لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Friday, October 8, 2010

gunakan kesempatan yang ada;)

كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَها لَمۡ يَلبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحاهَا 
Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja. “ ( Surah An Naziat : 46 )



ULASAN AYAT :

1. Seandainya umur manusia yang sebenar sangat pendek, maka kesempatan dan peluang tersedia untuk beramal juga sangat sedikit.

2. Orang yang beruntung adalah orang yang sentiasa menggunakan kesempatan yang ada dengan baik dan tidak membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

3. Adapun orang yang lalai, dia tidak pernah memperdulikan kerugian yang akan dirasakannya pada kemudian hari. Bagi mereka untung dan rugi sama sahaja.

4. Kesempatan kehidupan serta usia yang ALLAH SWT kurniakan kepada kita adalah modal yang sangat berharga. Jika kita benar-benar menyedari dan merasakan bahawa ia adalah anugerah yang tidak mungkin berulang lagi dan merasakan akhirat itu dekat pasti kita tidak sewenang-wenangnya menyia-nyiakan waktu dan usia kita sekalipun letih dan penat.

5. Seorang Ulama berkata : “ Bersegeralah menggunakan ksempatan dan berwaspadalah jangan sampai kesempatan itu hilang, kerana kemuliaan seseorang tergantung bagaimana dia mendapat kesempatan ( dan memanfaatkannya ). “

6. Oleh itu, sama-sama kita tingkatkan kesedaran dalam diri kita dan rasailah dengan penuh syukur bahawa usia dan waktu yang sedang kita duduki ini merupakan hadiah dan kesempatan yang masih berbaki untuk kita manfaatkannya. WALLAHU’ALAM.

No comments:

Post a Comment