لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Wednesday, October 6, 2010

Tazkirah

Nabi bersabda, “Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

 

Nabi bersabda, “Senyum kepada saudaramu adalah sedekah.” (HR At-Tirmidzi)

Nabi bersabda, "Tidak ada yang lebih berat dalam mizan (timbangan amal) seorang mukmin melainkan akhlak yang baik". (HR. At-Tirmidzi)

Amalan dan akhlak yang baik itu terpancar dari hati yang baik.Amalan dan akhlak yang buruk pula terpancar dari hati yang jahat.Ia tidak ada kena-mengena dengan akal.Hanya kalau hati baik dan akal bijak,maka akan timbullah banyak idea bagaimana hendak berlaku baik. Tapi kalau hati jahat dan akal bijak maka akan timbullah banyak idea bagaimana hendak berbuat jahat

Nabi bersabda, “Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)

 

"Tidak ada suatu cubaan yang menimpa orang mukmin, seperti sakit biasa, kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan Allah menghapuskan dosa-dosanya kerananya". (Sahih Muslim)


 



 


“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)

 

No comments:

Post a Comment