemanusiaan, hakikatnya dua benda berbeza. Manusia diciptakan Allah, bukan untuk bermain-main atau tiada tujuan. Ramai manusia kabur dan tidak nampak apa tujuan dia hidup. Maka, dia mudah berputus asa. Hidupnya sukar, penuh dengan duka, tidak kenal erti ketenangan dan tidak bahagia. Jiwanya kosong, tercari-cari matlamat hidup. Faktor utama ialah kerana tidak tahu.

Moga-moga artikel pendek ini berjaya merubah keadaan kita yang 'tidak tahu' menjadi 'tahu'.

Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 115- "Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu bermain-main (tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Suatu ayat sindir, Allah tujukan kepada kita untuk kita sama-sama muhasabah diri.

Secara asasnya, manusia diciptakan Allah dengan 3 komponen, iaitu Hati, Akal dan Jasad. Ketiga-tiga komponen ini ada tugas dan peranan. Peranan hati ialah untuk membuat pilihan. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 29- " ... maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.."

Manusia diberi pilihan. Pilihan samada untuk merendahkan pandangan atau tidak apabila gadis tudung labuh berlalu, membuat pilihan sama ada mahu bercakap atau diam apabila azan, membuat pilihan samada mahu tinggal atau lari apabila mendengar orang mengumpat, dan lain-lain. Siapa kata dia tiada pilihan, maka dia pembohong. Pilihan sentiasa ada, cuma kekuatan saja yang kadang ada kadang tiada. Kerana itulah wujud 'dosa terpaksa' .

Peranan Akal pula ialah untuk berfikir. Berfikir akan baik buruk sesuatu benda. Memikirkan kesan dan akibat dan memikirkan bagaimana mahu Tuhan redha kepadanya. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36 -"Dan janganlah engkau mengikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya"

Sangat jelas, peranan akal untuk berfikir dan menilai sesuatu, sebelum bertindak. Jika aku tinggal solat, apa kesannya kepada aku? Jika aku ber couple, apa kesannya kepada aku? Jika aku tengok filem tu, apa kesannya kepada aku? Semua persoalan ini harus dinilai oleh akal.

Akhir sekali, peranan jasad iaitu untuk beramal. Tipulah jika kita mengaku iman, tapi tanpa amal. Tipulah jika kita mengaku 'berhati baik' tapi tidak dibuktikan dengan perbuatan. Rasanya tidak perlu huraian yang panjang bagi amal. Cukuplah kita faham bahawa kita tidak dikira beriman selagi kita belum melaksanakan tuntutan iman.

Dengan wujudnya 3 komponen penting ini dalam diri manusia, layaklah manusia menjadi sebaik-baik makhluk, berbeza dengan haiwan. Namun, kerana anugerah hati, akal dan jasad ini, Allah telah memberi kita amanah yang diwajibkan sejak kita baligh hingga mati. Amanah yang memerlukan kepada pengorbanan dan perjuangan.

Apakah amanah-amanah itu?

Ia adalah Ibadah dan Menjadi Khalifah.

Firman Allah dalam surah Adz-Zariyat ayat 56 : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". Tiada persoalan, tiada bantahan. Jelas.

Selain ibadah, kita juga ialah khalifah. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam ayat ke 30 dalam surah al-Baqarah ; "Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi ini". Sesuatu yang kita harus hayati ialah bagaimana untuk kita melaksanakan dua perkara dalam satu masa, iaitu beribadah dan menjadi khalifah.

Secara teori, ia mudah kerana menjadi khalifah itu sendiri ialah ibadah. Kita diperintah oleh Allah untuk memakmurkan bumi. Maka, jika orang tanya saya apa matlamat hidup saya, saya akan jawab saya mahu menjadi manusia yang bermanfaat.



Matlamat hidup,tujuan hidup dan apa yang saya kejar di dunia ini hanyalah apa yang Allah suruh- iaitu menjadi manusia yang bermanfaat dan sentiasa beribadah kepada-Nya. Kerana itulah, Bayyinat ini diwujudkan, untuk saya 'memberi' dan 'menerima'.

Akhir sekali, selepas kita diberikan amanah, Allah menyediakan balasan kepada kepada kita. Jelas, orang-orang yang berusaha menunaikan amanah, Allah sediakan syurga dan bagi manusia yang tidak tahu, tidak mahu dan tidak peduli dengan amanah ini, Allah beri neraka. (Nauzubillah).

Penutup

Saya juga masih mencuba-cuba untuk menjadi manusia. Manusia yang ada 'fungsi', ada matlamat dan ada tujuan. Ia memang tidak mudah, tapi cukuplah jika Allah tahu saya berusaha dan akan terus berusaha sehingga saya mati. Usaha. Itu sahaja yang membezakan...

Dakwatuna ^-^

Pernah saya ditegur.

kalau sudah beritahu bende betul, then orang tu tak dapat nak ikut. Lantak biar kat dia saja la kan. betul tak? *sendiri mau igt. :)
Itu bagi saya biasa saja, tapi ayat berikutnya lebih penting.
bukan putus asa. cuma awk tuh. skg da alim. dah pndai menegur. tp xperlu la lbh2. nnt org lain xsuke. antaranya sy. sy xsuke cara awk tgur org. awk pressure org tuh. smpai ble pon org tuh xnk dgr nasihat awk. no offence. just telling the truth. :)
Saya terlalu menekan? Benarkah? Biar anda saja yang jawab.Anda boleh jadi anonymous untuk menjawab persoalan ini. Oh ya, ini juga mesej kiriman seorang saudara anonymous di formspring saya, maka saya tidak tahu dia siapa. Cuma dia gunakan perkataang 'sekarang' yang menunjukkan bahawa dia kenal masa silam saya. Ah, dia pun tahu bahawa manusia perlu berubah untuk hidup di sisi Tuhan.

Kita tinggalkan sebentar persoalan itu.








Dakwah itu wajib. 
Tiada bantahan saya kira. Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis yang menceritakan tentang kefarduan sebuah dakwah. Saya sebenarnya mahu bercakap soal dakwah, tapi alhamdulillah saya telah bertemu dengan sebuah artikel karangan Ustaz Hilal Asyraf. Artikelnya bagi saya sudah cukup lengkap, jadi saya tinggalkan link saja di sini sebagai reading pleasure kalian.



Sekarang, izinkan saya menulis sesuatu yang ada kaitannya dengan dakwah.

Jangan dakwah ialah jalan yang tidak akan sunyi daripada ujian dan cabaran. Mahu jadi pendakwah, bukan saja perlukan ilmu serta akhlak yang mulia, tapi perlu juga kuat. Dalam sebuah kitab karangan Maulana Zakariya rah., katanya jika seseorang itu tidak pernah dibenci atau dicemuh jirannya, maka dia harus melihat ke belakang sebentar, mungkinkah dia telah meninggalkan dakwah?

Untuk dipandang serong, itu biasa. Untuk mendapat layanan yang kasar, itu juga biasa. Tapi harus di ingat, kita tidak berdakwah supaya dia ikut, tapi kita berdakwah kerana sebuah tanggungjawab. Jika si dia sudah diperingatkan berkali-kali tapi masih tidak mahu ikut, maka ucaplah alhamdulillah kerana firman Allah dalam surah Al- Araf ayat 164 -

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "Agar kami punyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa".

Moga-moga Allah terima sebagai satu bentuk usaha. Jangan jadi manusia yang terlalu ekstrem hingga sanggup meninggalkan kawan atau putus sahabat hanya kerana ini. Ingatlah, manusia yang sabar dengan sahabat yang bermaksiat adalah lebih mulia daripada manusia yang tidak bersahabat , dan tidak sabar dengan mereka !

Maaf, sedikit terbabas dari tajuk asal.

Setiap usaha mendekati Tuhan, pasti akan ada halangan. Dan bagi manusia yang menyeru orang lain berbuat kebaikan, dia juga akan menerima 'habuan dan ganjaran' yang sama- ujian! . Secara kasarnya, halangan dan ujian ini akan datang daripada 4 golongan manusia.

Golonga pertama
Orang yang jahil. Mereka ini ialah golongan yang paling mudah sebenarnya untuk menerima kebaikan. Mereka ini menolak, kerana mereka tidak tahu. Selepas diberitahu, maka mereka akan menerima dengan syukur. Golongan ini hanyaperlu diberi tahu.

Golongan Kedua
Mereka adalah orang-orang yang kalah melawan tuntutan nafsu. Mereka tahu apa yang mereka buat itu salah, tapi mereka tidak boleh berhenti dan melawan kehendak itu. Sebagai seorang saudara yang cakna, kita perlu mendampingi serta close monitor dia. Nasihat yang berpanjangan juga perlu. Di samping itu, kita juga perlu bijak. Menyediakan alternatif dan jalan keluar kepada masalah dia itu.

Sebagai contoh, jika dia mengadu kepada kita tentang tabiatnya yang suka menonton filem lucah. Kita boleh sediakan alternatif seperti on9 di tempat awam atau c.c . Terpulang kepada kretiviti anda. Golongan ini hanya sedikit lebih sukar daripada yang pertama.

Golongan Ketiga
Merekalah manusia yang melakukan kerosakan kerana mempunyai kepentingan di sebaliknya. Apa yang saya dapat ambil contoh ialah orang yang bekerja di kilang-kilang arak. Mereka tahu haram, tapi cukup benci jika ditegur dan dinasihat kerana mereka ada kepentingan iaitu punca pendapatan. Pastinya tidak halal.

Maka, sebagai saudara yang peduli, kita juga perlu sediakan alternatif kepada dia ini. Hujjah-hujjah yang bijaksana juga perlu untuk meleburkan rasa kebergantungan mereka kepada selain Allah. Golongan ini susah untuk diubah melainkan jika kita terus bersabar mencari peluang, iaitu ketika si dia mula rasa ragu-ragu dan putus asa dengan perkara yang dirinya ada kepentingan diatasnya.

