لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Thursday, December 2, 2010

2010 BAKAL MELABUHKAN TIRAI... (^-^)

Bismilahirahmanirahim.....

Alhamdulilah..hari ini rasa lebih bertenaga. ..dari semalam. Agaknya mungkin agak penat semalam. Yelah pagi bertolak ke KL, sampai lebih kurang pukul 5lebih... malam tu pulak pergi tengok baby..dekat rumah abang ana. Balik terus tidur.huhu serius agak penat.  Terima kasih ya Allah..


Sahabat sekalian..
Sedar tak sedar dah nak habis tahun ni ..kalau mengikut kalendar islam minggu depan dah masuk tahun baru. Sekejap saja masa berlalu kan. Dalam tahun 2010 ni tentu banyak perkara suka duka yang kita lalui. Namun apakah kita telah manfaatkanya dalam bersungguh sungguh mencari keredhaan Allah? Apakah tahun ini kita sudah manfaatkan sepenuhnya dalam mengabdikan diri kepada Allah? Astghfirllahalazim...Apakah nikmat dunia telah mengaburi mata kurniaan Allah ini? Apakah nafsu di dalam diri telah menguasai jiwa kita dengan sepenuhnya sehingga kita LUPA ! LUPA yang segala yang kita ada adalah PINJAMAN yang Allah kuniakan kepada kita.?? Apakah selama tahun ni kita hidup kita telah menjadi HAMBA kepada HARTA? HAMBA kepada NAFSU??

Kita LUPA bahawa Allah itu adalah segalanya dalam hidup kita. Kita lupa kita makhluk ciptaan Allah . Kita lupa melakukan apa yang di perintahkan oleh Allah kepada kita.Kita lupa bahawa dunia yang kita miliki sekarang akan lenyap.Kita lupa bahawa hari kiamat sudah hampir.Kita lupa bahawa malaikat maut akan mencabut nyawa kita bila bila masa sahaja.Kita LUPA segalanya. Astghfirllahazim.....

Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya...Tahun 2011 akan datang..tidak lama lagi.. Usia kita semakin bertambah..amal kita semakin berkurang. Kita semakin lalai..Harta dan kekayaan dunia di cari2..Ya Allah.. wahai sahabat sekalian.. tanya lah pada diri kita.. apakah kita akan selamanya hidup di dunia ini? apakah kita tahu harini dapatkah kita habiskan ? Siapa yang tahu, belum sempat kita habiskan hari ini  kita telah di jemput oleh malaikat maut. Apakah di saat tu kita telah memohon keampunan? telah bertaubat??? subhanallah ...

Dunia ini sungguh menakutkan.Amat dasyat...manusia sanggup membunuh kerana harta, manusia sanggup lakukan apa saja ..sehingga hilang pertimbangan.Lupa akan Allah. Lupa akan azab Allah. Amat menakutkan...
Sahabat sekalian..janganlah kita lupa bahawa kita hidup ini hanya sementara. Harta dan kekayaan di dunia tidak akan kita bawa di akhirat sana.

Tahun 2010 pada bulan october, tidak akan ana lupa detik bersejarah diri ini. Bersyukur kepada Allah yang memberikan segala apa yang telah di tetapkanNya. Terima kasih ya Allah..terima kasih. Kurniaan seorang teman kepada ana tidak akan lupakan.Buat mu teman andai kau membacanya, terima kasih di atas segalanya.Moga dengan izin Allah kita akan bertemu lagi.Teruslah mencari keredhaan Allah. Buat sahabat seperjuangan..terus kan perjuangan demi menegakkan kebenaran!


Berlalunya tahun ini nanti maka ana terasa sedikit tua la.. ;) bukan la tua tapi matang ...( sedikit cover) :) hehe.. Apa yang ana nak sampaikan di sini ialah tentang kelebihan bulan muharam. Tentang kelebihanya lah yang buatkan ana terasa semacam excited sikit ni ^^ .Namun begitu, harapnya moga tahun baru nanti kehidupan kita lebih bermakna. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita.. kita ni insan lemah wahai sahabat. Lemah... dari mana kita dapat kekuatan selama ini??


Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang laiAllah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.n yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.

Mintaklah pada Allah agar beri kekuatan kepada kita, minta di ajarkan cara untuk istiqamah,minta di ajarkan cara untuk hidup di atas muka bumi yang menakutkan ini. Pada siapa lagi kita hendak meminta selain Allah? Dia lah yang menggerakkan seluruh alam ini menjayakan apa sahaja untuk kita dan Dia juga yang menggerakkan seluruh alam ini untuk mengagalkan keinginan kita. Tiada tuhan selain Allah yang layak di sembah. Allahuakbar.

''Ya Allah..kami insan lemah..hinanya kami di sisi mu ya Allah..Tunjukkanlah kepada kami jalan jalan yang Engkau redhai..jalan jalan orang orang yang beriman,Ajarkan kepada kami ya Allah bagaimana caranya untuk kami istiqamah ,ajarkan kepada kami bagaimana caranya untuk berjalan di atas muka bumi Mu ini ya Allah.. Sungguh dsyat dan amat menakutkan. ..Jangan kau jauhkan kami dari rahmatMu ya Allah.. Jangan kau biarkan kami sesat seperti oranr orang sebelum kami ya Allah.. ajarlah kami.. banyak yang tidak kami ketahui.. ampunkan kami ya Allah...amin..ya rabal alamin''
Mohonlah pada Allah untuk minta diajarkan sesuatu perkara akan mampu menundukkan ego. Ini kerana seseorang yang minta diajar, pasti sedar dirinya adalah bodoh, lemah, tidak berdaya, tidak tahu dll. "Ya Allah, ajari aku bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah. Ajari aku bagaimana untuk dekat denganMu ya Allah. Ajari aku untuk memiliki kebahagiaan ya Allah"

Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.

insyaAllah.. post yang akan datang ana hanya akan kongsikan serba sedikit tentang bulan muharam. Pasti ramai yang tidak sabar nak tahu kelebihanya. InsyaAllah, semoga kita dapat manfaatnya. Mudah mudahan kita semu mendapat rahmat Allah..

miss tepung komak (^-^)

No comments:

Post a Comment