لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, December 12, 2010

PAKAI JILBAB MACAM MAKCIK LAH ! (^_^)

Bismilahirahmanirahim....

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat ilahi..kita masih di berikan peluang untuk hidupp pada hari ini. Sebenarnya ada satu benda yang bermain2 di fikiran ana. Tentang 'berjilbab' ,ya tentang berjilbab. :) Semua orang mesti kenal kan.. bila sebut sahaja mengenai jilbab orang dah dapat bayangkan bentuknya, apa yang bermain di fikiran? (besar? rimas? panas? serabut? like makcik? ) (^_^) benar2 buat ana tersenyum . Tapi sebelum tu ingin ana kongsikan sesuatu..

'' eh,tak rimas ke pakai tudung besar2 ni?''

''macam kolot aje la pkai cmni sis.. orang lain pkai tudung jugak asal tutup aurat.Buat apa pakai besar2? ''

''nampak gemuk la sisi.....pakai camni.. kolot..nampak macam mak orang pun ada haha''

''low class...''


Now izinkan sis ini mulakan bicara ....:)

'rimas' = panas? panas di dunia je dik :) panas dunia tidak setanding panas akhirat dik..
.
يَآأَيُّهَاالنَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ 
 عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْن وَكَانَ اللهُغَفُورًارَّحِيمًا

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja.” (Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami’ Ahkamin Nisa IV/513)


 Ya memang itu satu tuntutan.. :)

Macamni ingin ana berkogsi sedikit tentang pengalaman ana :)..



insyaAllah mudahan beroleh manfaat nya.


Sebenarnya ana tahu,ana faham jiwa dan kehendak remaja,golongan muslimah ini. Dengan etika berpakaian. Sebenarnya kenapa kita nampak sekarang ni muslimah hanya atas nama dan muslimah yang di katakan mengikut cara islamik itu tidak islamik cuma atas nama shaja. ya kita wajib menutup aurat kita. Apa yang kita faham tentang menutup aurat? Ramai yang silap sekarang ni menganggap menutup aurat tu sekadar menutup kepala. Dah sah2 salah kalau kita fikir macamtu. Sekadar tutup kepala tapi kat bawah ketat,sendat macam sarung nangka tu namanya tutup aurat> ? 

 Ada yang nak marah ke bila ana kata mcamni? tidak perlu nak marah hakikat sebenar :)

Kenapa ana kata ana paham sebab ana mcam ante semua jugak.. pada suatu masa dahulu.  Ana bukan asal2nya berjilbab. Ana dah pernah mengayakan dengan pelbagai jenis,pelbagai fesyen tudung. Sebut sahaja tudung jenis apa,koleksi apa semua ana ada. Bak kata orang up to date bab fesyen2 ni. Dari atas sampai lah ke bawah. (ramai lah duk memuji2 cantiknya..comelnya..) itulah yang ana boleh gambarkan. 

Tapi kenapa ana berjilbab. Sebab utama tentulah kerana Allah yang mahukan ana berjilbab. Allah datangkan perasaan malu yang teramat sangat dengan cara pemakaian ana dulu. ''Ala bukan seksi pun cara ko pkai dulu..tutup aurat kan...'' kata seorang sahabat. erkk tutup aurat?? TIDAK!! selama ni aku tidak tutup aurat.. aku bangga dengan kecantikan dress up aku ni.. aku bangga bila aku di puji. tiap kali aku kuar rumah aku berhias cantik2.. aku tidak tahu pada siapa aku nak tunjukkan kecantikan dan hiasan pada diri aku ni. Bila aku keluar ramai 'mata2' yang memandang aku..aku seolah tidak rasa apa..malu? buat apa aku malu..aku tutup aurat..aku pakai tudung walau pakaian ketat nampak susuk tubuh..aku tutup aurat oke jangan ko pandai2 cakap aku tak tutup aurat! ''

itulah jawapan ana.. ramai yang merasakan mereka tutup aurat padahal hakikat sebenarnya mereka BERTELANJANG ! 

 Apa yang boleh ana antara pelbagai fesyen yang dah pernah ana cuba tapi fesyen berjilbab inilah yang betul2 buat ana selamat ketika memakainya. Alhamdulillah . Ana rasakan ada pagar2 yang melindungi diri ini. 