Contoh lain, perempuan yang menjadi perempuan simpanan kerana harta. Jika perempuan itu merasa putus asa terhadap lelaki itu (mungkin si lelaki menyimpan perempuan lain) maka, saat inilah saat yang terbaik untuk kita memujuk dia kembali kepada rahmat Tuhan.

Golongan Keempat
Ini yang paling susah. Iaitu manusia-manusia yang menolak islam kerana 'isme-isme' perjuangan mereka. Ada yang menentang kebaikan kerana ia bercanggahan dengan fahaman/ideologi hedonism mereka.

Itu hanya contoh. Realiti sebenar, manusia memang banyak menolak islam kerana kononnya dia memperjuangkan bangsa. Atau kononnya dia memperjuangkan sistem ekonomi paling sempurna, atau kononnya dia sedang memperjuangkan sistem politik paling sempurna. Dusta semata-mata!

Bagi mereka ini, cara kasar adalah lebih berkesan. Tapi, sebelum itu, kita kena faham bahawa sumber kekuatan mereka adalah datang daripada golongan 1, 2, dan 3. Jika ketiga-tiga golongan ini dapat kita ubah, nescaya golongan 4 juga tidak punyai kekuaatan dan sokongan lagi. Maka, ubahlah golongan 1, 2 dan 3 dahulu!

Kesimpulan
Saya masih belum terkeluar daripada keempat-empat golongan manusia ini. Saya sedia didakwah, anda?







<rujukan akhi iqbal >


Alhamdulilah.... semoga ilmu ini dapat kita memuhasabahkan diri... untuk diri ini juga....^-^
^

Dia kawan aku. Macamana nk tegur dia??

Ada anonymous tanya soalan itu. Izinkan 'bro' ini menjawab sekadar termampu. Terlebih dahulu, saya perasan bahawa ada dua komponen utama di dalam soalan ini.

Pertama ialah 'dia kawan aku'
Kedua, 'dia terjebak dalam zina'.

Bagi saya, dakwah yang paling sukar ialah dakwah kepada orang yang kita kenal (kawan-kawan dan keluarga). Golongan yang kita kenal ini perlu kepada pendekatan yang lebih halus, teliti, cermat dan kretif.

Dakwah itu Seni
Dalam banyak-banyak cabang seni, seni dakwah ialah yang paling rumit untuk dikuasai.

Ini kisah saya.
Saya juga sama seperti orang yang bertanya. Saya juga punyai sahabat yang 'nakal'. Bukan semua sahabat saya baik-baik, kerana saya bukanlah manusia yang memilih sahabat. Saya suka bergaul dengan semua golongan manusia, dari kanak-kanak hinggalah kepada golongan dewasa dan berusia. Antara mereka, ada yang tidak bersolat, tidak menutup aurat, tidak itu, dan tidak ini. Tapi pada pandangan mata saya, mereka sama saja. Saya bukan orang yangg layak untuk memberi kemuliaan atau kehinaan kepada mereka.

Sedikit perkongsian
Ramai yang keliru dan tertanya-tanya tentang pendekatan yang terbaik dalam menegur rakan. Saya ada beberapa cara yang praktikal dan saya amalkan. Saya fikir wajar jika saya kongsikan dengan kalian.

Semua orang setuju, bahawa dakwah itu wajib kepada setiap individu mengikut keupayaan masing-masing. Tiada kompromi. Tapi, tak semua orang tahu bahawa hikmah itu juga satu kewajipan, dan inilah punca mengapa dakwah kita tidak berkesan- iaitu kerana kita tidak berhikmah.

Dalam menegur, saya suka meletakkan diri saya sebagai sahabat, dan bukannya warden penjara yang akan sentiasa marah-marah. Ya, tidak dinafikan, kadang-kala saya kelihatan menegur dengan emosi, tapi itu setelah saya consider beberapa perkara.

Pernah saya ditegur- saya kelihatan beremosi dalam menulis. Tidak. Saya menulis kerana sayang, bukan kerana marah. Saya cuma sedikit bertegas, dan saya tujukan ketegasan saya kepada umum, bukan kepada individu khusus.

Baiklah, sebelum banyak terbabas dari topik asal, saya mahu berkongsi dengan kalian tentang pendekatan dakwah kepada sahabat kita.

Moga bermanfaat.

Serba salah dan tersepit. 
Seorang dai' pasti akan mengalami situasi ini- ditelan mati mak, diluah mati bapak. Antara 'menegur' dengan 'mengelakkan ukhuwah dari tercalar', mana yang harus dilakukan. Buntu. Kita tahu, bahawa sahabat kita salah, tapi kita juga tahu, jika kita tegur, maka dia akan menjauhi kita. Akibatnya, peluang untuk dakwah dengan lebih sistematik kepadanya pun akan tertutup.

Jika anda berada di situasi ini, apa tindakan anda?

Dakwah ialah satu bentuk jihad, dan ia memerlukan kepada strategi, perancangan dan saf-saf yang teratur dan kemas seperti yang dinyatakan dalam surah As-saff.

