لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Wednesday, December 15, 2010

Allah menduga kita

[part 1 ]


Bismilahirahmanirahim...

Alhamdulillah..alhamdulillah..syukur kepada Allah masih memberi peluang kepada kita untuk hidup pada hari ini.
Adik2,kakak2, saudara dan sahabat sekalian bagaimana keadaan harini? moga dalam keadaan sihat hendakNya. Amin . :)

Alhamdulillah.. di sini ana ingin kongsikan sedikit.. ingin ana kupaskan sedikit tajuk yang amat menarik ! ^^ ' Bila Allah menduga Kita' dengan tajuk ini akan di susuli beberapa bahagian. dari part 1 - ( belom pasti ) hihi...insyaAllah moga apa yang bermanfaat ini dapat kita rasai bersama hingga masuk ke dalam jiwa kita insyaAllah.

Pernah kalian semua hadapi masalah hidup? Sudah tentu pernah bukan? Tiada seseorang pun terkecuali dari menghadapi sebarang masalah. :) Bukan sahaja pernah malah di setiap waktu. .kita sering di datangi masalah hidup.Bukankah begitu? Adakah ada di antara kalian tidak pernah hadapi masalah? Tentunya tidak ada . Hanya satu tempat di mana manusia tidak akan menghadapi masalah  iaitu di syurga.

Maka bukan masalah menjadi persoalanya tapi bagaimana kita menghadapinya. Oleh itu ,kita tidak perlu lari dari masalah hidup. Jangan sesekali mengharapkan kehidupan yang tiada masalah. .kerna pasti itu tidak akan terjadi malah akan melemahkan kita. ''Do not pray for easy lives'' kata John f. Kennedy. ''pray be stronger'' . Ttetapi ada kalanya masalah hidup terlalu besar dan menjadi beban hidup yang terlalu berat untuk di tanggung. Apakah kalian pernah hadapi ujian yang sangat sukar dalam hidup? Betapa kuatnya goncangan dan bagaimana rasanya? Atau mungkin hidup kalian selama ini cukup selesa dan tidak pernah menerima masalah yang terlalu sukar dan membebankan?




Sepatutnya Kita Tahu Erti Kehidupan

Bagaimana cara untuk kita mengetahuinya? Tidak ada sumber yang lebih baik untuk mengetahuinya selain dari yang Maha Mengetahui  dan itu tertulis di dalam al Quran..dan hadis. Pada ayat lain Allah menyebutkan bahawa kehidupan ini  Dia akan menguji manusia berupa ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, dan jiwa. Dan Allah memberi khabar gembira kepada orang2 yang bersabar. Ujian itu akan datang bila2 masa sahaja ,tanpa kita sedar bentuknya,waktunya sehinggalah ujian itu benar2 berlaku. Masalahnya bukan kita menghadapi ujian atau tidak tapi samada kita ni bersedia atau tidak dalam menghadapinya.

Firman Allah SWT di dalam al quran :

''Dan ketahuilah  bahawa harta dan anak2mu itu hanyalah sebagai ujian  Semua itu merupakan kesenangan hidup yang boleh jadi, seseorang itu hanya akan rugi di hari akhirat.''

Firman Allah SWT di dalam al quran :

'' Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa2 yang di ingini iaitu  wanita2,anak2,harta yang banyak dari segi emas,perak,kuda pilihan,binatang2 ternak  dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik.'' [ ALI- Imran : 14 ]

Boleh jadi ujian kesenangan memberi impak yang lebih besar pada diri seseorang  daripa ujian berupa musibah. Manusia seringkali ingat pada tuhanya apabila di timpa musibah,susah. Tetapi sering lupa diri apabila beroleh kemenangan.


Indahnya Ciptaan

Sebenarnya di sebalik perkara yang tidak menyenangkan kita rasa setiap hari. Boleh jadi kalian pernah dengar contoh di bawah ini.

Satu hari seorang anak bermain di atas lantai,sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam.Anak yang sedang bermain , menoleh ke arah ibunya sambil perhatikan apa yang di buat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan.Dia betanya kepada ibunya.

''apa yang sedang ibu lakukan?''

''Ibu sedang menyulam nak,'' jawab ibunya sambil terus menusukan jarum dengan benang ke permukaan kain.

