لا اله الا الله ، محمد رسول الل

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Monday, December 13, 2010

Destinasi Cinta

Remaja,apakah destinasi cinta anda?

Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yg suci,sesuai dgn aturan Allah.

Hormat keatas perintah Allah,ajaran rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di atara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yg berkekalan.

Seorang lelaki yg jujur terhadap cinta dan kasih sayang yg terjalin terhadap seorang wanita tidak akan sewenang-wenangnya menyentuh tangan atau memegang erat tubuhnya.

Wanita bukanlah objek yg boleh diperalatkan.Jika ini terjadi,seorang wanita harus berfikir,apakah pasangan seperti itu mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seseorang yg dinamakan kekasih,apa kesudahan yg bakal berlaku satu hari nanti?

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yg mengangapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yg berbangga memilki kekasih yg setia,dan mula memasang angan-angan utk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.

Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adajalanya membawa kpd sesuatu di luar jangkauan.

Cinta perlu difahami.Semestinya seorang perlu memahami kehendaj dan definasi yg tepat .

Tanya pada diri,sama ada cinta hanya sekadar gejolak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup utk menjelaskan maksudnya?

Allah telah menganugerahkan manusia naluri utk meneruskan keturunan(salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dgn gharizah Al-Nau’.

Dalam keadaan ini,manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yg mudah tentang hakikat cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih syg yg penuh rasa hormat,tanggungjawab,kesetian,komitmen,keikhlasan,bermaruah dan ada matlamat.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yg diingini lebih kpd konsep ala Barat yg disifatkan penuh romantic dan indah.

Mulia cinta berlandaskan islam kerana cinta yg dibina bermatlamat.Kerana ingin mendapat kasih syg tuhan,manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih syg sesame insane.

Kerana inginkan kasih syg tuhan jualah,masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia utk mengejar sesuatu yg abadi di akhirat.

Akhir kata,cinta yg dibina bukan cinta kosong tapi cinta yg luhur dan hanya dapat dirasakan dgn jiwa yg bersih yg sentiasa mencari tuhan.Wassalam. 



miss tepung komak (^_^)>>>>> jika di tanya tentang destinasi cinta ana. Apa yang dapat ana katakan ana 'belom bersedia'  biarlah ana lengkapi diri ana dengan ilmu terlebih dahulu agar lebih bersedia dalam menghadapi alam berumah tangga. CINTA ku hanya untuk Allah ,tidak akan ku kongsi CINTA ini dengan pasangan yang tidak halal bagiku. :)

buat bakal suamiku,
''aku mencintaimu kerana agamamu,
jika hilang agamamu,
hilanglah cintaku padamu''
(adaptasi kata2 imam al-nawawi)


CINTA HANYA UNTUK SUAMI.TAKKAN KU KONGSI

cinta yang datang ke lubuk hati itu fitrah.Namun apabila ia di susuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai,ia akan bertukar menjadi fitnah.Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan.Justeru, untuk apa ana menikmati cinta sebelum perkahwinan?Bimbang ia akan menjadi tawar dan hambar. Hilang barakah,hilanglah kemanisan.Ana akan menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis :

''sesiapa yang jatuh cinta ,kemudian menyembunyikanya hingga kematian menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid.''
(Riwayat Hakim,ibn Asakir, al-Dailami ,dan lain2)

Dalam riwayat lain pula maksudnya:
''Sesiapa yang jatuh cinta ,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid.''

Ana nekad,selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sesekali ku serahkan hati ini kepada seorang lelaki.Biarlah cinta kudus terpelihara untuk insan bernama suami. ini tekadku.
buat kalian sahabat ku kaum hawa,bersabarlah kalian. bagi ana prioriti ana adalah belajar dan bukan bercinta.Ana menghargai setiap insan yang sudi senaraikan ana dalam pemilihanya dan berhasrat untuk jadikan ana sebagai pilihan.Cuma maaf hati ini belum terbuka buat kalian dan menerima cinta,cinta tidak boleh di paksa2.

