لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Friday, October 8, 2010

kehendak Allah s.w.t

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (Surah At Takwir : 29 )



ULASAN AYAT :

1. Semua yang terjadi di alam semesta ini sesuai kehendak ALLAH. Sebagai seorang yang beriman kita wajib mengimani perkara ini agar terselamat daripada tipu daya syaitan.

2. Segala peristiwa yang berlaku adalah mengikut apa yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di Lauhil Mahfuz.

3. Apa yang ALLAH kehendaki pasti terjadi dan apa yang tidak DIA kehendaki maka ianya tidak akan terjadi sekalipun perkara tersebut sesuatu yang kita suka ataupun tidak.

4. Kita hendaklah menjalani kehidupan ini dengan penuh redha, punca kehidupan seseorang itu menjadi kucar kacir adalah kerana kurang yakin dan percaya tentang kewujudan kehendak ALLAH yang mengatasi segalanya.

5. Oleh kerana dengkilnya iman di dada, maka kita sering terlupa bahawa segala yang berlaku ada yang mengaturnya. Sehingga kita begitu ghairah mempersoalkan setiap perkara yang berlaku mahupun tidak berlaku mengikut kehendak kita.

6. Justeru, kita sebagai hamba ALLAH sewajarnya menyerlahkan sifat kehambaan kita dengan sentiasa berusaha menjadi hamba yang tunduk dan patuh atas segala kehendakNYA. WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment