لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Thursday, December 16, 2010

Allah menduga kita [part 2 ]

IMAN TERHADAP  TAKDIR

mengapa takdir?

Apa yang di ulaskan sebelum ini berkait rapat dengan takdir..atau ketetapanNya. Oleh itu, mari kita menyingkap perkara seterusnya.Namun ana tidak akan membahaskan persoalan ini terlalu mendalam,kerana perbahasan tentang takdir merupakan perbahasan yang pelik dan berpotensi menimbulkan pemahaman yang salah. Ya,ana tidak akan memasukan persoalan ini terlalu dalam seperti apa yang di katakan oleh Al- Imam Abdullah bin Alwi Al- Haddad,''Masalah (takdir) ini memerlukan penjelasan yang panjang dan berliku liku yang mungkin membuatkan orang tersesat di dalamnya.Di dalamnya terdapat rahsia ketetapan Allah yang membinggungkan akal manusia.Sayyid Al- Mursalin melarang manusia untuk terlalu menyelami dalam membiccarakan masalah ini''

Walaupun begitu bukanlah bererti kita sama sekali tidak boleh membincangkan mengenainya. Ada hal2 takdir yang perlu dan bermanfaat untuk di pelajari.Oleh itu kita akan bincangkan hal2 yang boleh meningkatkan pengertian kita tentang hikmah di sebalik ketetapanNya. Hanya dengan persoalan ini kita akan lebih tenang dalam menghadapi ketetapan Allah.Hanya dengan mengerti tentang takdirNya  kita mampu tersenyum di saat menerima dugaan dan berwaspada apabila di kurnia nikmat.InsyaAllah.


KetetapanNya Merupakan Kepastian

Ya,ianya satu kepastian. Takdir ialah ketetapan Allah ke atas manusia berupa hal-hal baik atau kurang baik.Tidak ada manusia yang terlepas dari takdir Allah..tanpa ketetapan Allah kehidupan manusia tidak akan pernah wujud.Anak yang baru lahir ke dunia tidak akan  mengetahui apa yang terjadi sebelum kelahiranya.Kita tidak boleh memilih  dan menetapkanya..tetapi Allah yang menetap dan memilihnya.

Firman Allah SWT di dalam al Quran :

''Tiada satu bencana pun akan menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya,sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'' [al Hadiid :22 ]

Allah tidak akan menetapkan kebaikan atau keburukan kepada seseorang melainkan kerana keadilan dan pengetahuan yang di milikinNya. Jika Allah menetapkan Hidayah kepada seseorang itu,itu merupakan ganjaran  ke atas keupayaan seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah. Ketika Allah menetapkan kesesatan pula,semata mata kerana orang itu sendiri yang mahukanya.

Firman Allah SWT di dalam al Quran :

''...maka tatkala mereka berpaling  ( dari kebenaran) ,Allah memalingkan hati mereka dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.'' [ash- Shaff :5]

Sekiranya Allah mengetahui adanya kebaikan dalam diri seseorang ,tentu Allah akan buat mereka mampu mendengar dan menerima petunjuk. Allah tidak akan zalim pada hamba-hambaNya. Terima kasih Allah.

Dengan adanya pihak yang menetapkan segala sesuatu hal yang tidak mungkin terlepas pandang .Itulah sebabnya orang-orang mukmin di wajibkan mempercayai takdir.Keimanan kepada takdir di masukkan ke dalam rukun iman keenam di mana harus di yakini  oleh kaum muslimin dan beriman pada takdir yang baik dan buruk.Kita mungkin boleh membuat perancangan..tapi kita tidak boleh memastikan dengan mutlak bahawa perancangan itu akan berjalan seperti yang di inginkan. seperti kata pepatah '' Manusia hanya merancang ,tuhan juga yang menentukan.''Jadi jangankan untuk menetapkan nasib, untuk mengetahui nya secara pasti pun manusia tidak mampu.Ada pun Allah sajalah yang menetapkan segala sesuatu dan Allah brsifat Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ana nak mengajak adik2,kakak,sahabat2 sekalian melihat perkara yang penting di bawah.

Sebagai gambaran menggambarkan betapa lemahnya manusia..terhadap nasib yang menimpanya..kita ikuti kisah ini.Terdapat seorang pemuda yang mencari guru agama,seorang ustaz atau siapa pun yang mampu menjawab 3 pertanyaanya.Akhirnya pemuda bertemu dengan seseorang yang bijak..lalu dia pun bertanya,

''siapa tuan?Bolehkah tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?''

''saya hamba Allah,dengan izinNya saya akan berusaha menjawab pertanyaan tuan.'' Jawab orang bijak itu.

''Tuan yakin? Bahkan profesor dan banyak lagi orang cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya''

''saya akan cuba mengikut kemampuan saya''

    ''saya punya 3 pertanyaan,

   1. Kalau memang tuhan ada ,tunjukkan wujudnya tuhan kepada saya?

    2. Apa yang di namakan takdir?

    3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa di masukkan ke neraka yang juga di perbuat dari api,tentu tidak menyakitkan bagi syaitan,sebab keduanya memiliki unsur yang sama.Apakah tuhan tidak berfikir sejauh itu?''


Tiba-tuba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras.Pemuda itu tentu sangat terkejut yang amat sangat.
 
   ''Kenapa anda marah kepada saya.'' Tanyanya sambil memegang pipinya yang terasa sakit.

  ''saya tidak marah ,tamparan itu adalah jawapan saya untuk ketiga2 pertanyaan tuan'' Jawab si bijak dengan tenang.

  ''saya kurang faham.'' Si pemuda berasa hairan.

  ''Bagaimana rasa tamparan saya?''

   ''tentunya sakit''

    ''Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?''

  '' tentu saja.''

    ''tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!''

   '' saya tidak boleh.''
  
     ''itulah jawapan saya atas pertanyaan pertama tua.Kita semua merasakan wujudnya tuhan tanpa mampu melihat kewujudanNya.''

     ''Apakah malam tadi tua ada bermimpi akan menerima tamparan  dari saya hari ini?''Tanya si bijak lagi.

     ''Tidak.'' Si pemuda menggeleng.

      ''Itulah yang di namakan takdir.''

      ''Dari apa tangan saya di ciptakan yang saya gunakan un tuk menampar tuan tadi?''Si bijak kembali bertanya.

       ''Kulit.''Jawab si pemuda tadi.

       ''Dari apa pipi tuan di ciptakan?''

       ''dari kulit juga.''

         ''Bagaimana rasanya tamparan saya?''

          ''sakit''.

       ''walaupun syaitan dan neraka sama sama di perbuat daripada api,neraka tetap menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan.''

  Seperti itulah takdir kita dan kita sama sekali tidak tahu apa yang di tetapkan untuk kita pada hari esok. Kita hanya mengetahui ketetapanNya setelah ianya terjadi. Allah yang menetapkannya dan Allah lebih mengetahui rahsia di sebalik ketetapanNya.Walau ketetapanNya berat ,kita tidak perlu rasa bersalah kerana tidak ada yang perlu di salahkan dari takdir.Kita yang perlu tangani dengan bijak.

JANGAN SALAHKAN TAKDIR

Tidakkah kalian perhatikan bahawa ada sebahagian orang menyalahkan takdir sebagai salah satu sebab utama kemunduran umat?Mereka mengatakan umat sudah tidak mahu berubah kerana keimanan mereka terhadap takdir.Umat jatuh dalam kemiskinan kerana beranggapan Allah sudah menetapkan  mereka menjadi miskin.Padahal mereka belum bersungguh - sungguh berusaha dan berjuang memperbaiki diri mereka.Jadi mereka beranggapan semuanya telah di tentukan tanpa perlu berusaha lebih jauh.''Buat apa bekerja keras dan berusaha kalau saya sudah di takdirkan seperti ini,rasanya saya tidak akan berubah.''mungkin tidak kalian tapi teman2 rapat kalian.

Begitulah perkiraan yang mereka katakan,sedangkan keadaan ini betul2 terjadi..malah bukan sedikit kaum muslimin yang beralih dengan takdir. Lalu bagaimana letaknya kesalan\han dan jalan keluarnya?Adakah kita akan menyalahkan takdir?Sebab utama umat tentu sahaja terletak pada ketidak fahaman mereka dengan konsep takdir.Kita semua melihat pada hari ini menyaksikan betapa buruknya kaum muslimin.Adakah kita akan menyalahkan islam sebagai ajaran hanya gara-gara umat tidak memahami dan mempratikkanya? Adakah kerana hodohnya wajah cermin harus di pecahkanya?

Ketidakfahaman tentang takdir telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Pernah satu ketika dulu Umar bin Al-Khattab r.a memimpin sidang pengadilan. Seseorang telah tertangkap ketika sedang mabuk dan dia di adili. Ketika  Umar r.a bertanya kepadanya mengapa dia melakukan perbuatan dosa itu ,orang itu menjawabnya,''yang saya lakukan ini merupakan takdirNya.'' Mendengar jawapan itu Umar r.a turun dari tempat dan menghampiri orang itu.Ketika tiba di depanya,Umar r.a menampar dengan kuat dan orang itu terkejut dan merasa sakit. Mtanya tertanya-tanya mengapa Umar r.a menamparnya. ''itu juga takdir.'' Kata Umar r.a.

Saidina Umar sengaja memberi pengajaran kepada orang itukerana dia mahu melepaskan dirinya dengan menyalahkan takdir,.Memang takdir Allah dan semua yang berlaku adalah ketetapanNya..tapi bukan bererti tidak ada sebab di sebalik ketetapan itu. dan bukan bererti manusia tidak boleh menghindarinya. Hal ini perlu di perbetulkan.

Sederhana dalam memahami takdir.Jangan bersikap terlalu ekstrim.

Sebenarnya dalam hidup kita,kita tidak pernah terfikir sesuatu yang menimpa kita itu walau kita tidak suka sebenarnya ianya memberi manfaat kepada kita. Adakah Allah menetapkan sesuatu perkara itu tanpa Allah memberi manfaat di sebalik takdir tersebut?Kita percaya Allah bersikap adil dalam menetapkan sesuatu,.Sekarang mari kita lihat. Anggaplah Allah menetapkan sesuatu yang baik untuk kita.Sudah tentu kita dapat rasakan Allah memberi kita manfaat.Bukan kah begitu?Nikmat selalu di rasakan sesuatu yang bermanfaat. Bagaimana kalau kita di takdirkan untuk mendapat dugaan yang berat? dan menyakitkan fizikal?Adakah ada manfaat di sebalik ketetapan Allah itu?Di sini kita akan menjawab persoalan itu.

Dua jenis takdir.Dari segala ketetapan Allah kita boleh golongkan dalam 2 katagori yang besar iaitu nikmat dan dugaan. Kita selalu berjalan di antara 2 keadaan ini. Sekiranya kita tidak mendapat nikmat atau kesenangan tentu kita mendapat dugaan atau sesuatu yang kurang menyenangkan. ''Pain or gain''. Cuba kumpulkan kembali perkara2 yang kalian alami,tentu kalian menemukan bahawa semua itu boleh di masukkan dalam salah satu katagori di atas.Yang menjadi persoalan bagaimana kalian menangani keadaan itu. Bergantung kepada kita untuk menanganinya. Bukanya mengeluh mengeluh jika di timpa sesuatu. Untuk itu cuba kalian berfikir renung sejenak... Apa manfaat dengan adanya ketetapan Allah?



Adakah Allah menyuruh kita meletakkan sesuatu itu kepada takdir tanpa ada faedah yang di rasakan oleh orang2 beriman?Apakah semua ini hanya mainan dan tidak punya faedah?



miss tepung komak (^-^) >>> insyaAllah ana akan sambung di episod akan datang.  Dapat ana simpulkan di sini .. apa yang baik yang terjadi keatas diri kita bersyukurlah yang tidak baik juga bersyukurlah... Apapun yang di berikan oleh Allah kecil atau besar sikit atau banyak bersyukurlah. Ingat kita hanya makhluk Allah. Jangan berputus asa dari rahmatnya.  Jangan pula menyalahkan takdir. Ingat Allah tidak akan tengok hasil pekerjaan kita tetapi Allah melihat akan proses (usaha) dalam menjayakan kerja kita.  Berserah kepada Allah dalam melihat hasil itu. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. yakinlah ... jika tika ini kalian masih mengeluh.. masih mempersoalkan apa yang Allah ciptakan untuk kalian.. beristighfarlah.... Bersangka baiklah kita kepada Allah. Allah...Allah...Allah.....(^-^)





No comments:

Post a Comment