Maka, kita harus menilai tahap kesalahan sahabat kita itu. Adakah dia melibatkan kepada persoalan akidah, atau ia masalah maksiat yang berterusan, atau adakah ia hanya masalah berkenaan akhlak yang kurang enak?

Jika ia berkenaan dengan soal akidah, maka wajib kita bersegera menegur sahabat kita. Tapi sekiranya kesalahan ia adalah dalam bentuk maksiat, maka kita boleh tangguh dan tunggu masa yang sesuai. Tetapi jika ia berkenaan dengan akhlak, maka kita boleh menggunakan pendekatan 'tunggu untuk tunjuk'.

Baiklah, saya akan cuba hurai satu-persatu.

Dalam soal akidah.
Jika sahabat kita ada kecenderungan untuk syirik (cth: di kristian kan), maka kita tidak boleh tunggu lagi, wajib kita bersegera menegur. Mungkin kerana tindakan segera ini, kita akan dibenci atau akan menjejaskan persahabatan, tapi ia berbaloi. Lebih baik kita dibenci olehnya, daripada kita melihat akidahnya terancam.

Dalam soal maksiat.
Pilih masa yang sesuai dan situasi yang sesuai iaitu face-to-face, kemudian mulalah bercakap. Seboleh-bolehnya, kita guna 'pendekatan ajak, bukan mempersoal'. Contoh: seorang yang tidak bersolat. Sebaiknya, kita ajak mereka untuk solat bersama dengan kita, bukan mempersoalkan, kenapa tidak bersolat. Bukannya mempersoalkan itu tidak boleh. Boleh jika kita berniat untuk membantu (cth; mengajar jika dia tak tahu atau menyediakan pakain bersih , jika dia tidak berpakain bersih), tapi pada pengalaman saya, jika kita mempersoalkan, kita akan menutup peluang kita untuk berdakwah pada kali yang lain- iaitu kita akan dijauhi olehnya. Jika sudah jauh, peluang pun semakin tipis. Bagaimana nak berdakwah?

Dalam soal akhlak.
Yang ini bolehlah jika taknak tegur dengan mulut, tapi tegur dengan 'hati' dan menunjukkan akhlak yang baik. Ramai orang sengaja nak ambil short-cut daripada hadis dari Abu Said al-Kudri riwayat Imam Muslim berkenaan dakwah ini. Maksud hadis itu- Jika kita tengok maksiat, kita wajib tegur dengan kuasa. Jika tak mampu, tegur dengan mulut, jika tak mampu, tegur dengan hati dan itu ialah selemah-lemah iman.

Ramai orang, apabila melihat sahabat dia bermaksiat, dia terus nak ubah dengan hati iaitu dengan cara meluat dan membenci, sedangkan tak benar cara tu. Dia sendiri belum menegur dengan kuasa dan nasihat, tapi terus nak benci dengan hati. Tak bolehlah begitu...

Kita ada kuasa, iaitu kuasa persahabatan. Dengan kuasa sebagai sahabat, kita berpeluang menegur. Maka, inilah peluang dakwah kita.

Kita akan dibenci? dipandang hina? dimarah? dicaci-maki? dan terasing?

Jika keadaan ini berlaku, maka kita harus melihat ke belakang sekilas. Mungkinkah cacian ini datang kerana dakwah kita tidak berhikmah?

Saya, jika menegur sahabat saya, saya akan menilai tahap kesalahan itu.

Bagi sahabat-sahabat saya yang tidak bersolat, saya tegur mereka secara berseorangan. Tapi melalui cara yang sedikit berbeza. Saya hantar mesej di facebook. Mudah kan?

Sebabnya adalah kerana kesukaran untuk mendapat situasi face to face dan jika ia berbentuk tulisan, 'orang yang betuah' menerima mesej itu boleh membaca berkali-kali. Berbeza jika kita bisik di telinganya (nasihat), mungkin selepas sehari atau dua pesan ini akan hilang.

Tapi jika dalam soal akhlak, saya suka tegur secara terus tapi dengan cara melawak, menggosok-gosok  belakang dia, memicit bahu dia dan memegang tangan dia. Bukan apa, saya hanya mahu supaya mereka rasa dekat dan tidak janggal dan terasing. Apabila berkata-kata juga, janganlah beremosi. Kerana itu, daei' harus pandai melawak dan pandai tersenyum. Daei bukan polis dan bukan warden penjara yang perlu sentiasa serius!

Tidak mudah. Selamanya dakwah tidak akan menjadi sesuatu yang mudah.

Kita sendiri harus berusaha 'memudahkan' ia. Saya suka mengambil contoh dakwah Rasulallah. Bagaimana orang arab jahiliyyah yang no doubt, sangat kasar dan bengis boleh jatuh hati dengan dakwah Baginda?

Ini adalah kerana eratnya ukhuwah yang Rasulallah bina. Kita guna pendekatan itu- ukhuwah. Lalu, bagaimana mahu mengeratkan ukhuwah supaya kita boleh berdakwah, dan dakwah itu akan terkesan kepada mereka?

Sifat-sifat kemanusiaan. Itulah jawapannya.

Kerana itulah, Rasulallah menganjurkan kita untuk selalu senyum, mengucap salam, bermanis muka, bertukar-tukar hadiah, saling bantu-membantu, bertanya khabar dan lain-lain.

Dengan ini, kita berupaya membina hubungan yang baik dengan kawan-kawan kita. Dengan itu juga, jika kita memberi nasihat, mudah untuk mereka ikut. kan?

Saya sendiri bukan sahabat yang baik. Tapi saya masih mampu sentiasa berpesan kepada tiga perkara utama ini. Berulang-ulang kali, tapi syukur, sahabat-sahabat saya tiada yang menolak. Semuanya angguk dan senyum (dalam hati mungkin juga meluat) hehe :)

(1)- Sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat.
(2)- Kalau nak buat jahat, jangan dibangga-bangga dan jangan ajak orang lain join.
(3)- Kalau terlanjur buat benda jahat, jangan lupa iringi dengan buat benda yang baik-baik.

Seni dakwah ini akan selamanya menjadi satu kesenian yang terindah. Memilikinya adalah lebih baik daripada memiliki ribuan ekor unta merah. Kerana itu, hati-hati sebelum 'membuka mulut' kerana jika silap perkiraan dan cara, sasaran dakwah kita akan lari.

Jangan musnahkan peluang yang ada dengan sikap terburu-buru kita.

Oh, maaf sangat-sangat kerana saya belum menjawab soalan tentang 'dia terjebak dengan zina'. Biar itu jadi tajuk artikel yang akan datang. Cukup kiranya artikel ini menjawab soalan 'dia kawan aku'.


Akhir kata, apa yang baik, silalah amal dan sampai-sampaikan. Mana yang buruk, silalah tinggal dan lupa-lupakan. Maaf jika ada kekurangan dalam artikel ini.
<rujukan akhi iqbal > (^-^)

Perkongsian : Usrah ? (^-^)


Apabila dikatakan, 'Jom pergi usrah', akan ada segolongan manusia akan bergegas bersiap. Segolongan manusia yang lain pula akan mencebik muka dan berkira-kira, 'Tak boleh. Aku sibuk. Assingment berlambak. Study pun tak habis. bla..bla..bla...'

Sebenarnya, usrah itu apa?

Apa hukum join usrah ni?

Wajib kah? Sunnat kah? atau sekadar harus?

Usrah tu apa?
Saya tidak ada jawapan yang paling tepat. Tapi saya memandang usrah ini seperti telefon bimbit. Telefon yang ada battery, dan memerlukan battery untuk berfungsi. Masa berlalu dan battery pun menjadi semakin lemah dan akhirnya telefon itu mati (tidak berfungsi). Maka, usrah ialah seumpama charger yang akan mengembalikan tenaga battery itu.

Sama halnya dengan manusia. Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah (full battery). Sedang dirinya membesar, keimanan dan kederhakaan bertukar-tukar hingga mengikis iman (battery low). Tika itu, kita tidak mampu menjadi seorang muslim yang sebenar (tidak function) dan memerlukan kepada tarbiyyah (charge iman).

Sebenarnya Imam Hassan Al-Banna ada senaraikan sepuluh objektif usrah dan tarbiyyah yang saya tidak akan kongsikan sekarang. InsyaAllah dalam tajuk yang lain.

Hukumnya apa?
Juga tiada jawapan yang satu. Tapi bagi saya, usrah ini wajib. Wajib kepada saya dan anda. Saya mengambil dalil dari satu hadis riwayat Al-Baihaqi bahawa- "Menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim".

'Tidak semestinya nak tuntu ilmu, kena join usrah'. Balas seorang rakan. Begitukah?

Ya. Tidak dinafikan. Ilmu Allah maha luas. Belajar, tak semestinya 2 jam seminggu, atau 2 jam sehari. Proses belajar terjadi dimana-mana. Di depan skrin komputer pun, proses tarbiyyah boleh berjalan. Tapi, adakah ini tarbiyyah yang sebenarnya?

Tidak. Tidak sama orang yang belajar dengan guru, dengan orang yang belajar dengan cara membaca tanpa guru. Kerana itu, di dalam usrah, proses tarbiyyah ini berjalan dengan lebih sistematik, lebih jamak, dan lebih tersusun.

Saya tidak pandai nak bercerita panjang, kerana saya sendiri masih mentah dalam dunia usrah. Saya pun hanya hampir 11 bulan join usrah dan saya hanya mampu menyatakan satu perkataan, iaitu 'meyeluruh'. Ia adalah satu proses mengenal Tuhan, mengenal diri sendiri dan juga mengenal lawan serta kawan dengan menyeluruh.

Alhamdulillah. Allah beri saya peluang untuk mengenal manusia yang baik-baik.

Sibuknya kita.
Antara sebab lain saya cenderung mengatakan usrah ini wajib adalah kerana faktor kesibukan kita. Sebagai manusia, kita akan sibuk mostly, dengan pekerjaan (bagi orang bekerja) atau dengan belajar (bagi students). Dalam senggang masa itu, kita juga akan disibukkan dengan salah satu dari 3 kesibukan. Kita akan sibuk, samada sibuk dengan islam, sibuk dengan maksiat atau sibuk dengan tidak buat apa-apa.

Sibuk dengan islam.
Ini dilihat dengan kebersamaan diri kita di dalam majlis-majlis ilmu dan dakwah. Manusia sebegini hidupnya bermatlamat dan mempunyai tujuan. Mereka sedar bahawa mereka 'perlu' kepada Allah. Mereka mahu mengenali, mendekati dan mencintai-Nya. Lalu, dalam kesibukan pun, mereka masih sedia menggunakan masa lapang untuk mencapai matlamat itu, dan benar, Allah perkenankan keinginan mereka.

Merekalah manusia yang ada fungsi.

Sibuk dengan maksiat.
Secara kasar, mereklah orangnya yang menggunakan masa lapang dengan menyibukkan diri berbuat maksiat. Dating menjadi amalan harian. Mengumpat dan bergosip menjadi zikir harian. Membaca dan menonton bahan-bahan lucah dan tidak bermanfaat menjadi kebiasaan. Ah, terlalu rugi jika tergolong dalam golongan ini.

Allah akan bertanya kepadanya tentang nikmat kelapangan. Lalu dihadapan Allah, kaki, tangan, kepala dan kulitnya akan berbiara, "Tuhanku, tuanku ini menggunakan aku untuk bermaksiat kepadamu sedang aku tidak meredhai perbuatannya".

Kemana lagi destinasi bagi pendosa, jika bukan ke lautan derita tidak berpenghujung?

Sibuk tanpa apa-apa.
Saya juga bagini dahulu. Sibuk! tapi entah, tak tahu sibuk buat apa. Sedar-sedar, masa berlalu sedang saya tidak sedar dan tidak mendapat manfaat dari masa. Sibuk main game, sibuk online, sibuk..sibuk..sibuk.. tapi at the end, nothing.

Special credit to Abang Shahrul kerana menjadi individu yang paling awal drag saya into the wonderful world of tarbiyyah. Walaupun tak lama kerana diganti oleh Abang Ihsan (murabbi saya yang sekarang), saya merasakan bahawa setiap kali saya berkongsi kebaikan dan ilmu dengan kalian, individu-individu ini sentiasa mendapat pahala yang percuma.

Allah saja yang mampu membalas kebaikan kalian.

Pesan saya.
Ramai orang berpesan kepada saya, "Masa di universiti inilah masa yang paling free untuk belajar agama"

Bahkan ada yang turut berpesan, "Semoga istiqomah walaupun selepas kahwin"

Hakikatnya, apabila kita sudah mula bekerja dan berkeluarga, tanggungjawab kita semakin meningkat. Tidak akan ada masa terluang yang banyak kerana keluarga, tarbiyyah dan dakwah akan berebut-rebut minta perhatian. Kembali, time management sangat penting.

Ada orang, di usia remaja dan alam usniversiti sangat aktif dalam dunia dakwah dan tarbiyyah. Tapi apabila masuk alam pekerjaan, mula futur dan apabila sudah berkahwin, terus tinggal tanggungjawab mentarbiyyah diri dan berdakwah. Apa ini? Bukankah amalan yang istiqomah itu lebih disukai oleh Allah?

Saya pun perasan bahawa ramai readers saya pun umur baya-baya saya. Jadi, saya sangat menggalakkan kalian melibatkan diri dengan jemaah-jemaah usrah ini. Mungkin pengalaman kita di zaman sekolah menengah menyebabkan kita bersikap 'menentang' kepada usrah. Saya juga pernah begitu, kerana di sekolah lama saya, ada juga usrah tapi ia tersangat-sangat membosankan, seperti membuang masa dan tidak ada isi.

Tapi, tidak adil jika kita menghukum sesuatu kerana pengalaman yang kurang indah, kan?

Saya mahu jika disibukkan dengan agama. Benarlah sabdaan Baginda, manusia tidak akan merasa cukup dengan ilmu. Saya mula merasa perasaan ini. Perasaan yang sangat halus yang mendorong saya untuk mencari ilmu dan beramal dengan ilmu itu.

Kesimpulan.
Artikel ini bukan bermaksud saya menyuruh kalian join usrah. Saya sendiri tak tahu bagaimana bentuk usrah di kolej kalian. Tapi saya hanya mahu kalian terikat dengan satu aktiviti atau kumpulan yang akan sentiasa memberi suntikan iman, ilmu dan membawa kalian dekat dengan Allah. Sibukkanlah diri dengan islam di usia muda ini, kerana jika sudah mula bekerja, lebih sukar.




Semoga kita semua istiqomah mencari wajah Allah.
<rujukan akhi iqbal syarie>

muliakah orang yang di tarbiyyah??



'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini?  Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.

Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri. 
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

<rujukan akhi iqbal syarie>

hish.....sebab apa aku perlu dakwah2 ni??!



'Layakkah saya berdakwah?', tanya seorang rakan kepada saya.

'Kenapa tanya soalan begini?'

'Erm. Saya ni jahat, selalu buat dosa. Ilmu agama saya cetek. Amal soleh saya sedikit. Saya tak layak'

Oh. Nampaknya kamu sudah salah faham....

Dakwah: Mengapa ia perlu?
Mengapa kita dituntut untuk berdakwah?

'Kerana Allah suruh'.

'Tapi, mengapa Allah suruh?'

Senyap.

'Ayuh. Jawablah, mengapa Allah suruh kita berdakwah?'

Sepi.

'Maaf, saya tidak tahu...'

Ya, tak ramai dalam kalangan 'orang dakwah' faham mengapa dakwah ini difardukan kepada kita. Banyak sebab sebenarnya! Jika kita ada usaha untuk 'menggali' maksud ayat-ayat al-Quran, pasti kita akan faham mengapa Allah menyuruh kita berdakwah.

Sebab Satu: Kerana Allah mahu menjadikan kita insan beriman.

Apa maksud iman?
Iman ialah meyakini kekuasaan Allah dengan hati, mengakui dengan lidah dan membuktikan dengan amalan. Siapakah manusia yang paling beriman diatas dunia ini?

Rasulallah s.a.w, Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, Ali r.a, para sahabat dan seterusnya generasi-generasi selepas mereka.

Bagaimana mereka mendapat iman?
Jawapannya satu, iaitu kerana mereka berdakwah. Rasulallah ialah seorang manusia. Dan setiap manusia, belajar. Rasulallah juga belajar. Siapa guru Baginda?

Allah.

Apa yang Allah ajar?

Wahyu.

Maka, kita perlu kembali kepada wahyu...

Perasan atau tidak, dalam banyak tempat di dalam al-Quran, Allah memulakan firman-Nya dengan perkataan 'Qul' yang bermaksud 'katakanlah'. Ini yang Allah ajar kepada Rasulallah- 'Cakaplah, beritahulah dan sampaikanlah wahyu'.

Inilah dia dakwah. Kita bercakap tentang perintah-perintah Allah. Kita beritahu tentang larangan-larangan Allah. Dan kita sampaikan berita-berita dari Allah.  Dan inilah yang dilaksanakan oleh Rasulallah, dan diteruskan oleh para sahabat serta generasi selepas mereka.

Apa yang mereka dapat dengan 'bercakap?'
Mereka mendapat keimanan. Mereka dapat keyakinan, dan mereka mendapat perasaan 'dekat' dengan Allah. Beritahu saya, siapakah dalam kalangan sahabat Rasulallah yang tidak berdakwah? Tiada. Semuanya berdakwah.

Maka, jelas bahawa kita perlu bercakap tentang keesaan Allah, supaya ia hadir dalam diri kita.

Sebab Dua : Kerana Allah mahu menguji kita.
Allah paling hebat. Tiada keraguan tentang fakta itu. Tapi, Allah sengaja tidak jadikan semua manusia ini islam. Mengapa? Bukankah Allah berkuasa untuk melakukan sedemikian?

Ya, Allah mampu mengislamkan semua manusia di muka bumi ini. Tapi Allah tidak buat begitu. Mesti ada sebab.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"-al ankabut ayat 2.

Allah mahu uji kita. Dan inilah tanda Allah sangat adil. Ya, Allah adil. Dia beri kita ujian. Dan Allah juga sediakan ganjaran, habuan bahkan, denda juga. Sesiapa yang lulus ujian, maka dia dibalas syurga dan siapa gagal, maka dia akan dibalas dengan neraka. Theory wise, senang. Tapi praktikal, belum tentu...

Tanggungjawab berdakwah juga ialah satu bentuk ujian kepada kita. It is a must.


Sebab Tiga: Keselamatan.
Satu analogi. Kita berada dalam satu kapal yang besar. Kapal mewah 2 tingkat. Kita berada di tingkat atas. Di tingkat bawah, ada beberapa orang manusia 'nakal' yang sedang berusaha menebuk lubang pada kapal itu. Alasan mereka, mereka mahu membuat lubang di dasar kapal kerana mahu memasang jala dari dasar kapal. Logiknya, lebih dalam, lebih banyak ikan. Kita yang berada di tingkat atas tahu bahawa jika mereka membuat lubang juga, kapal ini akan karam. Lalu, apa tindakan kita untuk 'menjawab' alasan mereka yang jahil itu?

Adakah kita akan membiarkan, lalu kita turut sama karam.

Atau, adakah kita akan katakan 'Stop! Jangan buat' kepada mereka?

Inilah dakwah. Kita memberitahu kesan-kesan perbuatan salah mereka. At the end, bukan setakat mereka yang selamat, kita juga akan selamat.

