لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Friday, October 8, 2010

****hidup dan matiku*****

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.”
( Surah Al Baqarah : 21)

ULASAN AYAT :

1. IBADAH sering dikaitkan dengan perkara seperti solat, puasa, zakat dan haji. Perkara itu adalah ibadah khusus, iaitu perkara yang wajib dilakukan oleh orang Islam sebagai satu cara mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.

2. Namun, tidak ramai yang beranggapan bahawa hidup ini juga adalah satu cara beribadah kepada ALLAH SWT. Bermula dari bangun tidur pada sebelah pagi sehinggalah waktu tidur semula pada malamnya, malah tidur itu sendiri adalah suatu ibadah jika dilaksanakan mengikut cara yang diajarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

3. Ini adalah kerana Islam ialah satu cara hidup yang lengkap dan syumul (seluruh) yang merangkumi semua aspek kehidupan. Islam tidak terbatas hanya kepada ibadah khusus semata-mata, malah lebih daripada itu.

4. Kita dituntut melakukan ibadah seberapa banyak yang mungkin selagi ada hayat, ini adalah kerana ciptaan kita adalah untuk beribadah. Apabila kita beribadah maka kita memperolehi pahala dan kurniaan, dan barulah kita memohon. Kita disuruh berbuat ibadah terlebih dahulu barulah meminta. Sesuai dengan Firman ALLAH SWT bermaksud :“Hanya kepada ENGKAUlah kami menyembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan.” ( Al Fatihah : 5)

5. Setiap gerak-geri, perbuatan, amalan dan fikiran kita dikehendaki supaya berlandaskan kepada ajaran Islam. Di sinilah letaknya keindahan Islam kerana Islam adalah agama lengkap yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada manusia sebagai panduan kepada kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi.

6. Oleh itu, kita sebenarnya tidak ada pilihan untuk tidak beribadah, kerana kehidupan kita sehari-hari adalah ibadah selagimana kita menjalaninya sebagai seorang ISLAM. WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment