لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, November 28, 2010

aku terima segala cacian dan kutukan tapi jangan ingkar perintah tuhan::

(^-^)
buat teman ,rakan dan juga taulan..
aku insan ciptaan tuhan....
sudah pasti banyak kelemahan...
tidak pernah memiliki kesempuranaan...

(^-^)
aku d sini memohon kemaafan...
jika kehadiran menjadi kebencian...
ingin ku jauhi segala cacian dan makian...
namun ku tahu itu suratan...

(^-^)
tidak mampu ku puaskan..
hati semua orang..
setiap insan ada kelemahan...

(^-^)
ak di sini kerana tuhan...
bukan ingin tunjuk kepandaian..
kerana aku makhluk tuhan...
jika kebenaran ku sampaikan...
kenapa mesti ada kebencian...

(^-^)
apakah salah ku nyatakan kebenaran...
hanya ingin jadikan tauladan & panduan..
maaf d pinta andai mengguriskan...
tiada niat ingin d lakarkan...

(^-^)
ingatlah teman rakan dan taulan...
janji tuhan pasti kan datang...
apa mampu kita lakukan...
andai ajal d tangan tuhan...

(^-^)
terimalah kebenaran...itu satu pesanan...
ku terima segala hinaan..
ku berserah andai itu menyenangkan..
hati sesetengah orang.....

(^-^)
tapi janganlah ingkar janji tuhan...
kelak kau akan d binasakan...
tidak ku marah dengan celaan...
tapi ku sedih andai kau
hina amanat tuhan...

(^_^)
setiap insan perlukan perubahan...
jika mahu rahmat tuhan..
usah takut dengan hinaan...
allah bersama orang b'iman...

(^-^)
aku insan byk kelemahan...
jika salah tlg tegurkan...
itu mugkin arahan tuhan..
agar aku tidak kelalaian...

(^-^)
lihatlah dunia yang ketandusan...
amat ngeri dan menakutkan...
tidak peduli perintah tuhan..
syariat sering d pertikaikan...

(^-^)
ingatlah kawan ,rakan dan taulan...
teruslah berjuang demi tuhan...
usah rebah dek hinaan...
kelak Allah janjikan kesenangan...

(^_^)
teruslah berjuang bermatian...
agar mendapat rahmat tuhan..
ampun maaf ku pohonkan..
andai aku menyakitkan...

(^_^)
andai ada salah faham & keterlanjuran...
ku mohon d maafkan....
apa yang baik jadikan panduan...
yang buruk jadikan sempadan....
ingatlah kita ini milik tuhan ..
sekejap lagi akan d kembalikan...
semoga pergi dalam keimanan....


wallah'ualam...

***buat semua yang membacanya..teruskanlah perjuangan.. ingatlah janji tuhan...kelak kita mendapat kesenangan...
aku di sini sekadar bkongsi..bukan ingin mengajar sesiapa..walau kebenaran pahit d telan itulah harus d sampaikan..tidak ku takut cacian dan makian... ku pegang pada janji tuhan... salam perjuangan ku ucapkan..teruslah berjuang !!
 dari allah kita datang... kepada allah kita d kembalikan..

nukilan::
 ikhlas:< miss tepung komak^^@ fazedah>

No comments:

Post a Comment