لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Tuesday, December 21, 2010

FUAD LATIP

Bismilahirahmanirahim...

Alhamdulillah harini ana masih dapat menikmati hidup,moga harini sedikit sebanyak ana dapat memberi manfaat kepada kalian. Alhamdulillah Allah masih lagi bagi ana menikmati segala kurnianNya berupa bentuk kesihatan,kesempurnaan fizikal dan sebagainya. Terima kasih Allah. Apa khabar kalian sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang ana kasihi sekalian? moga kita semua dalam keredhaanNya.InsyaAllah..

Alhamdulillah hari ini ana ingin berkongsi sesuatu buat kalian. Pasti ada yang bertanya ana ini selalu aje update blog n di fb . Alhamdulillah sekarang memandangkan waktu ana memang lapang berada di rumah menghabiskan waktu dengan buku-buku tercinta.Mana mungkin seseorang itu dapat menulis jika dia bukan seorang pembaca. Seorang penulis harus terlebih dahulu menjadi membaca barulah dia boleh menulis. Ana cintakan ilmu,ilmu ana cetek sebab itu ana sungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Moga dengan ilmu yang di perolehi akan ana amalkan dan sebarkan untuk di manfaatkan kita semua.

Alhamdulillah,kira-kira sebulan yang lalu ana mengenali seseorang yang bernama FUAD LATIP .Pertama kali ana membaca blog beliau ana cukup kagum..apa yang hendak di sampaikan masuk ke dalam jiwa.Alhamdulillah kesedaran tertinggi dengan kehadiran Allah itu dapat di rasai.Alhamdulillah banyak juga apa yang ana kongsikan di blog ini adalah pengalaman ana setelah merasai nikmat itu. Buat pengetahuan sahabat sekalian pak fuad akan mengadakan halaqah on9 bersama sahabt-sahabtnya.InsyaAllah di lain masa jika ada lagi akan ana umumkan di fb moga lebih ramai yang menyertai dan dapat manfaat itu. Akan ana ceritakan serba sedikit berkenaan beliau...

Beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Beliau juga merupakan pelatih pelatihan solat khusyuk di Malaysia.

Beliau berkelulusan Sarjana di dalam bidang Kejuruteraan Tenaga Elektrik dan Sistem kuasa serta Sarjana Muda kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kini sedang menyambung pengajian di peringkat PhD.

Selain itu beliau juga merupakan Trainer Spiritual NLP (Neuro Lingustic Programming) di dalam menyedarkan masyarakat di dalam mengenali diri dan merasai hidup berTuhan yang sebenar. Beliau juga memiliki Sijil Profesional NLP Practitioner daripada National Federation NLP (NFNLP) USA dan juga NLP Indonesia.
Beliau menggabungkan potensi jiwa dan fikiran di dalam meningkatkan potensi diri untuk mencapai kejayaan diri yang terbaik berdasarkan ajaran Islam.
 
Pengalaman Latihan dan Ceramah:

• Penceramah ‘Ramadhan: Dulu dan Kini' anjuran Kolej Melati UiTM Shah Alam. (Ogos 2010)
• Pelatihan Terapi Solat di Surau Al-Muhajirin Bandar Bukit Mahkota Bangi. (Julai 2010)
• Pelatihan “Muslim Profesional” di International Youth Centre Kuala Lumpur. (Jun 2010)
• Pelatihan Solat Khusyuk Remaja, Surau TNB Bangsar. (Mei 2010)
• Pelatihan Jiwa Positif Hidup BerTuhan di RapidKL Subang Jaya Selangor. (Mac 2010).
• Pelatihan Jiwa Positif Hidup BerTuhan di Sekolah Al-Ikhlas Taman Permata Wangsa Maju.(Jan 2010)
• Pelatihan Jiwa Positif Hidup BerTuhan untuk wanita di Surau Wangsa Maju Kuala Lumpur. (Dis 2009)
• Mini Latihan Jiwa Positif Hidup BerTuhan untuk jemaah haji jemputan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala  Lumpur. (Okt 2009)
• Penceramah Syarahan Intelektual Siri 3 UiTM Segamat Johor. (April 2009)
• Pelatihan Jiwa Positif Hidup Bertuhan Program Pembangunan Dan Kemajuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam. (Jan 2009) 

Terima kasih Allah kerana dengan izinMu telah KAU  ciptakan pak fuad sebagai wakilMu untuk memberi manfaat kepada kami. Semoga Engkau memberi kesihatan , kerahmatan dan kekuatan kepada beliau supaya beliau akan terus menulis dan memberi kefahaman untuk menyedarkan kami tentang keagunganMu ya Allah terima kasih ya Allah...

No comments:

Post a Comment