لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Friday, October 8, 2010

jawab semua persoalan di bawah

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka ALLAH dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. “ ( Surah At Taubah : 105 )

MUHASABAH AYAT :

1.        Adakah kita bersolat ? atau kita sering meninggalkan solat ?

2.        Adakah kita sentiasa bersolat jemaah? Adakah kita sentiasa menunaikan solat sunat qabliah dan ba’diah?

3.        Adakah kita sentiasa berselawat kepada RASULULLAH SAW?

4.        Adakah kita sering bersolat tahajjud ?

5.        Adakah kita sentiasa berpuasa sunat isnin dan khamis?

6.        Adakah kita pernah mencuri? Mengambil hak orang lain?

7.        Adakah kita benar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba, anak, suami, isteri, pekerja, majikan, pemimpin?

8.        Adakah kita sedar segala perbuatan kita sedang dilihat oleh ALLAH?

9.        Adakah kita selalu bercakap benar? Adakah kita pasti kita tidak berbohong ?

10.        Adakah kita pasti tidak menyakiti hati orang ?

11.        Adakah kita sering menyakitkan hati kedua ibu bapa? Bercakap kasar dengan mereka?

12.        Adakah kita pasti mendapat keredhaan GURU-GURU kita? Berkatkah ilmu-ilmu yang kita pelajari dan amalkan selama ini ?

13.        Adakah kita sudah mempersiapkan amal kebajikan? Adakah kita masih melakukan dosa kecil? Besar? Adakah kita pasti kita akan sempat beramal dan meninggalkan maksiat sebelum tiba tarikh kematiaan kita?

14.        Adakah kita sudah sempurna menutup aurat ? sampai bila kita mahu mempamerkan aurat-aurat kita pada selain mahram kita? Adakah kita sanggup menghadapi bakaran api pada setiap aurat kita yang masih terbuka?

15.        Adakah kita sanggup melihat kaum keluarga kita dicampakkan ke dalam neraka kerana kejahilan mereka dalam melakukan dosa?

16.        Adakah kita bersiap sedia untuk ditarik ke neraka kerana tidak membimbing mereka yang kita kasihi agar taat perintah dan tinggalkan larangan ALLAH?

17.        Adakah kita pasti kita akan mati dalam Islam ( husnul khatimah ) ?

18.        Adakah kita besedia untuk mati pada bila-bila masa?

19.        Adakah kita siap untuk hidup di alam Barzakh ? Bersedia tinggal seorang diri di dalam liang lahad?

20.        Adakah kita yakin liang lahad kita sebuah lubang taman dari taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka?

21.        Adakah kita sudah membayangkan saat perpisahan kita dengan dunia, saat berpisah dengan ibu bapa, adik, abang, kakak, suami, isteri, anak-anak?

22.        Adakah kita dapat bayangkan saat kita mula diturunkan diliang lahad? Siap menempuh pengalaman baru?

23.        Adakah kita dapat bayangkan ketika dua malaikat datang bertemu, kita pasti boleh menjawab setiap persoalan mereka?

24.        Adakah kita bersedia untuk dihukum atas setiap kesalahan dosa kita ketika di dunia? Sanggupkah kita menghadapi pukulan yang pasti hinggap di badan kita yang lemah ini?

25.        Adakah dapat kita bayangkan saat kulit-kulit dan daging-daging kita mula di makan ulat? Adakah kita sudah bersedia untuk digigit dan disengat binatang berbisa ?

26.        Adakah kita pasti kita akan mendapat pertolongan daripada sesiapa ketika itu?

27.        Adakah kita pasti kita layak menjadi ahli SyurgaNYA, atau adakah kita layak ke nerakaNYA ? NAUZUBILLAH

28.        Adakah kita pasti kita akan ditolong NABI SAW sedangkan ketika di dunia kita tidak mengikut ajaranNYA dan sering melupakanNYA ?

29.        Dan adakah kita akan mendapat belas kasihan ALLAH dan Redha ALLAH ?....jika dengan NABI kita tidak disyafaatkan...bagaimanakah nasib kita untuk dipandang oleh ALLAH walau hanya sebelah mata...?

30.        MUHASABAH lah selagi ada waktu dan kesempatan...lenturkanlah hati, lunakkan jiwa..basahi mata dengan tangisan kerana takutkan ALLAH..selamatkan diri kita, tiada siapa yang dapat membantu kita lagi kecuali amal soleh....WALLAHU’ALAM.

No comments:

Post a Comment