''Tapi buat apa?'' Anak itu masih bertanya hairan.''Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hnaya benang2 yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk di lihat.''

Ibunya tersenyum.Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri.

''Berdirilah nak!'' Ujarnya. ''Tengok sulaman itu dari atas sini.''

Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman dari atas. Dia merasa terkejut dan kagum pada keindahanya.

''Begitu indah sulaman ini,wahai ibu.Padahal sulaman ini kelihatan begitu buruk bila melihat dari bawah.''Kata anak itu. 

Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.

Itulah contoh kehidupan kita.Kita hanya melihat perbuatanNya dari bawah.,maka kita dapati ianya buruk sekalidan tidak menyenangkan..malah kita mengeluh dan menyalahkaNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihat nya dari tempat yang tepat tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza.Apabila kita mampu melihat keindahan itu,kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan berasa kagum dengan reka cipta yang indah itu.

Seandainya.................

Ayat yang di perkatakan di atas mengajar kita suatu petunjuk yang lain, iaitu agar kita menghindari sikap berandaian. Sikap ini di wakili banyak kalimat. .seperti 'andai kata' , 'sekiranya' , 'kalau saja' , dan lain2 lagi. Tetapi tidakkah anda perhatikan bahawa semua itu mengarah kepada hakikat yang sama? iaitu penolakan terhadap apa2 yang telah terjadi. sambil mengajukan pendapat kita kepada alternatif yang 'lebih baik' dan seharusnya di ambil ( tapi sayangnya tidak ) Apakah dengan perkataan ini beban atau masalah kita menjadi kurang? Renungkanlah wahai sahabat sekalian. Sikap berandai2 ini biasanya muncul setelah prasangka buruk terhadap Allah. dan mencela terhadap ketetapanNya. Ketika ketetapan Allah tidak memberikan kebaikan,satu sikap negatif mungkin terlintas dalam hati. ''mengapa Allah menetapkan hal ini?''  , ''mengapa saya yang harus di timpa musibah seperti ini?'' ''dimnakah keadilan Allah?'' ini lah contoh prasangka yang terlintas di hati kita ketika sesuatu yang tidak menyenangkan menimpa kita.

Hadis

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih di cintai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing2 terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu,minta tolonglah kepada Allah dan janganlah kamu bersikap lemah.Jika engkau di timpa sesuatu,jangan berkata ''Andai saya buat begini pasti begitu'' tapi katakanlah , ''Allah telah mentakdirkanya dan apa lagi yang di kehendakinya pasti terjadi .'' Kerana sesungguhnya kata 'seandainya' membuka perbuatan syaitan .
[Hadis Riwayat Muslimi]

Sikap Redha dan Kebahagian

Orang yang bijak menerima keadaan dan bersikap redha akan di jauhi dari kesedihan. Disini ana ingin mengajak sahabat sekalian supaya redha dan berserah dengan rasa cinta kepada Allah. Jiwa orang yang menerima sesuatu itu dengan redha  jiwanya lebih kuat dan tidak rapuh kerana bebanan ujian yang melanda. Sementara orang yang tidak boleh menerima keadaan dan suka berandaian akan di hantui dengan kesedihan dan penyesalan. Jiwanya lemah dan rapuh lalu terus menerus berkata ..''seandainya'' atau..''jika saya tidak melakukanya...'' Tentu keadaan ini tidak akan berubah. Syaitan akan mengajak kita untuk menyalahkan takdir dan ketetapanNya.Mereka sudah sesat kita berbuat dosa pula,kerugian yang di deritanya pula menjadi berlipat ganda.

Menikmati Kesusahan

Ini kisah yang di muatkan dalam majalah Tarbawi. Penulis kisah ini NIta Rahayu..menceritakan pengalaman ya ketika  mendapat tugasan penelitian di bandung pada pertengahan tahun 2008.Dia merasa kurang selesa kerana terpaksa bekerja di luar pejabat dan harus terus berjaga 24jam.Dia tidak boleh tidur sepanjang malam.Dia mula kesal kenapa dia di tugaskan seperti itu,manakala orang lain boleh tidur nyenyak di rumah masing2.