Jangan katakan ana tidak pandai berfesyen bila melihat ana memakai jilbab.. ana juga pernah dan sentiasa up to date jadi kenapa ana lebih memilih untuk berjilbab. Bila berjilbab ni kita akan kelihatan lebih gemuk, macam mak orang walhal umur kita masih muda. Tak apa....:) biarlah apa orang nak kata.. biar orang nak cakap apa tentang diri kita. tidak cantik? nampak gemuk? nampak tua? manusia tak suka lah bila berjilbab ni.. Nanti tak ada orang nak. :) 

manusia tak suka tak pe dik.....tapi Allah suka :) ada apa pada manusia? manusia juga makhluk Allah. Manusia juga hamba Allah. Bukankah lebih elok jika kita tidak menjadi tumpuan umum? tiada lagi mata2 yang asyik memandang dengan di kuasai hawa nafsu dan syaitan. Tiada lagi yang dalam hatinya ada penyakit2 hati.

Bukankah kita nak menjadi muslimah solehah. yakni solehah yang hakiki. tidak di pandang,tidak memandang,tidak di tegur dan menegur,tidak di kenali dan mengenali. :) Hias cantik2 keluar rumah untuk sapa dik? nak tayang kat sape? bangga ye dik bila orang puji kita lawa? Cukuplah kecantikan kita nanti buat sang zauj. Buat suami kita wahai sahabat sekalian adik2 ,kakak2 ..nanti depan suami tidak apalah nak berhias lawa2 pun nak seksi2 pun. Sebab dia halal bagi kita :) Tanyalah diri balik...


 sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa menyeret pakaiannya dengan sombong, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat.” Kemudian Ummu Salamah bertanya: “Bagaimana para wanita membuat hujung pakaian mereka?” Beliau menjawab: “Hendaklah mereka menjulurkan sejengka.l” Ummu Salamah berkata lagi: “Kalau begitu telapak kaki mereka akan tersingkap?” Beliau menjawab: “Hendaklah mereka menjulurkan sehasta, mereka tidak boleh melebihkannya.” (HR. at-Tirmidzi, dan lainnya)

ingat,barangsiapa yang memakai pakaian dengan berlebih2,Allah akan bagi seburuk2 pakaian kepadanya di akhirat kelak

''aku ni keluar hias cantik2 untuk sape''

''aku nak di puji ke''

''aku ni lawa sangat ke ''

''apa aku nak sebenarnya...''


Mengapa kita berJilbab
Tata cara berpakaian dalam Islam secara umum tentunya harus memenuhi nilai kesopanan, mengenakan jilbab bagi muslimah adalah wajib dan merupakan ibadah kepada Allah SWT, ada beberapa hukum dalam berpakaian bagi kaum muslimah yaitu; pakaian haruslah menutupi aurat yaitu seluruh tubuh kecuali muka serta telapak tangan. Muslimah juga dilarang untuk memperlihatkan bentuk tubuh, tidak mengenakan pakaian yang tipis atau tembus pandang yang tentukan menjadi perhatian atau mencoba menarik perhatian yang bukan mukhrimnya.


Apa saja yang didapati bila Berjilbab??
Dengan mengenakan jilbab identitas muslimah akan sangat jelas, perlakuan baik dan sopan akan muslimah dapatkan, mengapa demikian? Karena dengan berjilbab secara tak sadar muslimah telah mensyi’arkan islam. Muslim disekitar kita bisa tersadar dengan apa yang mereka lihat, tindakan dan pikiran negatif atau bahkan tindak kriminal bisa dicegah lebih dini.
Pastinya Berjilbab itu….Cantik!


Kecantikan bukan hanya karena olesan make up, tetapi kecantikan yang sejati adalah dari hati yang bersih dan fikiran positif dalam memandang dan menilai segala sesuatu, tidak berburuk sangka, tidak iri, tidak dengki, dan tidak dendam hanya akan mengotori hati kita. “The power of positif thinking” maka disanalah kecantikan alami akan terpancar, istilah kerennya INNER BEAUTY. Muslimah hendaknya berusaha terus istiqomah dan menjaga perilaku dan tindakan untuk selalu dapat berlaku positif dalam hidup.