 ana masih ingat segala tomahan yang di lemparkan gara2 ana enggan menerima niat hatinya itu, kelakar bukan jelas2 sikap dan cermin keperibadian terpancar :) Biarlah ana menyimpan segala 'cerita2' itu. Biarlah ana di katakan jual mahal sekalipun. Apakah ana jual mahal atau anda yang memurahkanya? ^_^ Tidak kurang juga yang jelas kealimanya tapi masih tidak dapat mengawal dalam menjaga batas dan pergaulan.Menggunaka cara yang salah. sebagai contoh :
 ''assalamualaikum .maaf ana andai mencuri waktu ukhti saat ini.Izinkan ana berkenalan.'' Ayat nampak lembut dan sopan.Namun ana percaya dengan ayat begini apatah tentang perasaan ,bukanya soal masalah atau urusan ianya menyebabkan ana kurang percaya. Lainlah kalau ada urusan yang penting. dan tidak melibatkan perasaan. Maaf mungkin kelihatan agak tegas terpulang kepada penilaian masing2. ^_^

Dan ada juga yang kelihatan biasa,cukup2 simple tetapi di dalamnya sarat dengan ke wara'kan.Pergaulanya di jaga menggunakan orang tengah untuk menyampaikan hasrat,bertahan dari mengirim sms tanpa pengetahuan ibubapa atau orang tengah. Fikir2kan wahai wanita apa yang kalian cari? apa pilihan kalian. Berharta? hensem? tinggi darjatnya?

insyaAllah ,setelah habis ijazah pertama ana akan memikirkan hal itu.Ketika itu mungkin ana lebih bersedia .Akan ana nantikan 'waktu itu' .Walaupun masih jauh perjalanan.
Bagi kalian yang bakal mendirikan rumah tangga tahniah ana ucapkan semoga perkahwinan kalian penuh barakah.insyaAllah. Bagi kalian yang tengah bertunang juga :) ...jangan jadikan 'pertunangan' kalian sebagai tiket untuk berdua2an.. ke sana ke mari dengan pasangan. INGAT! KALIAN MASIH TIDAK HALAL!. Kalau boleh jika ada apa2 urusan dengan si tunang gunakan lah orang tengah ^_^..kepada lelaki (yakni si tunang) jangan sesekali mencari alasan untuk berhubung ,menelefon, yang boleh mengundang kepada perkara yang di murkai Allah. Selagi belum menjadi yang halal batas2 tetap wajib di jaga.


Pesanan buat sang adam yang ingin memetik bunga, buat kalian gunakanlah cara yang betul.. dalam menyatakan hasrat yang murni. Apakah sms ,menelefon ,berkenal2lan terlebih dahulu tanpa menggunakan orang tengah itu baik caranya? fikir2kanlah. Jangan menghalalkan yang haram dan jangan pula halalkan yang haram. Batas dan pergaulan wajib di jaga demi menjaga kesucian hati. Teringat kembali dengan buku pemilik cintaku..Apabila bakal sang zauj nya langsung tidak memandang bakal isteri dan hanya tertunduk di ketika majlis pertunangan,walhal bakal sang zaujnya boleh meminta untuk melihat tapak tangan dan sekali pandang pada wajahnya. Tapi ternyata tidak di lakukan.subhanallah. Apabila telah menjadi pasangan suami isteri sang zauj mengatakan bukan rupa yang dipandang, ''yang penting agama''

jawapan itu buatkan ana sangat kagum :) mengingatkan satu hadis yang bermaksud:

-sesiapa yang menikahi wanita kerana kemulian status sosialnya ,maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan.
-sesiapa yang menikahi wanita kerana hartanya,maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran.
-sesiapa yang menikahi wanita kerana kedudukanya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan.
-sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain,kecuali agar pandangan matanya di kekang,dan kemaluanya terpelihara,atau untuk tujuan menyambung silaturahim,maka Allah akan memberkati pernikahanya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya.''




 moga2 kamu

subhanallah...begitu indah aturan Allah. Allah tidak akan mensia2kan hambaNya yang berjuang dan bersabar menanti detik di satukan :) insyaAllah..

sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya 'dia' adalah jodohku
yang di tetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
di tetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku

-Aminah Qutb-

Jadi usahlah gelisah, bersabarlah dengan 'janji Allah' (^_^)
bersabarlah kamu.

indahnya ...(^_^)

Sunday, December 12, 2010

PAKAI JILBAB MACAM MAKCIK LAH ! (^_^)

Bismilahirahmanirahim....

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat ilahi..kita masih di berikan peluang untuk hidupp pada hari ini. Sebenarnya ada satu benda yang bermain2 di fikiran ana. Tentang 'berjilbab' ,ya tentang berjilbab. :) Semua orang mesti kenal kan.. bila sebut sahaja mengenai jilbab orang dah dapat bayangkan bentuknya, apa yang bermain di fikiran? (besar? rimas? panas? serabut? like makcik? ) (^_^) benar2 buat ana tersenyum . Tapi sebelum tu ingin ana kongsikan sesuatu..

'' eh,tak rimas ke pakai tudung besar2 ni?''

''macam kolot aje la pkai cmni sis.. orang lain pkai tudung jugak asal tutup aurat.Buat apa pakai besar2? ''

''nampak gemuk la sisi.....pakai camni.. kolot..nampak macam mak orang pun ada haha''

''low class...''


Now izinkan sis ini mulakan bicara ....:)

'rimas' = panas? panas di dunia je dik :) panas dunia tidak setanding panas akhirat dik..
.
يَآأَيُّهَاالنَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ 
 عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْن وَكَانَ اللهُغَفُورًارَّحِيمًا

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja.” (Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami’ Ahkamin Nisa IV/513)


 Ya memang itu satu tuntutan.. :)

Macamni ingin ana berkogsi sedikit tentang pengalaman ana :)..



insyaAllah mudahan beroleh manfaat nya.


Sebenarnya ana tahu,ana faham jiwa dan kehendak remaja,golongan muslimah ini. Dengan etika berpakaian. Sebenarnya kenapa kita nampak sekarang ni muslimah hanya atas nama dan muslimah yang di katakan mengikut cara islamik itu tidak islamik cuma atas nama shaja. ya kita wajib menutup aurat kita. Apa yang kita faham tentang menutup aurat? Ramai yang silap sekarang ni menganggap menutup aurat tu sekadar menutup kepala. Dah sah2 salah kalau kita fikir macamtu. Sekadar tutup kepala tapi kat bawah ketat,sendat macam sarung nangka tu namanya tutup aurat> ? 

 Ada yang nak marah ke bila ana kata mcamni? tidak perlu nak marah hakikat sebenar :)

Kenapa ana kata ana paham sebab ana mcam ante semua jugak.. pada suatu masa dahulu.  Ana bukan asal2nya berjilbab. Ana dah pernah mengayakan dengan pelbagai jenis,pelbagai fesyen tudung. Sebut sahaja tudung jenis apa,koleksi apa semua ana ada. Bak kata orang up to date bab fesyen2 ni. Dari atas sampai lah ke bawah. (ramai lah duk memuji2 cantiknya..comelnya..) itulah yang ana boleh gambarkan. 

Tapi kenapa ana berjilbab. Sebab utama tentulah kerana Allah yang mahukan ana berjilbab. Allah datangkan perasaan malu yang teramat sangat dengan cara pemakaian ana dulu. ''Ala bukan seksi pun cara ko pkai dulu..tutup aurat kan...'' kata seorang sahabat. erkk tutup aurat?? TIDAK!! selama ni aku tidak tutup aurat.. aku bangga dengan kecantikan dress up aku ni.. aku bangga bila aku di puji. tiap kali aku kuar rumah aku berhias cantik2.. aku tidak tahu pada siapa aku nak tunjukkan kecantikan dan hiasan pada diri aku ni. Bila aku keluar ramai 'mata2' yang memandang aku..aku seolah tidak rasa apa..malu? buat apa aku malu..aku tutup aurat..aku pakai tudung walau pakaian ketat nampak susuk tubuh..aku tutup aurat oke jangan ko pandai2 cakap aku tak tutup aurat! ''

itulah jawapan ana.. ramai yang merasakan mereka tutup aurat padahal hakikat sebenarnya mereka BERTELANJANG ! 

 Apa yang boleh ana antara pelbagai fesyen yang dah pernah ana cuba tapi fesyen berjilbab inilah yang betul2 buat ana selamat ketika memakainya. Alhamdulillah . Ana rasakan ada pagar2 yang melindungi diri ini. 

