لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Tuesday, June 7, 2011

Besabarlah wahai hati


Duhai hati...
Hentikan sahaja angan-anganmu,
Hentikan sahaja kiraan waktumu,
Masanya belum tiba untuk kau miliki si mujahid,
Kerana kau sendiri belum menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!!

Hati...
Janganlah kau sibuk mengejar cinta si mujahid,
Tetapi kejarlah cinta Penciptanya.

Hati...
Janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu,
Sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu ku raih.

Hati...
Sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??
Tetapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya...
Kau perlu tabah!!!

Dan aku tahu,
Kau tak mampu untuk jadi sebegitu tabah dalam sehari dua...

Duhai hati, bersabarlah...
Perjalanan kita masih jauh.

Bersabarlah....Teruskan doamu,
Hari itu akan tiba jua.
Pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak...

Duhai hati..
Yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..

Duhai hati..
Ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..
Manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti..

Wahai hati..usahlah bersedih lagi.. carilah redha-Nya, sematkan di setiap sudut hati..

Moga kasih-Nya, menyinari hari-hari yg menanti..insyaALLAH...

~ ku kan terus berdoa dan berharap pada-MU ~


Bersabarlah....

- peringatan buat diriku yg selalu lalai & alpa -

No comments:

Post a Comment