Jadi sebenarnya banyak keuntungan didapat bila mengenakan jilbab. Jadi, lengkapi ibadah kepada Allah SWT dengan mengikuti kewajibannya. InsyaAllah selalu diberikan hati yang ikhlas dan tulus dalam mengerjakan segala kebajikan.


bagi ana cukuplah kecantikan diri buat sang zauj nanti ,tiadalah yang lebih berharga melainkan dari itu. Buat bakal sang zauj ku, biarlah aku kelihatan gemuk,kolot, bagi pandangan sesetengah orang. Tapi biar aku mejadi secantik cantik rupawan di matamu. 



Andai muslimah itu ibarat lampu, keindahan itu tidak mampu terbanding dengan keindahan pada sang rembulan yang menyinari langit di waktu malam. Muslimah solehah itu adalah sang rembulan yang menebakkan cahayanya, memukau pandangan mata dan mampu membelai halus perasaan dan jiwa manusia. Betapa berbezanya hakikat seorang muslimah dan muslimah solehah...


Muslimah adalah seorang wanita muslim. Tidak semua muslimah mengikut acuan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, maka pada tafsiran muslimah dan muslimah solehah itu sangatlah berbeza. Seorang muslimah itu indah namun tidak seindah muslimah solehah. Lampu neon yang kepelbagaian warna itu cantik namun tidak mampu menandingi kecantikan dari sang rembulan walau hakikatnya permukaan bulan diselaputi kawah-kawah manakala lampu itu dihiasi dengan kaca-kaca yang indah ukirannya.

Zahir bukan penentu pada biasan cantik dan indah sesuatu. Lampu kaca yang cantik dan mahal ukirannya, indah dipandang mata tidak mampu menawan hati-hati yang rindu pada redupnya kerdipan cahaya. Bulan yang berkawah, cahayanya mampu membelai jiwa yang layu... Arh... Perumpamaan yang sukar untuk ditamsilkan dengan kata-kata. Dan ana, biarlah tidak seindah ukiran kaca yang mahal, cukuplah kekurangan diri ini memaksa untuk terus berfikir dalam zikir supaya lebih memaksa diri untuk menawan hati sang suami agar mampu kelihatan seperti tersenyum umpama bulan di waktu malam. Cahaya yang mendamaikan, senyuman yang memukau...


ante pilih lah samada ingin menjadi muslimah mahupun muslimah solehah :)



Pernahkah seorang muslimah terfikir atau berfikir kenapa di dalam masjid dan surau (di Malaysia) dibuat tabir bagi memisahkan ruangan muslimin dan muslimat? Pernahkah seorang muslimin terfikir atau berfikir kenapa di dalam masjid dan surau (di Malaysia) ditabirkan ruangan muslimat dan terlindung dari pandangan muslimin?

Ini adalah kerana Islam sangat memelihara dan menjaga kehormatan juga kesucian para wanita muslimah. Allahu Allah... Islam begitu 'cemburu' membiarkan wanita dipandang sewenang-wenangnya oleh lelaki. Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan wanita untuk solat (berjemaah) di masjid tetapi Rasulullah s.a.w. berpesan supaya tidak menghalang para wanita untuk turut solat (berjemaah) di masjid.

Kenapa? Kerana duduknya seorang wanita itu adalah di dalam rumahnya :)

Tetapi, Rasulullah s.a.w. meraikan juga kehadiran para wanita yang datang bersolat di masjid, namun bagi menjaga para wanita ini, selepas solat Rasulullah tidak akan segera balik tetapi akan berbual dengan para sahabat (lelaki) sehingga hal ini memberi peluang kepada muslimah untuk pulang ke rumah dahulu sebelum jemaah lelaki meninggalkan masjid. Lihat bagaimana Islam meletakkan wanita di tempat yang sangat istimewa. Alhamdulillah.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., para wanita mula bertabarruj (berhias/bersolek) sehingga Ibnu Umar pernah melarang para wanita keluar rumah untuk ke masjid dan Saidina Umar r.a. mengisytihar 'perang dingin' kepada anaknya sendiri kerana melarang wanita ke masjid sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan para wanita untuk ke masjid. Ini adalah kerana Ibnu Umar merasakan bahawa wanita-wanita mula menimbulkan fitnah apabila bertabarruj untuk ke masjid dan Saidina Umar r.a. pula menjaga adab dengan hadith Rasulullah, menghalang wanita ke masjid adalah sama seperti mengharamkan apa yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w., begitulah akhlaq para sahabat dengan hadith nabi...

Pada zaman Saidatina Aisyah sendiri, beliau pernah mengatakan bahawa; "Sekiranya Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana para wanita bertabarruj pastilah Rasulullah tidak akan membenarkan mereka ke masjid."

