لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Thursday, December 2, 2010

PERKATAAN ''SALAM' JANGAN DI AMBIL MUDAH

Bismilahirahmanirahim..


Alhamdulilah..Bersyukur ke hadrat ilahi dapat lagi menikmati nikmat nikmat kurnian ilahi.Terima kasih Allah. Alhamdulillah. Harini telah pun berada di KL. Mcamna keadaan sahabat2 sekalian? apakah semuanya dalam keadaan baik2 saja? moga moga semua dalam rahmat ilahi. Untuk pos ini ana hanya ingin berkongsi apa yang telah ana pos kan di fb.Tentang memberi salam.Cuma di fb tidak dapat ana bercerita dengan lebih panjang ,alhamdulilah kat sini akan ana sampaikan dengan lebih terperinci insyaAllah. Bukan apa, tentan memberi salam ini kita nampak sesuatu yang sangat mudah hanya dengan perkataan 'SALAM' .Tentang agama ni jangan terlalu memberatkan ia dan jangan pula terlalu memudahkan. Alhamdulilah, ana mengaku selama ni ana sendiri remehkan tentang memberi salam. Hanya kerana ana TIDAK TAHU.

Rupa rupanya begitu besar makna di sebalik perkataan salam. InsyaAllah ana akan mempratikkanya. Sebab jika dulu ana tidak tahu...semoga Allah mengampunkan ana..Selepas ni bila dah tahu mudah mudahan istiqamah melakukanya. InsyaAllah.

Nabi
bersabda,"Kamu tidak akan dapat masuk Syurga sebelum kamu beriman dan
kamu belum dikatakan beriman sebelum kamu mengasihi satu sama lain.
Sukakah kamu aku tunjukkan jalan uutuk mengasihi satu sama lain? Amalkan
memberi salam sesama kamu." (HR Muslim)


sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

...Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh la...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.Walaupun begitu adalah lebih baik menggunakan assalamualaikum..
Sesama lah kita memberitahu sahabat2 yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Assalamualaikum" 




marilah mengikut sunnah rasulullah..




Hal ini biasa terjadi dalam massage. Sahabat sekalian, apa kata selepas ni kan kita tulis aje lah panjang2 sikit pun baru terbukak mata si penerima massage tu :). Perkataan lain tu boleh la kita nk shortfon pun asal orang faham. Sebagai contoh la kan  mkn= makan , pn = pun, sht=sihat dan banyak lagi lah. Hehe ana sendiri pun  guna mcmtu dulu kalo blh nak lagi ringkas. Kalau kita tidak mulakan siapa lagi. Cubalah kita pratikkan. Ana pun ni tengah belajar pratikkan... biar aje lah orang nak cakap apa. ^^

Bak kata sahabat  ana yang memberi komen tentang hal ini iaitu akhi abuyon..
Tebarkan salam antara kita. Walau di mana sahaja, walau siapa jua. Mengapa rasa malu, untuk mengucapkan salam. Adakah cara yang lain lebih baik darinya. Oleh itu, yakinlah kita, salamlah yang lebih utama''

 Benar sekali sahabat sekalian.. salam itu mengeratkan silaturahim.. merapatkan ikatan walaupun kita tidak mengenali seseorang itu tapi atas nama persaudaraan islam..MasyaAllah. Akan terjalin sesebuah hubungan persahabatan hanya dengan memberi salam. 


Ada pula yang tanya apa hukumnya memberi salam kepada yang bukan mahram ?

Ok sahabat sekalian ..apa hukum jawab salam??
Hukumnya WAJIB.
Namun,Hukum wajib menjawab salam sering di salahgunakan oleh segelintir pemuda yang mahu memikat atau mengganggu 'awek'. " Assalamualaikum cik adik, tak jawab dose", adalah antara aya...t famous yang sering digunakan oleh mereka. Begitu juga sebaliknya, tetapi amatlah jarang berlaku lelaki yang di ganggu perempuan. Mari kita lihat apa kata Imam Al Nawawi berkenaan dengan perkara ini.

