لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Friday, October 8, 2010

AMALAN SEMATA-MATA BUKAN PENYELAMAT

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : “ Amalan kamu tidak akan menyelamatkan seseorang pun daripada kamu.” Seorang lelaki berkata : “ Tidak juga engkau, Wahai Rasulullah. “ Baginda bersabda : “ Begitu juga aku, melainkan ALLAH meliputiku dengan rahmat daripadaNYA;akan tetapi lakukanlah yang betul.”( Riwayat Bukhari dan Muslim )


ULASAN HADIS :

1.        Kata Al Rafi : Tidak sepatutnya seseorang itu bergantung dengan amalan sendiri untuk mencari perlepasan dan meminta ketinggian darjat, sesungguhnya dia melakukan amalan dengan taufiq daripada ALLAH dan meninggalkan maksiat dengan pemeliharaan ALLAH. Maka semua itu adalah dengan kelebihan dan rahmat ALLAH. ( Fath Bari )

2.        Kita diperintahkan oleh ALLAH SWT untuk beramal soleh dan banyak melakukan kebaikan. Segala amalan yang dilakukan hendaklah disertai dengan keikhlasan kepada ALLAH.

3.        Amalan yang melahirkan rasa takabbur dan riya’, adalah  kerana dia merasakan mampu melakukan segala amal kebaikan dengan kemampuannya. Tetapi amalan yang dilakukannya itu bukanlah dengan sebab dirinya mampu, akan tetapi dengan sebab keizinan ALLAH yang membolehkan dirinya untuk beramal.

4.        Semakin kuat seseorang itu berusaha melakukan amalan kebaikan semakin ALLAH kurniakan kemampuan kepadanya untuk terus istiqomah dalam amalannya. ALLAH SWT tidak akan membiarkan hamba-hambaNYA yang suka berbuat kebaikan merasa berat untuk melaksanakannya bahkan ALLAH akan memberi rasa senang dan ringan kepadanya.

5.        Justeru, amalan kita semata-mata bukanlah penyelamat di akhirat nanti jika tanpa rahmat daripada ALLAH SWT. Amalan hanyalah pembukaan kepada kasih sayang ALLAH kepada kita. Oleh itu, selagimana seseorang itu dikurniakan kemampuan beramal soleh, itu adalah tanda keselamatan dan rahmat ALLAH sedang bersama-sama dengannya. Dan jika sebaliknya maka hendaklah berwaspada kerana itu adalah tanda ALLAH jauhkan dirinya daripada keselamatan dan rahmat ALLAH SWT. WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment