لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, December 19, 2010

Redha Allah, Itu Matlamatku.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Semoga masih punyai manfaat. Jika tidak banyak, sedikit. InsyaAllah

Dalam kehidupan, manusia itu punyai usaha dan diberikan pilihan. Di hujungnya, barulah takdir menentukan. Dan Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

Redha Allah, Itu Matlamatku.
Setiap manusia
Punyai matlamat
Tujuan hidup
Yang mahu mereka capai
Daya penggerak
Untuk mereka terus hidup

Aku
Matlamatku
Redha Allah
Tujuanku di sini
 Mengapa masih aku hidup
Dan akan kuusahakan
Itu yang kucapai
Kini
Dan di akhir hayatku nanti
Semoga Kau permudahkan ya Allah
Pasti!
Tidak akan aku biarkan
Fatamorgana dunia
Mengaburi mata
Menipu diri
Hancur
Cinta
Jemaah
Pelajaran
Pangkat dan harta
Serta katakanlah apa saja
Hanyalah
Alat
Cara
Wasilah
Juga merupakan ujian
Kurniaan Allah
Mempermudah manusia
Dalam mencapai matlamat sebenar
Menggapai redhaNya
Itu kebenarannya
Kalau alat itu tidak membawa aku mencapai matlamatku
Malah menarikku lebih jauh dari tujuan hidupku
Bukan alat itu yang salah
Yang salahnya pada aku
Tidak pandai mensyukuri alat yang Dia berikan
Lantas silap dalam menimbang kira yang mana utama, yang mana sampingan
Lalu redhaNya, jauh dari gapaian
Tanpa sedar
Kadangkala
Alat telah aku jadikan matlamat
Astagfirullah
Sungguh
Jikalau begitu
Ku telah mengkufuri nikmat yang Kau telah berikan kepadaku ya Allah!
Malu padaMu
Hanya murkaMu yang layak bagiku
Allah
Ampunilah aku
Jika kuleka
Tika kulalai
Sedarkan aku
Bimbingilah aku
Kukuhkan langkahku
Ke jalan redhaMu
Semoga tidak
Kau biarkan aku
Sesat, dengan sepengetahuanMu
Ku pohon
Hanya padaMu
Yang Maha Pengasih, Maha Pengampun
Kerana redhaMu
Itu matlamatku
InshaAllah
Aku
Matlamatku
Redha Allah
Titik noktah.

slave of Almighty
Setiap insan tidak akan pernah sempurna
 Namun dengan redhaNya
InshaAllah, diri pasti merasa serba cukup!
 

*cinta (kenapa letak?).. sesungguhnya definisi cinta itu luas
Sumber Rujukan / Ilham

1. To pleased Him (Redha Allah), purpose of life
  •  " Maka apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
    - Surah Al-Mukminun (23): 115

  • " Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku."
    - Surah Adz-Dzariyat (51): 56
  • " Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya."
    - Surah Al-Baqarah (2): 207
2. Good life
  • " Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
    - Surah An-Nahl (16): 97
3. Na'udzubillahimindzalik
  • " Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
    - Surah Al-Jasiyah (45): 23
 

4. Ya Allah, please show us Your way
  • " Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik."
    - Surah Ar-Rum (30): 69
  • " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
    - Surah Ali Imran (3): 8
  • Do'a yang sering dibaca Rasulullah s.a.w.,

    Wahai Zat Yang membolak-balikkan keadaan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”
    (HR. Tirmidzi) - Hadis Hasan
CIK nfa (^-^) >>>>>>ps: harap tidak menyalah anggap 'post' ini sebagai cuba membangga diri atau apa ye. ya Allah, aku berlindung dariMu atas sifat-sifat itu. aminn.. hanya perkongsian kecil yang mungkin dapat memberi kekuatan pendirian dan keteguhan hati kepada para pembaca, mudah-mudahan. penulis bukan contoh yang baik mana pun. moga-moga, 'aku' jangan dirujukkan kepada penulis, tapi cubalah meletakkan diri sendiri padanya. InshaAllah.. ^^

No comments:

Post a Comment