لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Monday, December 6, 2010

APA YANG DI MAKSUDKAN DENGAN BIMBO??

Bismilahirahmanirahim....

Apa khabar buat semua sahabat? semoga sentiasa dalam keadaan sihat hendakNya.. :) alhamdulilah hari ni ana rasa begitu bersemangat sekali walaupun ana sebenarnya kepenatan.. bukan apa semalam baru tiba di terengganu. Bertolak agak lewat dan dalam perjalanan hujan yang sangat lebat so kena la bawak slow2.. ^^ Alhamdulilah.. semuanya selamat. Mungkin dalam hujung minggu ni ana akan kembali ke subang.Dalam m'persiapkan persiapan perkahwinan abang ana. Untuk menyebokkan diri dalam membantu mengubah barang2 hantaran :) hehe.. ok,sebenarnya hari ini ana nk kongsikan sedikit tentang suatu perkara yang ana sendiri pun baru sahaja mengetahuinya. Jadi semoga kita sama2 dapat manfaatkanya ya. InsyaAllah :)


BIMBO

Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya dan saya percaya jarang yang mendengar istilah ini.
Kenapa saya menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi bimbo?
Ini kerana saya melihat semakin ramai di antara mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari.
Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.

Bimbo merujuk kepada wanita cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijaksanaan atau pendidikannya.
Sebenarnya perkataan bimbo merupakan istilah yang diambil daripada Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada kaum lelaki.
Namun begitu, dengan situasi sekarang ia lebih sesuai digunakan kepada kaum wanita sehinggakan terbit istilah male bimbo apabila digunakan kepada lelaki.
Wanita mudah lemah dengan pujian.
Apabila dipuji, pasti jantung mereka berdebar kencang, lebih-lebih lagi apabila pujian tersebut daripada insan berlainan jantina.

Kerana itulah jangan terkejut jika mendengar cerita wanita mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang baru mereka kenali. Ini adalah kerana mereka bimbo.
"Ala, bukan semua wanita macam tu".
Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya menyerahkan diri kepada pemberi pujian.
Bimbo biasanya terjadi kepada remaja di bangku sekolah.
Lihatlah kes pelajar sekolah yang lari mengikut lelaki. Entah berapa banyak kes seperti ini berlaku di negara kita.

Kes ini tidak hanya berlaku di kalangan remaja mentah namun turut melanda mahasiswi universiti dan lepasan universiti.
Mereka sanggup meninggalkan keluarga semata-mata mengikut lelaki yang tidak dikenali.
Kerana apa?
Kerana mereka adalah bimbo. Mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki.
Bagi pasangan couple, kebimboan mereka jelas apabila mereka mula merelakan tangan mereka dipegang oleh lelaki.
Ingatlah wahai wanita, berpegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu.
Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, adegan yang lebih mesra lainnya pula bakal menyusul.
Berhati-hatilah kerana jika benar lelaki itu menghormati kamu, pasti tidak akan sanggup dia menyentuh kamu sebelum kamu menjadi halal untuknya.

Lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.
Lelaki hanya memerlukan kata-kata manis untuk mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika anda melihat seorang perempuan cantik tetapi berpasangan dengan lelaki yang kurang menarik.
Kenapa? Kerana mereka bimbo.
Tengok saja wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki luar.
Mereka bagaikan disihir dengan kata-kata pujian tanpa menyedari ia hanyalah jerat semata. 
Kita selalu pelik. Jangan pelik kerana mereka pandai bermain kata-kata dan mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

Wanita jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki.
Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki.
Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah boyfriend anda (kecuali dia adalah suami anda).
Jangan mudah tergoda dan perasan apabila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memuji wanita lain.

Jangan tertipu dengan sifat lelaki yang sememangnya gemar memuji untuk memikat.
Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memerlukan pujian wanita untuk menyatakan mereka kacak. Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian.
Mereka lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding yang kurang cantik walaupun yang kurang cantik suka memuji.
Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak menarik.
Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.
Sebaliknya mereka hanya memerlukan kemahiran menyusun kata untuk mendapatkan wanita.
Maaf jika saya dilihat seperti menghina wanita. Tidak terlintas di hati saya untuk menghina bahkan hanya untuk memberi ingatan dan pesanan.

Juga untuk menyedarkan wanita lebih-lebih lagi muslimah supaya jangan merendahkan martabat anda.
Saya tahu ia agak sukar kerana sememangnya fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian.
Terutamanya bagi remaja kerana mereka amat dahagakan pujian.
Terutamanya jika mereka mempunyai pasangan, pasti selalu inginkan pujian darinya.
Sebagai contoh. cuba bayangkan seorang lelaki memuji anda "awak cantiklah". Pasti hati berbunga-bunga riang, lebih-lebih lagi jika diselangi dengan madah bermadu kasih,  lemah seluruh sendi.
Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.
Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.
Jika kita lihat wanita yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi taa'la) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama wanita), jarang terlibat dengan masalah berpasangan dengan lelaki kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut.
Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu.

Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan pujian daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian.
Nilailah pujian berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli.
Akibatnya lebih kepada merendahkan maruah diri. Usah menjadi bimbo, sebaliknya nilailah sesuatu pujian secara matang.




 miss tepung komak (^-^) ~> ha...tentu ada juga di antara kita yang sama seperti ana ..barangkali ini pertama kali mendengarnya.. , jadi berhati2 ya para sahabat... jangan termakan dengan segala puji pujian.. jika ada yang terlintas..terniat untuk memberi pujian adalah lebih baik kalian menggantikkan semua itu dengan doa. Itulah yang paling di harapkan daripada pujian yang bisa merosakkan. Bagi kaum hawa yang cantik rupawan di luar sana ingatlah tidak usahlah begitu mendambakan pujian dari sang adam ,buayafren atau sebagainya.. cukuplah pujian dari sang zauj. Lagipun kecantikan kita hanya untuknya. Jadi biarlah kepada sang zauj saja kita menerima sebarang pujian.  :) dan ingat juga wahai kaum hawa sekalian.. kecantikan yang hakiki bukanlah pada paras rupa.. tapi dari ketinggian akhlak ..jadilah muslimah solehah yang hakiki.. ^^  ana juga sedang memperingati diri ana :) Buat kaum adam juga tidak usahlah terlalu manis dalam berkata2 mungkin bagi sesetengah kaum hawa suka mendengarnya tidak kurang juga yang amat menyampah bila mendengarnya :) jadi tidak usahlah kalian berkata2 manis memuja muji..cukuplah kalian simpan buat kalian berikan khas kepada sang zaujah :) kan lebih elok dan lebih bermakna,terkiput kiput sang zaujah nanti bila sang zauj nya yang memuja mujinya ^^ dan itu lebih membahagiakan.



http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1270-wanita-jangan-jadi-bimbo.html
Kongsi

No comments:

Post a Comment