لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, January 1, 2012

Mudahkan urusan orang

Assalamualaikum sahabat di sini terdapat 2 perkara yang ana pelajari pada 30/12/2011 ^_^
apa yang ana ceritakan kat sini adalah hal yang terjadi ..Ana sentiasa memegang dengan satu kata-kata ni...'jika kita buat sesuatu buatlah kerana Allah..jika kita menolak sesuatu juga menolak lah kerana Allah.. jika kita suka juga sukalah kerana Allah begitulah seterusnya.'' Nak di jadikan cerita memang baru-baru ini ana sangat mengidam durian hehe :p tapi alhamdulillah ana dah melepaskan sebab ana dah makan. 2hari lalu ada sahabat classmate ana call ana,ajak pergi makan durian. Ana dengan 2lagi sahabat ana rasa berat hati untuk pergi sebab kami sangat busy.Rasa macam dah tak nak ke mana-mana (nak duk dalam bilik je mengadap buku).

Tapi alhamdulillah 2hari lepas Allah tidak izinkan kami pergi atas pelbagai alasan kerana ada solat hajat di kolej . Tapi semalam dengan kehendak ALLAH,ana tidak mampu menolak ajakan itu kerana sahabat itu begitu teruja. Dalam hati ana berdoa ya Allah sesungguhnya jika aku pergi ini dapat memuaskan hatinya dapat mengembirakan dirinya ,dan jika aku pergi ini adalah yang terbaik disisimu maka izinkalnah aku pergi.

Betapa gembiranya sahabat ana ,jadi dalam pukul 8.30 kami sama-sama jalan kaki ke sek7 . Alhamdulillah seperti yang ana cakapkan tadi rezeki itu sesuatu yang tidak di sangka-sangka kita mudahkan hajat orang dan insyaAllah Allah mudahkan hajat kita. Apabila kami tiba di sana ada seorang pakcik bersama rakanya duduk di sebelah meja kami..katanya jika ada orang terengganu di kalangan kamu berenam ni, pakcik belanja kamu makan durian. Wah teruja kami :p  rupanya salah seorang pakcik itu adalah bekas cikgu di smk cendering salah sebuah sekolah di terengganu.^_=  sedang kami makan-makan datang pula sekelompok orang yang datang makan kat situ seorang lelaki dan dua perempuan,tiba-tiba mereka datang dan bagi durian kepada kami .Subhanallah  rezeki lagi. Ana terfikir begitu hebat rezeki itu ia datang tanpa kita minta. Allahuakbar! selang beberapa ketika abang durian itu pula yang belanja kami makan beberapa biji durian.

Apa yang berlaku itu ada hikmahnya ,buatlah sesuatu itu kerana Allah. InsyaAllah tiada sesalan di akhirnya.

1-jika kita mudahkan urusan orang Allah akan mudahkan urusan kita. (alhamdulillah di sepanjang perjalanan kami ana sangat rasa ianya di jaga oleh Allah dengan kehadiran polis bantuan yang mengiringi kami sehingga kami selamat sampai di kolej.

2- rezeki itu milik Allah. Jika sudah tertulis rezeki itu buat kita tidak akan ada sesiapa yang dapat mengambilnya,namun jika sudah bukan ketetapan buat kita memang kita tidak akan dapat. Jadi usah risau ya ^_^ insyaAllah Allah lebih mengetahui.

Di sini sedikit gambar yang ana ingin kongsikan ~~~

( seronok benar sahabat-sahabat ana..mula-mula sampai di gerai ini pakcik yang berdiri berbaju biru itulah yang belanja kami :p  )



    (jejaka yang berbaju merah tu my bf hensem x??)



    (tiket buaian ..sempat lagi  semua kena paksa main :p )

 
(seronok sahabat ana :P leisure time! nty kita pulun exam ya..pomish! )


No comments:

Post a Comment