لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Sunday, November 28, 2010

Maafkan aku..............(^-^)

bukan tidak mahu ku bersahabat denganmu... ,bukan jugak kerana aku ego, bukan jugak kerana aku rasa aku hebat.....jauh sekali kerana aku rasa seperti itu. Aku menjauhimu kerana kau lelaki... manakala aku perempuan... syariat telah membataskan.. aku hanya ingin menjaga semua itu sebab aku takut akan azab Allah.Maafkan aku jika aku tidak semesra dulu,maafkan aku jika rupa ku telah mengoyahkan imanmu...maafkan aku jika suara ku telah menyebabkan kau asyik. Aku tidak mahu kau d humban ke neraka gara2 aku. Aku sayangkan sahabat,kawan2ku. Jadi maafkan aku.

(mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari)

Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN"

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.


"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."
"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".


******************************************************************************************
sedikit nukilan.....::
maafkan aku...
aku menghindarimu ..
bukan membenci..
tapi menjaga hatiku...

maafkan aku ..
aku ingin menjauhi mu..
bukan kerana benci ..
tapi ingin menjaga hati...

maafkan aku..
aku tahu kau kehairanan..
mungkin aku tidak akan seperti dulu..
kerana aku tidak mahu mengulangi silamku..

maafkan aku
walau kita sepakat  menjaga batas..
namun di hati ku merasa masih belum mampu..
kerana akalku masih nipis dr belahan rambut..

maafkan ak..
aku tidak mahu tertipu..
walau aku tahu iman dan akalmu jauh lebih manandingiku..
jgn kerana leka kau dan aku sama2 hanyut...

maafkan aku..
kata org tiada istilah teman akrab antara laki2 dan wanita...
mungkin kau tidak percaya...
tapi tidak bagiku,
kerana yg menghalang teman akrab itu ialah nafsu..

maafkan aku..
tidak terniat ku melakar di sini..
menulis luahan resah yang sering tertanya dalam diri...

maafkan aku..
jika kau merasakan aku terlalu..
islam melarang laki- laki dan perempuan berhubung jika tidak benar perlu..
bukankah ramai insan yang halal bg kita mampu membantu...

maafkan aku..
bukan tidak mempercayaimu...
namun jika larangan Allah kita buat sekadar perlu..
tunggu kebinasaan Allah yang Maha Tahu..

maafkan aku...
sedangkan isterii nabi...jika d tanya para sahabat..
sebalik tirai2 mereka berhubung..
dan itu jika benar2 perlu...

demi menjaga kesucian..
mereka buat begitu..
apatah lagi cuma diriku..dan juga kamu..
insan lemah yang masih cuba memerangi nafsu...

maafkan aku...
segala langkah ku mohon keizinan ya rabbi..
apakah betul tindak tanduk ku selama ini..
'tangan-tangan' Allah ini telah menjawab p'soalan diri..
apakah mungkin aku mengingkari...
amat takut azab ilahi...
jika janji ak mungkiri...

maafkan aku...
segala p'kongsian ku harap  jadikan pedoman..
bukan umpatan atau kejian..
ak insan lemah perlukan bimbingan tuhan...
apa yang baik aku kongsikan..
bukan untuk di ejekan...
tapi harap menjadi tauladan...

maafkan aku....
sampai masa d izinkan tuhan...
jika jodoh b'panjagan...
ku harap setiap doa d makbulkan...
Tuhan Maha pengasih lg Maha Penyayang..
ku tunggu waktu yg d nantikan...

maafkan aku...
kau sahabat kau lah teman...
setiap hari aku doakan...
moga kau dalam bimbingan tuhan...

doakan aku menjadi mawar yang mekar....
seindah hiasan yang d janjikan tuhan.....
Allah dan rasul ku jadikan pegangan...
salah silap ku mohon d maafkan...

apa yang baik jadikan pengajaran...
moga kebaikan dapat d manfaatkan..
ingatlah sahabat mahupun teman..
bukan ingin ku sombongkan..
tapi ini larangan tuhan...

kadang2 ku kealpaan...
malu rasanya pada tuhan
yang menciptakan....
semoga tuhan beri keampunan..
cintailah tuhan pasti ...kau akan tenang...


ikhlas :< miss tepung komak ^^ @  fazedah>

No comments:

Post a Comment