لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Monday, December 6, 2010

Ada Apa Lagi Yang Menghalang Dirimu?



Sebenarnya apa yang kita inginkan dari Allah SWT sehingga berat benar diri kita ini untuk berada dekat dengan Allah SWT dan mengikut segala kehendakNya (berserah...beriman)?
Allah SWT memberi pelbagai keperluan yang kita inginkan. Segala masalah yang kita hadapi adalah aturan Allah di dalam mengaturkan alam ini dan tiada salah dan silapnya aturan Allah itu. Hanya fikiran kita yang banyak memikirkan sehingga sebuah kesederhanaan menjadi sebuah bebanan hidup sehingga sanggup mempersoalkan kehendak Allah SWT.

Agama dan juga Masalah yang menimpa kita pada hari ini terasa beban kerana kita tidak menyedari dan merasai sebenar-benarnya bahawa kita ini memiliki Tuhan yang menentukan segala ketentuan kehidupan alam ini termasuk diri kita.

Allah itu Tuhan. Bukan kawan-kawan...bukan ibu bapa...bukan adik beradik. Allah itu TUHAN!!!! dan tiada Tuhan melainkan Allah SWT. Maka ada apa lagi nikmat yang ingin kamu dustakan? Apakah kamu fikir layak untuk mempersoalkan kehendak Allah SWT?

Ada apa lagi yang menghalang diri kamu sehingga kamu ambil mudah..sambil lewa...tidak ambil tahu tentang perintah dan larangan Allah SWT? Ke mana sebenarnya yang kamu ingin pergi dalam kehidupan kamu ini?

Hal ini jelas dan ia sangat sederhana kerana tidak perlu memikirkan lagi samada kita ingin ikut atau tidak ikut kehendak Allah SWT kerana walaupun sekuat mana kita untuk TIDAK mengikut kehendak Allah SWT, pasti sesebuah kehendak itu tidak akan berubah tanpa keinginan Allah SWT.

Nah! Mengapa perlu menyakitkan jiwa jika sudah tahu segala kehendak Allah SWT pasti tidak mampu diubah tanpa kehendak Allah SWT. Lalu masih mahu memersoalkan Allah SWT?

Artikel ini sebenarnya hanya menggunakan logik akal sahaja di dalam membahaskan hal keimanan. Sedangkan menggunakan logik akal di dalam hal keimanan sebenarnya serendah-rendah tahap di mana akal ini terbatas.

Namun dalam keterbatasan akal pun sudah cukup sebenarnya menguatkan kita ini hamba Allah SWT yang sebenarnya wajib TEKAD untuk berada dekat dengan Allah SWT dalam seluruh aspek kehidupan.

Apa lagi yang kita inginkan daripada Allah SWT? Terserah pada Allah SWT untuk memberi kesenangan atau tidak kerana kesenangan dan tidak senang itu hanyalah sebuah kehidupan fana yang terikat dengan fikiran dan persepsi.

Yang penting adalah kesenangan..kebahagiaan abadi. Kebahagiaan abadi itu bukan sahaja di syurga bahkan sebenarnya ia sudah mampu dirasakan di dunia ini lagi walaupun tidak sehebat di syurga. Sentiasa bahagia walaupun diuji Allah SWT dengan musibah senang dan susah.

Sekali lagi pertanyaan...apa lagi yang kita inginkan daripada Allah SWT sehingga tidak mahu mengikut kehendak Allah SWT. Tidak mahu mengikut segala perintah yang Allah SWT tentukan dan meninggalkan segala larangan yang Allah tentukan.

Apa sebenarnya yang membelenggu kehidupan kita ini sehingga masih lagi kita ini hidup jauh daripada Allah? Apa lagi kepuasan yang ingin sebenarnya yang ingin kita nikmati sedangkan kepuasan yang sebenar hanya berada dekat dengan Allah SWT.

Ada apa lagi yang menghalang diri kita ini untuk berada dekat dengan Allah SWT? Ada apa lagi yang menyebabkan kita ini terus jauh daripada Allah SWT?

Sudahlah... jangan diikat diri dengan masalah yang datangnya bukan dari yang lain...masalah itu datang hanya dari Allah SWT. Lalu mengapa tidak mahu dekat dengan Allah SWT? Dekat dengan Allah SWT pasti masalah yang menimpa tidak lagi dirasakan sebagai sebuah masalah. Ia cuma aturan Allah SWT ke atas kehidupan kita di dunia ini.

Sederhanakan? lalu beradalah di atas rasa memerhatikan kehidupan kita ini ...aturan hidup kita ini setiap masa....

ooo... Allah ingin aku macam ni....
ooo... begini Allah beri aku bahagia....
ooo... Allah uji aku dengan masalah ini....
ooo... begini Allah selesaikan masalah aku...
ooo... Allah belum ingin selesaikan masalah aku...
ooo... begini Allah beri aku rezeki...
ooo...begini Allah sibukkan aku...
ooo..begini rasanya sedih...
ooo begini rasanya bahagia...
ooo begini Allah nak ambil kembali rezeki aku...
ooo begini Allah buat aku marah...
ooo begini Allah sempitkan jiwa aku...

Lalu ketika berada di atas rasa....kamu tidak akan ke mana melainkan kamu akan terus dan terus kukuh ke Allah SWT. Pasti.

No comments:

Post a Comment