Jangan katakan ana tidak pandai berfesyen bila melihat ana memakai jilbab.. ana juga pernah dan sentiasa up to date jadi kenapa ana lebih memilih untuk berjilbab. Bila berjilbab ni kita akan kelihatan lebih gemuk, macam mak orang walhal umur kita masih muda. Tak apa....:) biarlah apa orang nak kata.. biar orang nak cakap apa tentang diri kita. tidak cantik? nampak gemuk? nampak tua? manusia tak suka lah bila berjilbab ni.. Nanti tak ada orang nak. :) 

manusia tak suka tak pe dik.....tapi Allah suka :) ada apa pada manusia? manusia juga makhluk Allah. Manusia juga hamba Allah. Bukankah lebih elok jika kita tidak menjadi tumpuan umum? tiada lagi mata2 yang asyik memandang dengan di kuasai hawa nafsu dan syaitan. Tiada lagi yang dalam hatinya ada penyakit2 hati.

Bukankah kita nak menjadi muslimah solehah. yakni solehah yang hakiki. tidak di pandang,tidak memandang,tidak di tegur dan menegur,tidak di kenali dan mengenali. :) Hias cantik2 keluar rumah untuk sapa dik? nak tayang kat sape? bangga ye dik bila orang puji kita lawa? Cukuplah kecantikan kita nanti buat sang zauj. Buat suami kita wahai sahabat sekalian adik2 ,kakak2 ..nanti depan suami tidak apalah nak berhias lawa2 pun nak seksi2 pun. Sebab dia halal bagi kita :) Tanyalah diri balik...


 sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa menyeret pakaiannya dengan sombong, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat.” Kemudian Ummu Salamah bertanya: “Bagaimana para wanita membuat hujung pakaian mereka?” Beliau menjawab: “Hendaklah mereka menjulurkan sejengka.l” Ummu Salamah berkata lagi: “Kalau begitu telapak kaki mereka akan tersingkap?” Beliau menjawab: “Hendaklah mereka menjulurkan sehasta, mereka tidak boleh melebihkannya.” (HR. at-Tirmidzi, dan lainnya)

ingat,barangsiapa yang memakai pakaian dengan berlebih2,Allah akan bagi seburuk2 pakaian kepadanya di akhirat kelak

''aku ni keluar hias cantik2 untuk sape''

''aku nak di puji ke''

''aku ni lawa sangat ke ''

''apa aku nak sebenarnya...''


Mengapa kita berJilbab
Tata cara berpakaian dalam Islam secara umum tentunya harus memenuhi nilai kesopanan, mengenakan jilbab bagi muslimah adalah wajib dan merupakan ibadah kepada Allah SWT, ada beberapa hukum dalam berpakaian bagi kaum muslimah yaitu; pakaian haruslah menutupi aurat yaitu seluruh tubuh kecuali muka serta telapak tangan. Muslimah juga dilarang untuk memperlihatkan bentuk tubuh, tidak mengenakan pakaian yang tipis atau tembus pandang yang tentukan menjadi perhatian atau mencoba menarik perhatian yang bukan mukhrimnya.


Apa saja yang didapati bila Berjilbab??
Dengan mengenakan jilbab identitas muslimah akan sangat jelas, perlakuan baik dan sopan akan muslimah dapatkan, mengapa demikian? Karena dengan berjilbab secara tak sadar muslimah telah mensyi’arkan islam. Muslim disekitar kita bisa tersadar dengan apa yang mereka lihat, tindakan dan pikiran negatif atau bahkan tindak kriminal bisa dicegah lebih dini.
Pastinya Berjilbab itu….Cantik!


Kecantikan bukan hanya karena olesan make up, tetapi kecantikan yang sejati adalah dari hati yang bersih dan fikiran positif dalam memandang dan menilai segala sesuatu, tidak berburuk sangka, tidak iri, tidak dengki, dan tidak dendam hanya akan mengotori hati kita. “The power of positif thinking” maka disanalah kecantikan alami akan terpancar, istilah kerennya INNER BEAUTY. Muslimah hendaknya berusaha terus istiqomah dan menjaga perilaku dan tindakan untuk selalu dapat berlaku positif dalam hidup.