Sebab Empat: Cinta
Satu lagi analogi. Kita ada satu ekar kebun. Disebelah kebun kita, ada satu ekar lagi kebun milik orang lain. Kebun kita ini baik. Kita potong semak samun dan kita bagi ia lapang. Tapi kebun jiran kita tidak. Kebunnya penuh dengan semak samun. Bahkan pasti, ada hidupan berbisa seperti ular di kebunnya. Kebun kita tidak ada ular, tapi kebunnya ada ular. Satu hari, ular yang mendiami semak samun itu masuk ke dalam kebun kita. Boleh bayangkan apa terjadi?

Ya. Kita akan dipatuk ular.

Lihatlah sendiri. Kita tidak boleh menjadi baik sorang-sorang. Tidak boleh. Sebaliknya, kita juga perlu ajak 'jiran' kita untuk 'membersihkan kebunnya bersama-sama'. Kesannya jelas, supaya jika datang musibah atas sebab maksiat yang berleluasa, musibah itu akan menimpa semua, bukan sekadar pelakunya. Jangan ingat kita baik, kita selamat. Belum tentu..kerana yang pasti, orang baik pasti tidak mahu jadi baik seorang-seorang, dia pasti mahukan semua orang jadi baik juga- Dakwah!

Sebab Lima: Kerana Islam menjaga.
Dahulu, ketika virus H1N1 sedang menular, semua orang dituntut untuk memakai topeng. Sesiapa yang terkena jangkitan wabak ini pula, akan dikuarantin. Mengapa? kerana kita tahu bahaya nya virus ini.

Virus H1N1 ini kita boleh ibaratkan sebagai dosa. Dosa, sifatnya ialah ia akan merosakkan diri kita, dan juga diri orang lain. Maka, orang yang berdosa ialah orang yang 'memberi ancaman' kepada kita. Mari kita merenung sebentar. Apakah dosa yang memberi manfaat kepada kita?

mencuri? membunuh? mengumpat? mengeji? membuka aurat? berzina? arak? judi?

Inilah dia islam. Dalam islam, apa-apa saja perkara yang memberi mudharat adalah haram, kerana islam menjaga 5 aspek kehidupan. Islam menjaga akal kita. Kerana itu, arak haram. Islam menjaga harta kita. Kerana itu, judi haram. Islam menjaga keturunan kita. Kerana itu jugalah zina diharamkan. Islam juga menjaga diri kita. Kerana itu jugalah Islam melarang kita dari mencederakan diri dengan sengaja seperti ritual agama-agama lain. Dan paling utama, islam menjaga akidah kita. Kerana itu kita dilarang syirik dan khurafat.

Mahu selamat di dunia dan diakhirat?
-Tinggalkan dosa.
-Tinggalkan maksiat.


Dan, ajak manusia dia sekeliling kita untuk meninggalkan dosa serta maksiat bersama-sama kita.

Sebab Enam- Lombong pahala.
Kita banyak dosa. Siapa mahu mengaku bahawa diri dia tidak punya dosa? Dosa dan pahala silih berganti. Jadi, bagaimana mahu menambah pahala?

Pahala adalah seumpama duit. Namun, ia tidak laku untuk membeli apapun kecuali syurga. Hanya syurga sahaja yang mampu 'dibeli' dengan pahala. Dan disisi Allah, atas sebab adilnya Allah, Dia sediakan satu tempat kita menimbang, al mizan.

Disana, kita akan dikira dengan penuh teliti dan adil. Malangnya, nyata dosa kita lebih berat berbanding pahala. Maka, terkulat-kulat kita disitu tercari-cari pahala. Ada kah?

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun" 
-Riwayat Muslim

Sebab Tujuh: Memudahkan amal.
Apakah dakwah yang paling kerap kita dengar? Ya.azan. 'Hayya ala solaah'- mari bersolat. Itu dakwah yang istimewa. Kerana itu, syariat nya hanya 5 kali sehari. Orang yang nak menyeru, pasti akan datang dahulu kepada apa yang diserunya.

Contoh lain. Jika seorang ibu mahu mengejutkan anaknya untuk bangun awal pagi untuk ke sekolah, si ibu harus terlebih dahulu bangun 30 minit lebih awal dari si anak.

Kerana itulah orang yang buat dakwah, mereka lebih mudah untuk beramal kerana ada 2 force yang push mereka, iaitu 'ini perintah Allah' dan juga 'aku ajak orang, aku kena buat lah'. Sekarang, tahulah kita sebab apa kita susah nak beramal, iaitu kerana kita telah meninggalkan dakwah.

Kesimpulan
Dakwah itu seumpama ubat sakit kronik. Kita boleh memilih untuk makan atau tidak, tapi kita sedia maklum akan kesan jika kita tidak makan ubat.

Saya baru jawab persoalan tentang "sebab" dan saya belum menyentuh bab "aku bukan baik untuk berdakwah". Apapun, semoga dengan kehadiran artikel ini, kita menjadi lebih bersyukur kerana diberi mulut dan diberi pancaindera. Moga-moga kita dapat gunakan mereka untuk berdakwah. 

Ingat, dakwah ialah untuk mendapat iman, bukan untuk mendapat habuan dunia...

<rujukan akhi iqbal syarie>