لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Friday, October 8, 2010

MENCARI DAN MEMPERBAIKI KEBURUKAN DIRI

Firman ALLAH SWT bermaksud: “ ALLAH tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
( Surah Al Imran : 117 )


ULASAN AYAT :

1. ALLAH SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA, yang menzalimi diri sendiri adalah manusia. Manusia sering mengangap keburukan yang dilihat dan terjadi kepada dirinya sendiri adalah perbuatan ALLAH. Sedangkan segala kerja ALLAH baik ataupun buruk hasilnya adalah kebaikan, dan manusia perlu melihat perkara ini dengan penuh kesedaran.

2. Justeru, apabila ALLAH menginginkan seseorang itu menjadi baik maka DIA akan menjadikan seseorang itu sibuk terhadap keburukan pada dirinya sendiri, bukan sibuk mencari keburukan orang lain.

3. Apabila seseorang itu mengetahui dan mengesan tentang kesalahan atau penyakit yang dihadapinya maka mudahlah baginya untuk meninggalkan dan mengubati sakit yang dihidapinya.

4. Untuk menyedari dan menjadi seorang yang sentiasa bermuhasabah dengan diri sendiri, seseorang itu hendaklah sentiasa duduk bersama seorang GURU yang bijaksana dalam mendidik jiwa.

5. Seterusnya seseorang itu juga perlu kepada seorang sahabat yang dipercayai lagi suka membetulkan kesalahan kita serta baik ilmu agamanya.

6. Perlu selalu mengambil manfaat dari kesalahan dan keaiban diri daripada kritikan orang lain terhadap diri kita. Menerima teguran daripada orang yang bersalahan daripada kita lebih menzahirkan keburukan diri untuk diperbaiki berbanding daripada orang yang menyayangi kita.

7. Kita juga hendaklah bergaul dengan masyarakat dengan melihat apa yang berlaku untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman terhadap diri kita sendiri.

8. Sesungguhnya untuk menjadikan diri baik bukanlah dengan melihat kebaikan diri sendiri, kerana ianya boleh menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan hati, malah untuk menjadi baik kita perlu selalu melihat dan mencari kesalahan diri untuk diperbaiki. WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment