لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, January 1, 2012

GUA BATU MALOI

Alhamdulillah di sini ana ingin kongsikan pengalaman ana meneroka GUA BATU MALOI. Wah serius ana katakan tempat ini memberi pengalaman yang sangat bermakna bagi diri ana. Ini juga merupakan projek akhir ana untuk sememester ini. Agak berat untuk diri ana menerimanya sebabnya ana dapat ahli group yang ana tidak lagi pernah bekerja sebelum ini. Namun seperti mana doa yang selalu ana amalkan ya Allah berikan aku ahli kumpulan yang terbaik di sisimu dan tempat yang terbaik disisimu. Alhamdulillah . Ana sebagai ketua kumpulan kena memulakan langkah yang bijak untuk memastikan semua berjalan dengan baik. Ana di minta untuk memilih 3 kategori tempat. Tempat yang di pilih mestilah bercirikan ecotourism,ruraltourism dan culturetourism . Bab memilih tempat ni serius ana katakan yang ana memang tidak tahu sangat tempat-tempat yang ada di sini :( . Namun ana berusaha untuk terus mencari menggunakan internet yang ada.Terlalu banyak tempat yang ana jumpa tidak dapat memuaskan hati lecture.

Akhirnya ana jumpa satu tempat yang based on ruraltourism,ana memilih kampung sg nibong yang terletak di sabak bernam sebagai destinasi pilihan ana. Namun apabila ana cuba menghubungi pemilik resort berkenaan layanan yang di berikan tidak cukup mesra :(. Ana memerlukan owner tempat tu yang mesra sebab memudahkan kerja ana lagipun tujuan penyelidikan ana ini untuk mempromosikan tempat tersebut sebagai sebuah destinasi perlancongan. Ana masih tidak putus asa. Ana teruskan usaha mencari (walaupun ana sudah buntu sebenarnya ) destinasi seterusnya di Kg parit penghulu,melaka.

Alhamdulillah ana sangat teruja kerana En Paan owner di tempat tersebut sangat mesra dan ana bersiap sedia merancang untuk ke sana pada hujung minggu. Ana bercadang pergi kesana dengan 2 buah kereta,1kereta lelaki dan satu lagi kereta perempuan kereta untuk perempuan ana yang uruskan .untuk orang lelaki ana serahkan kepada budak group ana (lelaki). malam sebelum kami berangkat ana cuba hubungi budak lelaki group ana..tapi tidak di jawab pendek kata mereka memberi alasan tidak tahu kena sewa kereta:( ana bagitahu ana tidak kira apa cara pun dapatkan juga kereta. Sebabnya ana sudah membuat temujanji dengan pihak sana.

Namun ana tunggu call dari mereka langsung tidak ada ana, alhamdulillah pada  malam tu  juga seorang sahabat ana ada di sisi memberi cadangan pergi ke gua batu maloi. .sebagai beckup tempat untuk projek kami. Ana sangat berat hati menerima tempat itu. Akhirnya ana terpaksa cancel kan tempat  di melaka dan mengambil keputusan untuk ke gua batu maloi. Ana memabg tidak bersemangat dan perasaan yang sangat sedih bila ada seorang ahli group yang tidak memberi komitmen. Alhamdulillah ana segera pujuk hati ana ,ana katakan bahawa Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ana. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Ana sangat-sangat yakin .

Alhamdulillah ana gerak terlebih dahulu ke gua batu maloi. Setelah mendapat serba sedikit info tempat itu di internet. Sesampainya ana di sana..ana tidak merasakan sangat 'teruja' itu. Apa yang kelakarnya,setibanya di sana ana mahu balik.huhuh :p tempat itu hutan namanya ecotourism. ^,= namun nasihat en rusman pegawai di situ sabarlah dulu jom teroka dulu gua batu maloi. Dengan perasaan yang tidak berapa happy ana ikutkan juga. Bermalamnya ana di camp site Gua Batu Maloi. Keesokan harinya ana menunggu ketibaan rakan-rakan yang lain untuk meneroka bersama-sama. Alhamdulillah. ana tidak sangka bahawa ana memperolehi pengalaman yang tidak dapat di beli. Gua Batu Maloi is the best. Serius ana katakan pengalaman masuk kesana dengan pelbagai liku . Jika kalian nak tahu..kalian WAJIB pergi untuk merasai sendiri pengalaman di situ.

Semasa kami di sana ,terdapat juga pelajar dan lecturer dari UTEM .  En Rusman merupakan pegawai perhilitan dan juga merangkap jawatan tertinggi untuk kelab OHM (orang hutan malaysia) Kelab ini merupakan kelab outdoor yang tujuan nya untuk memelihara hutan ciptaan Allah ini. Banyak yang ana pelajari, apa yang dapat ana katakan en Rusman and the group memang terbaik. InsyaAllah ana akan bawa semua budak kelas ana ke sana semester depan.

Di sini juga ana kongsikan gambar yang di ambil ketika berada di sana


      (gigih mendaki agak bahaya jugak memang kena fokus)


          (taklimat sebelum menerokai gua batu maloi oleh en rusman)

         (inilah maloi yang di percayai oleh penduduk kampung sebagai mitos)

            (cabaran meredah air yang agak kuat ,tapi memang best :p)

(gigih kan...^_^)

(lunch time )

                (serius ana bagitaw makanan kat sini memang terbaik,..)



           (dah nak balik dah :( ,insyaAllah kami datang lagi ^.^)

Alhamdulillah ana berjaya menyiapkan final projek ana ,ana berjaya dapatkan segala maklumat yang di perlukan. Alhamdulillah ana sangat bersyukur sesiapa yang berada di sisi ana di ketika ini. Rupanya Allah sediakan ana satu tempat yang lebih baik dari apa yang ana sangkakan. Thanks ALLAH.  Semoga ana dapat A untuk subjek ini.Ameen ya rabb,sahabat-sahabat doakan ana ya. ^_^

No comments:

Post a Comment