لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Friday, October 8, 2010

adakah kita semakin menjauhi kematian atau kita semestinya setiap saat menghampiri kematian

SERLAH KEGUNDAHAN DALAM HATI

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini” .( Surah Al Kahfi : 6 )

ULASAN AYAT :

1.        Kesedaran ada tingkatannya, begitu juga dengan kegundahan dan keresahan. Sedar sahaja tidak cukup, kesedaran hati harus diikuti dengan pengetahuan. Pengetahuan sahaja tidak cukup, harus diikuti dengan amal atau praktikal. Amal pula tidak cukup, ianya perlu pula kepada perancangan dan rencana untuk melaksanakan sesuatu tindakan.

2.        Lebih perlu diperhatikan lagi terhadap keadaan ummat Islam yang berhadapan antara kebenaran dan kebatilan. Keadaan ini bukan hanya menjadi kegelisahan dan kesedihan pihak tertentu sahaja, malah ianya mesti mendarah daging di dalam tubuh dan lubuk hati kita terhadap apa yang menimpa kepada ummat Islam dan Islam itu sendiri. Seorang Islam yang sebenar, apabila melihat keadaan ummat, hatinya peka dan terbuka.

3.        Rasulullah SAW sendiri ketika menyampaikan dakwah, apabila ditolak dan dihina, kesedihan terpancar jelas di wajah Baginda sehingga turunnya ayat di atas.

4.        Dunia hari ini sedang menyaksikan pelbagai peristiwa yang menyayat hati, tidak kira ketika dan waktu, masalah agama, dunia, ekonomi, politik, jenayah, dan sebagainya silih berganti merundung kita.

5.        Oleh itu, sekalipun kita masih di dalam suasana syawal dan kegembiraan, kita hendaklah memerhatikan serta mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku disekeliling kita. Disamping itu, kita berdoa moga ALLAH sentiasa menyedarkan hati kita, membimbing dan menyelamatkan kita dari sesuatu perkara yang merosakkan iman mahupun yang membinasakan kita. WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment