لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, January 1, 2012

penantian itu manis ^_^



sahabat ana ingin kongsikan sesuatu dengan sahabat sekalian.Mengenai satu penantian.Satu penantian yang sia-sia,dua penantian yang berhasil.Penantian yang sia-sia terjadi bila kita menanti tanpa usaha sedikit pun dalam soal jodoh hanya mengharapkan cinta di hati.

''moga-moga dia nak kat aku nanti,moga ada keajaiban''

Pada ana sia-sia angan-angan begini,penantian yang berhasil pula merupakan satu pakej.Ada cinta ,ada berkenan dalam hati,ada usaha zahiriah,(cth :study betul-betul,kerja betul-betul ,kumpul duit) dan ada usaha batiniah (tahajjud malam bersungguh-sungguh )

usaha suku,jiwang suku.Tak campurkan usaha dengan perasaan dalam hati dengan berlebihan.Bila usaha itu di campurkan dengan rasa cinta dalam hati yang membuak-buak,usaha itu tidak lagi kerana Allah.Tapi kerana nafsu dan kehendak sendiri.Ikut hati mati ,ikut nafsu ,lesu.

Dalam mencari jodoh,semakin anda tidak mengenali si dia semakin bagus.Nanti banyak benda boleh borak selepas kahwin.Sabar kunci kejayaan.simpan dulu segala luahan itu. Luahkan selepas nikah. bila terasa nak bagitahu sangat tu setkan dalam minda..

''Alah yang ni hanya dapat 1 kemanisan,kalo lepas kahwin dapat 1juta kemanisan.Jadi sabar dulu kejar yang 1 juta.Tinggalkan yang seketul''

Sama gak yang macam berzina dan hampiri zina,sampai bila nak bermiang-miang tanpa nikah kan? nikahlah pastu boleh gaul isteri sampai mati.Allah lagi suka.

Penantian kosong memang satu penyeksaan,tetapi penantian 'berisi' memang satu kemanisan. Buah sabar itu apabila masak tersangatlah manis.Sabarlah insyaAllah sandar pada ALLAH segala-galanya.

sangat best bila dapat tahu Rasulullah SAW sedang menanti kita yang selalu berselawat dan ikut kata nabi SAW di telaga al kauthar akhirat kelak.Siap sedia untuk beri kita syafaat. Moga-moga kita terpilih insyaAllah.... sabar ye wahai hati...

No comments:

Post a Comment