لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Wednesday, December 8, 2010

Allah sayang aku (^-^)

Bismilahirahmanirahim....

Apa khabar sahabat semua? mudahan dalam keadaan sihat sejahtera. :) Alhamdulillah. Ana tidak berapa sihat 2 3 hari ini. Mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu.Sakit tekak yang tidak terperi.Keadaan badan yang tidak berapa sihat,agaknya nak demam. :( Doakan ana cepat sembuh ya. Terima kasih.^^


Alhamdulillah sahabat sekalian. Walaupun begitu, baiknya Allah kan.. DIA masih beri kita hidup,makan,pakai, pada hari ini. Masih dapat kita beribadat kepadaNya. Alhamdulillah :) Hari ini ana nak berkogsi sedikit tentang betapa baiknya Allah .Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar !! Semoga dapat di manfaatkan buat semua pembaca.Moga2..Allah merahmati kita semua.InsyaAllah..


Allah sangat baik. Dia beri aku akal. Dengan akal, aku dapat berfikir.
Allah sangat baik. Dia tak pernah ambil akal aku, apabila aku gunakan akal aku untuk merancang buat jahat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku mata. Bukan satu, tapi dua. Dengannya, aku melihat.
Allah sangat baik. Walaupun aku banyak buat maksiat dengan mata ini, Dia tak ambil penglihatan aku.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku mulut. Aku boleh bercakap.
Allah sangat baik. Dia tak ambil mulut aku, sedangkan aku selalu bercakap benda-benda yang keji.
Allah baik. Terlalu baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku telinga. Aku mendengar dengannya.
Allah sangat baik. Walaupun aku selalu mendengar benda-benda yang tak berfaedah dan keji, Dia tak ambil telinga aku.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku hidung. Aku boleh bernafas.
Allah sangat baik. Dia tak hentikan pernafasan aku walaupun aku banyak buat jahat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku jantung yang sentiasa berdegup. Aku boleh hidup.
Allah sangat baik. Dia tak hentikan degupan jantung aku semasa aku sedang buat maksiat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku tangan. Aku boleh memegang benda.
Allah sangat baik. Dia tak cabut tangan aku apabila aku buat jahat dengan tangan ini.

Allah sangat baik. Dia beri aku kaki. Aku boleh berjalan sebab ada kaki.
Allah sangat baik. Dia tak ambil kaki aku walaupun aku selalu berjalan kearah benda-benda buruk.

Allah sangat baik. Kerana itu, aku mahu memberikan buah tangan sebagai tanda terima kasih.
Tapi, ada orang kata Allah sangat kaya. Dia tak perlu dan tak mahukan hadiah. Aku tak percaya.
Aku mahu juga berikan buah tangan.

Aku kumpul harta banyak-banyak.
Tapi Allah tak perlukan harta.

Aku belajar pandai-pandai.
Tapi Allah tak perlukan ilmu.

Aku berhias cantik-cantik.
Tapi Allah tak perlukan kecantikan.

Aku buntu. Apa Allah mahu?
Ternyata, Allah tak mahu apa pun dari aku. Kerana Allah sangat baik.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.

Lalu, wajarkah aku bermaksiat lagi sedangkan Allah sangat baik kepada aku?

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?





ya Allah ya Allah ya Allah


insyaAllah sahabat sekalian, selepas ini ana akan postkan tentang tentang 'Allah sayang aku' semoga sedikit sebanyak dapat di manfaatkan ya :)

No comments:

Post a Comment