Jadi, masalah tabarruj di kalangan wanita yang mahu ke masjid sudah berlaku pada zaman Umar dan Aisyah.

Selepas zaman tabi' tabiin... Untuk tidak mengharamkan (menghalang) para wanita ke masjid sedangkan ada unsur-unsur tabarruj, maka ulama' berpendapat bahawa tabir di ruangan muslimah adalah bagi mengelakkan dipandang oleh muslimin.

Pernahkah kalian terfikir, kalau di dalam solat pun ditabirkan wanita dari pandangan lelaki sedangkan di waktu solat hati dan jiwa berbicara dengan Sang Pencipta. Untung bagi mereka yang khusyuk dalam solat. Maka, pernahkah kalian merasakan bahawa wanita itu sangat indah dan lebih indah apabila ia tertutup indah dari pandangan lelaki-lelaki berpenyakit hati? Dan ana yakin, cahaya lampu dan bulan sangat berbeza impaknya kepada hati manusia. Muslimah dan muslimah solehah itu sangat berlainan sifatnya.

Jadi, mengapakah kalian wahai muslimah yang ku cintai sewenangnya membiarkan tubuh kalian diratah oleh pandangan nafsu sang lelaki? Bukankah Islam sudah meletakkan kalian pada kedudukan yang terlalu istimewa? Rasulullah sangat mencintai para wanita sehingga tidak membiarkan kalian menjadi tatapan mata lelaki yang soleh sekalipun... Islam begitu menjaga kesucian dan kehormatan kalian, mengapa kalian bogelkan maruah sebegitu rupa?

Jadi wahai muslimin yang ku hormati, mengapakah kalian tegar membiarkan ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anak perempuan kalian diratah tubuh mereka dari pandangan nafsu lelaki? Bukankah kalian diamanahkan sebagai imam dan pelindung kepada muslimah-muslimah itu? Mengapakah kalian menjatuhkan martabat wanita-wanita yang ku cintai ini? Katanya kalian berbangga menjadi umat Muhammad, tetapi adakah akhlaq Muhammad diikuti? Sanggupkah kalian membiarkan muslimah-muslimah itu dibogelkan maruah sedangkan mereka menjadi tanggungjawab kalian...

Apabila mereka memandang dengan pandangan pelik ke arah diri ini, ana hanya melemparkan senyuman ... Apabila mereka menghina pada pakaian ini, ana hanya melihat dengan perasaan kasihan.

"Kenapa kamu pakai jilbab?"

"Untuk menjaga mata-mata lelaki..." Dan pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari syaitan, barangsiapa yang memelihara pandangannya dari melihat perkara haram maka Allah mewariskan kelazatan hatinya sehingga dia bertemu dengan Allah! Allahuakbar.



miss tepung komak (^_^) >>> ingatlah wahai adik2 kakak2 sahabat2 sekalian  kecantikan kita simpanlah betul2,bungkus diri kita ,kalau ada tang tidak suka dengan imej kita ingat allah suka : ingat janji2 allah . Soal jodoh akan adalah allah berikan seseorang yang tetap memandang kita walau kita kelihatan gemuk dan kelihatan macam makcik bila berjilbab :) insyaAllah..







Ana mencintai saudara seagama dan ana tidak mahu mencampakkan mereka ke dalam azab api neraka asbab dari diri ana.

gadis itu wajahnaya berona NUR IMAN,
makhotanya d litupi tanda KEHORMATAN,
maruah diri d pagari dgn KESOPANAN,
dialah puteri indah RUPAWAN,
tika gadis laen sibuk menghiasi diri,
dia hias nur ilahi pd WAJAHNYA,
tika gadis laen sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa bersama cinta-Nya,
tika gadis laen sibuk BERMADAH,
dia tekun BAIT kata TUHANYA,
tika gadis laen menangisi ARJUNA,
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba,
gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
indah d pandang namun sukar  D PEGANG,
mulianya krn ketaqwaan, cantiknya krn keperibadian,
muslimah syg,smg kau,aku,dan kita semua..seperti mawar berduri... amin...




buat adik2 kakak2 sekalian, teringat pula satu kisah tentang berjilbab..cerita inilah yang menguatkan lagi diri ana.Ana pernah post di fb dulu  :)