Bbeberapa ketika kemudian dia melihat ada seorang pakcik yang berumur sekitar  50-60 an berseragam lengkap tanpa jaket mula menyapu jalan.Dia melihat jam di tanganya menunjukkan pukul 2.30 pagi. malah masih terlalu awal . Baru pertama kali dia melihat secara langsung orang bekerja seawal ini.Jika seawal pagi ini pakcik tua ini sudah bekrja,pada pukul berapa pula dia bangun dan bersiap2 pergi kerja? Lebih2 lagi ,pakcik itu kelihatan melakukan tugas rutin.Pakcik itu menyapu dan membersihkan sampah sarap di bahu2 jalan..memasukkanya ke dalam tong sampah dan dia melakukan pekerjaan itu bersungguh2 tanpa perasaan jijik. Lama dia memerhatikan aktiviti pakcik itu.Dia tertarik untuk menghampiri dan mengajak pakcik ini berbual sambil membantunya membuang sampah.

''Pkcik tidur selepas isyak,sekitar jam 9.00malam,'' pakcik itu memulakan cerita. ''Kemudian bangun seawal jam 1 pagi..dan pakcik sempat untuk qiamulail,setelah itu baru pakcik bersiap untuk menyapu jalan.Sebelumnya jika ada makanan di rumah pakcik bersarapan dulu..jika tidak ada pkcik akan minum secawan teh sebagai sarapan. Selesai menyapu dan ketempat pembuangan sampah,jam 4.00 pagi. Alhamdulillah,masih sempat solat subuh berjemaah di masjid. Selesai solat pakck bantu isteri buat adunan tepung  goreng dan di sebelah petang pakck membantu isteri menjual di sekolah.Alhamdulilah pakcik masih sihat,tidak pernah sakit walaupun pekerjaan pakcik mengangkat sampah Mungkin kerana sering cergas bergerak menyapu jalan setiap hari ,malah tidak pernah sakit''

Ketika di tanya tentang pendapatanya,pakcik hanya menjawab. ''Alhamdulillah,rezekinya sentiasa ada. Kalau soal cukup atau tidak gaji kurang dari rm 100.00 satu bulan,apalagi dengan keadaan sekrang pastinya tidak cukup.Apalagi anak pakcik yang paling kecil masih bersekolah di kolej agama (madrasah Tsanawiayah). Tapi semuanya sudah di ambil kira..pakcik terus berusaha. Yang penting berkat.'' Tanpa di sedari orang yang bertanya mula menanggis dan dia merasa malu kepada diri sendiri. Pakcik yang hidup begitu sedenhana mula bekerja seawal pagi dan dia sama sekali tidak mengeluh. Kisah pakcik itu satu pengajaran buat kita semua.Cuba perhatikan kembali kisah iniadakah pakcik itu mengeluh dengan keadaanya? Cuba perhatikan baik2 berapa kali dia mengucapkan alhamdulillah. Betapa pakcik itu memiliki kekayaan yang tidak di miliki oleh orang lain. Lalu bagaimana dengan kebanyakan orang manusia moden yang hidup senang bergelumang dengan harta tapi sepanjang waktunya asyik mengeluh kerana persoalan remeh. Wnag banyak tapi hidup tekanan dan kekecewaan. Pekerjaan dan gaji lumayan tapi sering stress dan marah2.Rumah mewah lengkap dengan penghawa dingin,tapi masih susah tidur dan perlu mengambil pil tidur.Alangkah bainya hidup ini.Betapa relatifnya kesenangan dan kesusahan hidup....


miss tepung komak>>>>> insyaAllah akan ana sambungkan di lain masa jika di izinkanNya. moga Allah permudahkan segalanya.Untuk kita manfaatkan bersama. Akan bersambung dengan kupasan bertajuk iman yang berkait rapat dengan takdir.. Kupasan yang menarik insyaAllah :)

Ana mahu mengajak sahabat sekalian memahami... bila Allah menguji kita itulah tandanya Allah sayangkan kita dan ingat pada kita. Di ketika ini kalian yang sedang menghadapi masalah yang sangat berat, tidak mampu rasanya untuk menggalas..bersabarlah kalian...adukan pada Allah. Hanya padaNya tempat kita untuk mengadu.

No comments:

Post a Comment