Berkata Imam Al Nawawi: " Jika seseorang perempuan yang ajnabi(bukan mahram) itu cantik dan di takuti timbul fitnah dengannya(memberi salam kepadanya) maka tidak boleh diberi salam kepadanya. Jika si lelaki memberi salam, tidak harus bagi si perempuan menjawabnya. Jika si perempuan yang memberi salam, tidak wajib di jawab oleh si lelaki malah makruh bagi si lelaki menjawab salam tersebut. Jika wanita yang sudah tua dan tidak bimbang timbulnya fitnah maka di haruskan dia memberi salam kepada lelaki dan harus juga si lelaki menjawab salam tersebut".

Apa pula yang di maksudkan dengan timbul fitnah? jika di lihat mendatangkan keinginan syahwat, kalau dah lihat susah nak berpaling..nilah yang dikatakan fitnah. so..hukum wajib menjawab salam tidak terpakai dalam situasi ini. Kepada pemuda2 di luar sana, kalau nak tackle awek nak jadikan calon isteri, gunalah jalan yang betul..



Kadang- kadang bila sebut pasal ni ana naik geram jugak sebenarnya. Geram kepada mereka yang main main dengan perkataan salam ni. Ana yakin ramai kaum hawa dekat luar sana hadapi situasi ini malah ana sendiri pun pernah alami. Wahai segelintir kaum adam  di luar sana tidak kah anda merasa malu nak mengorat anak dara orang dengan cara mcamtu? Apa anda fikir kaun hawa ini suka apabila anda lakukan dengan cara sedemikian? Tepuk dada tanya lah diri sendiri. Apakah ada yang tergolong dalam keadaan seperti ini harap dapat lah di hentikan. Kurang manis bagi pandangan ana. Bagi kaum hawa pula ana tahu kalian pasti geram dengan situasi ini...rasa nak marah pun ada kan... so bila kalian hadapi situasi ini apa yang kalian perlu buat tarik nafas panjang2 katakan dalam diri kalian mereka ini tidak tahu...kalau mereka tahu tidak pula mereka jadi sedemikian,,jadi.. maafkan mereka dan terus lah berlalu begitu saja.Walau ana tahu dalam hati kalian pasti jugak terdetik.. ''nak je aku baling ngn kasut ni..'' ''nak je aku p lempang'' hehe sabau2 :) ingat kita ni muslimah..muslimah yang solehah akan menjaga perilakunya.. bersopan santun dalam segala hal..Doakan mereka yang tidak tahu ni akan tahu selepas ini dan doakan moga Allah mengampuni mereka... Be cool wahai muslimah...~ ^^ hehe


Ok, sekarang mari kita lihat...Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

 Ana yakin ramai yang tidak mengambil berat akan hal ini. Malah mungkin ada yang tidak tahu.. yang berkeadaan seperti ana.  Jangan Ambil Mudah Akan Hal Ini.




Ucapan salam antara dua lelaki
1. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
2. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
3. memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.

Ucapan salam antara dua orang perempuan


Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.

Ucapan salam antara lelaki dan perempuan

1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa


1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.

Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak

1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
2. Sekiranya orangyang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.

Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu


1. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
2. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.


Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.
Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.

Salam antara muslim dan kafir.
Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم  sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.
Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.

Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir
Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.

Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita
Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.
Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.


Sekarang insyaAllah sahabat sekalian pastinya sudah tahu.. Alhamdulillah ,ana sendiri pun. Moga moga selepas ini tiada lagi kita berikan alasan tidak tahu. InsyaAllah bagi yang dah tahu moga mengamalkanya.

Walaupun kita nampak perkara ini hanyalah kecil sahaja jangan sesekali kita remehkan .Moga kalian dapat manfaatnya insyaAllah...

Wallah'ualam.

''Ya Allah ampunilah dosa dan kesalahan kami...ampunilah di atas perkara perkara yang tidak kami ketahui ya Allah...janganlah Kau hukum kami berilah maaf dan keampunan kepada kami... sesunguhnya Engakau maha pengasih dan pengampun.. Amin...''

miss tepung komak (^_^)

No comments:

Post a Comment