Fatimah Radiyallahuanha Memahami Erti Jilbab yang Sesungguhnya

oleh Noor Fazedah Azaha pada pada 11hb November 2010 pukul 10.34 pagi
Adakah kaum muslimin dan muslimah yang tak mengenal sosok Fatimah binti Rasulullah salallahu alaihi wassalam? Rasanya tak mungkin! Beliau radiyallahuanha satu-satunya puteri Rasulullah salallahu alaihi wassalam yang hidup mendampingi beliau hingga wafatnya beliau ke Rafiqil a’la.1 Fatimah az-Zahra radiyallahuanha adalah ratu bagi para wanita di syurga (Sayyidah nisa ahlil jannah). Pemahaman beliau tentang erti jilbab yang sesungguhnya sangat layak untuk disemak dan direnungi oleh para muslimah yang sangat merindukan syurga dan keredhaan RabbNya. Sudah sempurnakah kita menutup aurat kita seperti apa yang difahami Sahabiyah?

Wahai saudariku muslimah yang merindukan syurga Firdaus al-A’la…Sahabiyah yang mulia ini memandang buruk terhadap apa yang di lakukan wanita terhadap pakaian yang mereka kenakan yang masih menampakkan gambaran bentuk tubuhnya. Apa yang beliau tidak sukai itu beliau sampaikan kepada Asma radiayallahuanha sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ummu Jaafar bahwasanya Fatimah binti Rasulullah salallahu alaihi wassalam berkata:

“Wahai Asma’! Sesungguhnya aku memandang buruk apa yang dilakukan oleh kaum wanita yang mengenakan baju yang dapat menggambarkan tubuhnya.” Asma’ berkata: "Wahai puteri Rasulullah mahukah kuperlihatkan kepadamu sesuatu yang pernah aku lihat di negeri Habasyah?” Lalu Asma’ membawakan beberapa pelepah daun kurma yang masih basah, kemudian ia bentuk menjadi pakaian lantas dipakai. Fatimah pun berkata: “Betapa baiknya dan betapa eloknya baju ini, sehingga wanita dapat dikenali (dibezakan) dari lelaki dengan pakaian itu. Jika aku nanti sudah mati, maka mandikanlah aku wahai Asma’ bersama Ali (dengan pakaian penutup seperti itu) dan jangan ada seorangpun yang menengokku!” Tatkala Fatimah meninggal dunia, maka Ali bersama Asma’ yang memandikannya sebagaimana yang dipesankan. ”2

Syeikh al-Albani rahimahullah berkata: Perhatikanlah sikap Fatimah radiyallahu anha yang merupakan bahagian dari tulang rusuk Nabi salallahu alaihi wassalam bagaimana ia memandang buruk bilamana sebuah pakaian itu dapat mensifati atau menggambarkan tubuh seorang wanita meskipun sudah mati, apalagi jika masih hidup, tentunya jauh lebih buruk. Oleh kerana itu hendaklah kaum muslimah zaman ini merenungkan hal ini, terutama kaum muslimah yang masih mengenakan pakaian yang sempit dan ketat yang dapat menggambarkan bulatnya buah dada, pinggang, betis dan anggota badan mereka yang lain. Selanjutnya hendaklah mereka beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya”3

Wahai ukhti muslimah yang dirahmati Allah,…benarlah apa yang dikatakan oleh Syeikh al-Albani rahimahullah. Fitnah yang melanda kaum muslimah begitu deras dan hebat.Jika Fatimah radiyallahuanha saja tidak rela jasadnya tergambar bentuk tubuhnya tentulah dapat kita fahami bagaimana beliau mengenakan jilbab di masa hidupnya. Kerana beliau sangat memahami perintah jilbab dengan pemahaman yang benar dan sempurna. Pemahaman beliau yang sangat mendalam ini jelas tersirat dari ketidaksukaannya yang beliau pandang sebagai suatu keburukan apabila seorang wanita memakai pakaian yang dapat menggambarkan lekuk tubuhnya.

Lalu bandingkanlah dengan apa yang dikenakan oleh sebahagian kaum muslimah dewasa ini sangat jauh dari apa yang disyariatkan oleh Rabb mereka. Jauh panggang dari api. Mereka menisbahkan pakaian wanita dengan kerudung ala kadarnya yang sekadar menutupi leher-leher mereka tidak sampai menutupi dada dengan nama pakaian islami atau jilbab. Dan ironisnya yang memakainya pun merasa bahawa apa yang mereka pakai itu sudah benar kerana melihat para artis di TV mengenakan yang demikian itu jadilah pakaian trendy ini menyebar begitu cepat dan menjadi pakaian pilihan utama mereka. Bahkan tentu terkadang kita melihat saudari kita yang memakai busana muslimah yang justeru menambah fitnah kerana nampak jelasnya lekuk tubuh mereka dengan penutup kepala yang melilit di leher (sehingga jenjang atau tidaknya bentuk leher terlihat sangat jelas) dan hanya sampai di bahagian pundak saja tidak sampai ke dada disambung dengan pakaian ketat yang menggambarkan bentuk payudara mereka kemudian celana ketat yang menambah jelas lekukan tubuh mereka. Ada juga yang memakai abaya (gamis/pakaian terusan) memilih ukuran yang ketat daripada ukuran besar dan lapang dengan alasan agar nampak cantik dan modis! Sebahagian ada pula yang memakai penutup kepala dengan menyanggul rambut-rambut mereka hingga ketika mereka berjalan dapat dilihat dengan jelas ikatan rambut tersebut, kerana sangat kecilnya penutup kepala yang mereka pakai maka merekapun mengikat rambut tersebut agar tidak menyembul keluar. Bukankah apa yang mereka pakai itu semua justeru yang semestinya mereka jauhi kerana Rasulullah salallahu alaihi wassalam telah bersabda:

“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bongkol (punuk) unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk.”4

Di dalam hadis lain terdapat tambahan:

“Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan memperoleh baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian.”5

Kemudian lihatlah penjelasan dari Ibnu Abdil Barr rahimahullah ia berkata:

“Yang dimaksud Nabi salallahu alaihi wassalam adalah kaum wanita yang mengenakan pakaian yang tipis, yang dapat mensifati (menggambarkan) bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau menyembunyikannya. Mereka itu tetap berpakaian namanya, akan tetapi hakikatnya telanjang.”6

Dari Ummu Alqamah bin Abu Alqamah bahawa ia berkata :

“Saya pernah melihat Hafsah bin Abdurrahman bin Abu Bakar mengunjungi Aisyah dengan mengenakan khimar (kerudung) tipis yang dapat menggambarkan pelipisnya, lalu Aisyah pun tak berkenan melihatnya dan berkata: “Apakah kamu tidak tahu apa yang telah diturunkan oleh Allah Subhanahu wa taala dalam surah An-Nur?!” Kemudian Aisyah mengambilkan khimar untuk dipakaikan kepadanya.7

Syeikh Albani menjelaskan perkataan Aisyah radiyallahuanha: Apakah kamu tidak tahu tentang apa yang diturunkan oleh Allah dalam surah An-Nur? Mengisyaratkan bahawa wanita yang menutupi tubuhnya dengan pakaian yang tipis pada hakikatnya ia belum menutupi tubuhnya dan juga belum melaksanakan firman Allah Subhanahu wa taala yang ditunjukkan oleh Aisyah radiyallahuanha iaitu “Dan hendaklah kaum wanita menutupkan khimar/kerudung pada bahagian dada mereka”8

Tidakkah kita melihat perbezaan yang sangat jauh antara generasi Sahabiyah dengan kita? Mereka benar-benar menjadikan jilbab sebagai penutup tubuh dan aurat sebagai bentuk ketaatan pada perintahNya sedangkan kita justeru sebaliknya menjadikan jilbab sebagai pembuka fitnah kecuali wanita-wanita yang dirahmati Allah. Jilbab yang difahami sahabiyah sebagai pakaian yang lapang (lebar) yang menutupi tubuh dari atas kepala hingga hujung kaki sedangkan kaum muslimah sekarang menganggap jilbab adalah secarik kain yang digunakan untuk menutupi rambut mereka saja sedangkan bahagian-bahagian lainnya mereka tutupi dengan bahan yang ala kadarnya yang tidak dapat dikatakan menutupi aurat apalagi menutupi lekuk tubuh mereka. Kepada Allahlah kita memohon pertolongan semoga kaum kita mahu kembali kepada Rabb mereka dan berusaha untuk menunaikan apa yang diperintahkan Allah dan rasulNya secara sempurna dan menyeluruh. Sebagaimana firmanNya:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 208)

Wallahu’alam bissawwab.





No comments:

Post a Comment