لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Monday, December 6, 2010

AKU YANG FANA



AKU YANG FANA

Aku adalah gabungan zarah-zarah.
Kelilingku juga zarah-zarah.
Aku dan dunia ini adalah zarah-zarah.
...
Zarah-zarah yang digerakkan oleh Yang Maha Menggerakkan.
Zarah-zarah yang berlanggar ke sana sini mengikut kehendak Yang Maha Kuasa

Zarah sebuah gabungan nukleus, proton dan neutron
Hanyalah sebuah tenaga

Lalu zarah hakikatnya tenaga
Yang didayakan oleh Yang Maha Kuasa

ye...sebuah daya.

HAKIKATNYA KITA DAN ALAM INI
hanyalah tenaga yang bergabungan
Berlanggar sesamanya
Kerana ada daya yang didayakan olehNya

Hakikatnya kita ini adalah FANA
Tidak ada...tetapi ada setelah didayakan.

Sedarilah wahai diri yang Fana
Kamu sebenarnya sekadar tenaga yang bergetar dan berlanggar
Kamu tiada apa melainkan didayakan oleh Allah
Maka kembalilah kepada Tuhanmu setiap saat agar kamu didayakan olehNya.
Tanpa kuasaNya, kamu tidak berdaya.

Lahaula wala quwwata illa billah

Buangkan egomu wahai teman
Kamu sekadar tenaga yang bergetar dan berlanggar
Hanya sebuah tenaga yang memiliki daya yang lemah
Yang hulu ke hilir atas tuntunanNya

Kembalilah wahai teman
Kepada RABBMU
Yang tidak jemu memberikan kamu daya
Walaupun sekadar untuk wujud
di dunia ini.

Innalillahiwainnailaihirojiun

"Ya Allah terima kasih kerana sentiasa mendayakan kami ya Allah. Seandainya tanpa rahmatMu, tanpa daya yang dikurniakan olehMu, kami bukan sekadar tidak berdaya untuk bergerak, bahkan kami tidak akan wujud langsung di muka bumi ini.

Ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih"


1 Muharram 1432

No comments:

Post a Comment