لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Wednesday, October 6, 2010

JALAN YANG KU PILIH

Jalan yang ku Pilih..
Bismilahirahmanirahim….
Assalamualaikum..w.b.t
Apa yang di namakan dengan sebuah perjalanan? Apa yang kalian faham tentang sebuah perjalanan dalam sebuah kehidupan? Ya..setiap orang pasti ana yakin setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri…yang di namakan sebuah perjalanan itu penuh dengan liku…dugaan..cabaran silih berganti! Setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza2.Ana yakin tentang itu.Sesetengah oran perjalanya lurus sahaja sejak dari mula..xpernah beronak dan berliku..huh bosan juga ya mcmtu mcm xde cabaran pula=p hik3..xkurang juga yang penuh liku..sejak dari awal..kadang terfikiradakah jalan ini yang ku harus lalaui seumur idup ini.Setiap perjalanan itu..cuba tanya dengan diri kita..perjalanan idup kalian sekarang berada di jalan manakah? Mksud ana jalan yang D redhoi Allah ataupun tidak. Jadi renungkan lah sejenak…
Setelah 21 tahun akhirnya ana temui satu jalan yang ana berharap atas jalan inilah nyawa ana d ambil.Jalan yang ana yakin di sinilah letaknya ‘cinta’ yang ana cari selama ini.’cinta’ yang kekal selamanya…insyaAllah..siapalah ana  tnpa kasih sayangMu ya rabb..teguhkanlah aku d jalan Mu. Siapalah ak tnpa ‘cinta’ Mu…

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan

Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.



Ya  Ana yakin dan pasti jalan yang ana pilih dan yang ana lalui…ana jugak tahu ada ramai orang d sekeliling ana yang xdpt menerima jalan yang ana pilih.Maksud ana perubahan ana sangat drastic….ramai yang tidak boleh menerimanya..bila mana orang yang rapat dengan kita pun mnyatakan perubahan ini dengan ikhlas dia tidak dapat menerimanya haty ana tersentuh..manik2 jernih membasahi pipi…ana sedih dalam kegembiraan.Gembira..ya ana gembira sbb Allah sygkan ana… Dia dtgkan ujian tuk ana..pabila org yg terdekat dg nana berkata sedemikian.Tapi dlm kegembiraan ana sedih..ana manusia biasa..tp itu sedikit tidak mematahkan semngat ana.Seringkali ana memujuk diri..bahawa yakinlah..ini adalah sekecil2 ujian yang harus ana lalui..Perjuangan ana belom tamat!! Ana baru saja bermula..ana tidak akan mengalah dek kerana manusia.Ana nekad dgn jalan ana.Ana yakin…insyaAllah ana tidak bersendirian d jalan ini.Allah mengurniakan ana seseorang yang sentiasa mnyokong ana di kala ana rasa lemas .. Anugerah yang ckup bernilai bg ana. Ya Allah rahmati ukhwah kami..berikan RahmatMu ke atas kami..amin! ya rabal alamin..

No comments:

Post a Comment