لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, December 19, 2010

''welcome to teacher idah'' (^-^)

Bismilahirahmanirahim.....

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah harini masih lagi di beri keizinan untuk kita bersama. Alhamdulillah terima kasih Allah. Maaf rasa macam dah lama ana tidak update blog ni :( mungkin dengan 'kesibukan' . Alhamdulilah ana tetap akan curi masa untuk menulis. Walau sedikit moga ianya bermanfaat. Mungkin masuk tahun depan ana kena berhadapan dengan beberapa komitmen yang menyukarkan sedikit keadaan ana untuk selalu update blog. Alhamdulillah ana dapat rasakan ketenangan dalam diri ana ,segalanya di permudahkan Alhamdulilah. Teacher idah will comes back.. ''welcome teacher idah'' alhamdulillah.. syukur kepada Allah. Ana yakin jika ini yang terbaik di sisi Allah maka inilah yang terbaik di sisi ana. Ana bakal mendidik kanak-kanak.Seronok dan terlalu gembira..dengan pekerjaan ini..(^-^) ana bakal ada anak2 baru.. inilah tanggungjawab ana. Moga ana d permudahkan segalanya. Bagi ana di samping blajar inilah masanya tuk ana timba pengalaman. pengalaman + ijazah  insyaAllah moga pekerjaan ini akan menambahkan lagi rasa CINTA kepada Allah. Di samping tu juga inilah masanya untuk ana melatih diri sebagai seorang ibu (latihan pra perkahwinan) insyaAllah (^-^).. mungkin ana akan berhadapan dengan situasi masa yang sangat padat,namun jauh dsudut hati masa ana denganNya tetap utama. Akhirat yang utama insyaAllah dunia akan menyusur. insyaAllah.


Setiap kali ana menulis pasti ada sesuatu yang ana nak berkongsi. insyaAllah . Alhamdulillah ana sebenarnya rasa terlalu bersyukur kepada Allah. Dengan kebesaran Allah yang memberikan taufik dan hidayah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Baru-baru ini ana banyak menerima luahan dan keinginan untuk berubah alhamdulillah. Ana sebak..terharu. Dengan azam ana yang sungguh2 akhirnya ada yang terkesan di dalam jiwa. Yakinlah sebenarnya semua itu tak kan berlaku tanpa izin Allah. Terima kasih Allah .. Dan tahniah ana ucapkan. Teruskan azam kalian..ana di sini sedia membantu. Ana bersama kalian. Jangan bimbang jika kalian di pinggirkan orang kerana nak berubah ana ada di sini  . Jika tiada lagi yang sudi jadi teman rapat kalian ana sudi bersama kalian. Akan ana usahakan yang terbaik segalanya kerana Allah. ( hanya untuk kaum hawa ) bagi kaum adam ana cuba tapi dalam kebartasan. Akan ana syorkan kalian dengan mereka-mereka yang lebih senang tanpa kebartasan dalam membantu kalian.insyaAllah.Dan terima kasih kerana sudi membaca di blog ana. Walaupun blog ini tidaklah sehebat blog2 lain tapi bukan itu yang ana harapkan. Apa yang lebih ana harapkan ianya terkesan dalam jiwa dan seseorang itu akan kuat dengan nekad dan azam setelah membacanya. Alhamdulillah  ana bersyukur. Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka. Rajin2lah membaca, itulah ilmu. Jangan sombong dengan merasakan kita sudah pandai dan tahu segalanya sehingga kita wujud perasaan 'malas' dalm diri.

Kita sama- sama belajar..dan terus belajar.Ingatlah kalian jangan kalian pedulikan siapa kalian sebelom ini,jahatkah? buruk akhlak kah? atau apa2 saja. Apa yang penting kalian pada masa kini dan akan datang di mana kalian letakkan diri kalian. Segala kebenaran ada di hadapan kalian ,jadi kalian pilih lah yang mana satu. Ada seorang teman ana yang berkongsi satu kuliah pagi yang bertajuk taqwa. Secara ringkasnya dalam kuliah tersebut ustaz tersebut meluahkan rasa sedih dengan melihat keadaan sekarang. ..dan mengatakan bahawa kiamat makin hampir.Buktinya jelas dengan hadirnya bermacam-macam gejala sosial sekarang zina,minum arak,pembunuhan yang seolah-olah menjadi perkara biasa.Kepimpinan pula yang bercelaru, (ya Allah sebaknya ana rasakan... sedih..sedih.) Bak kata ustaz tu lagi manusia semakin sombong al quran bukan lagi sebagai tempat rujukan.Kita sering dengar 'kiamat dah hampir' tapi sejauh mana rasa takut tu hadir dalam diri? dan berapa lama perasaan itu bertahan??  dan apa langkah kita? kita sekadar lepas batuk di tangga. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Perasaan takut tu semacam tak terkesan sangat dalam diri. Apa sebabnya ?? sebab dunia ini terlalu indah ..sampai tak ada masa tuk kita pikirkan soal akhirat. Kita dah jadi hamba dunia,bukan lagi hamba Allah. Subhanallah. Ana sedih.....sedih melihat keadaan sekarang. Ana memang berazam moga satu hari nanti ana bakal berjuang berhabis habisan demi agama. Moga 'usaha kecil' ana sekrang ini sedikit sebanyak sedarkan mereka. Sama2 kita berdakwah wahai ukhti2 dan akhi2 sekalian. Semuanya kerana Allah.Moga kita akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.insyaAllah.


Benarlah sahabat sekalian.. kita tengok sajalah keadaan sekarang,dosa pahala dah tak nampak lagi dah. Perasaan gerun dah tak timbul dalam diri. MasyaAllah. Alhamdulillah buat kita yang masih sedar belum terlambat,ntuk kita bertaubat..berubah dan kembali pada jalan Allah. Namun apa yang lg menakutkan ialah kematian. Kematian yang bila2 masa akan datang kepada kita yang waktunya tidak akan terlambat atau cepat walau sesaat. Itu janji Allah. Jadi bersediakah kita. Kita kurang peka kurang ambik endah lupa bahawa kita sedang menuju di dunia lain. Dunia yang kekal buat kita. Dek kerana indahnya dunia (sekarang) sampai manusia lupa akan Allah. subhanallah.

miss tepung komak (^-^) >>>>  moga kita istiqamah insyaAllah. Teruskan berdoa buat mereka di luar sana. Semoga ingatan kita dengan kematian akan membuatkan kita lebih bersungguh2 dalam beramal.

No comments:

Post a Comment