Jadi sebenarnya banyak keuntungan didapat bila mengenakan jilbab. Jadi, lengkapi ibadah kepada Allah SWT dengan mengikuti kewajibannya. InsyaAllah selalu diberikan hati yang ikhlas dan tulus dalam mengerjakan segala kebajikan.


bagi ana cukuplah kecantikan diri buat sang zauj nanti ,tiadalah yang lebih berharga melainkan dari itu. Buat bakal sang zauj ku, biarlah aku kelihatan gemuk,kolot, bagi pandangan sesetengah orang. Tapi biar aku mejadi secantik cantik rupawan di matamu. 



Andai muslimah itu ibarat lampu, keindahan itu tidak mampu terbanding dengan keindahan pada sang rembulan yang menyinari langit di waktu malam. Muslimah solehah itu adalah sang rembulan yang menebakkan cahayanya, memukau pandangan mata dan mampu membelai halus perasaan dan jiwa manusia. Betapa berbezanya hakikat seorang muslimah dan muslimah solehah...


Muslimah adalah seorang wanita muslim. Tidak semua muslimah mengikut acuan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, maka pada tafsiran muslimah dan muslimah solehah itu sangatlah berbeza. Seorang muslimah itu indah namun tidak seindah muslimah solehah. Lampu neon yang kepelbagaian warna itu cantik namun tidak mampu menandingi kecantikan dari sang rembulan walau hakikatnya permukaan bulan diselaputi kawah-kawah manakala lampu itu dihiasi dengan kaca-kaca yang indah ukirannya.

Zahir bukan penentu pada biasan cantik dan indah sesuatu. Lampu kaca yang cantik dan mahal ukirannya, indah dipandang mata tidak mampu menawan hati-hati yang rindu pada redupnya kerdipan cahaya. Bulan yang berkawah, cahayanya mampu membelai jiwa yang layu... Arh... Perumpamaan yang sukar untuk ditamsilkan dengan kata-kata. Dan ana, biarlah tidak seindah ukiran kaca yang mahal, cukuplah kekurangan diri ini memaksa untuk terus berfikir dalam zikir supaya lebih memaksa diri untuk menawan hati sang suami agar mampu kelihatan seperti tersenyum umpama bulan di waktu malam. Cahaya yang mendamaikan, senyuman yang memukau...


ante pilih lah samada ingin menjadi muslimah mahupun muslimah solehah :)



Pernahkah seorang muslimah terfikir atau berfikir kenapa di dalam masjid dan surau (di Malaysia) dibuat tabir bagi memisahkan ruangan muslimin dan muslimat? Pernahkah seorang muslimin terfikir atau berfikir kenapa di dalam masjid dan surau (di Malaysia) ditabirkan ruangan muslimat dan terlindung dari pandangan muslimin?

Ini adalah kerana Islam sangat memelihara dan menjaga kehormatan juga kesucian para wanita muslimah. Allahu Allah... Islam begitu 'cemburu' membiarkan wanita dipandang sewenang-wenangnya oleh lelaki. Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan wanita untuk solat (berjemaah) di masjid tetapi Rasulullah s.a.w. berpesan supaya tidak menghalang para wanita untuk turut solat (berjemaah) di masjid.

Kenapa? Kerana duduknya seorang wanita itu adalah di dalam rumahnya :)

Tetapi, Rasulullah s.a.w. meraikan juga kehadiran para wanita yang datang bersolat di masjid, namun bagi menjaga para wanita ini, selepas solat Rasulullah tidak akan segera balik tetapi akan berbual dengan para sahabat (lelaki) sehingga hal ini memberi peluang kepada muslimah untuk pulang ke rumah dahulu sebelum jemaah lelaki meninggalkan masjid. Lihat bagaimana Islam meletakkan wanita di tempat yang sangat istimewa. Alhamdulillah.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., para wanita mula bertabarruj (berhias/bersolek) sehingga Ibnu Umar pernah melarang para wanita keluar rumah untuk ke masjid dan Saidina Umar r.a. mengisytihar 'perang dingin' kepada anaknya sendiri kerana melarang wanita ke masjid sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan para wanita untuk ke masjid. Ini adalah kerana Ibnu Umar merasakan bahawa wanita-wanita mula menimbulkan fitnah apabila bertabarruj untuk ke masjid dan Saidina Umar r.a. pula menjaga adab dengan hadith Rasulullah, menghalang wanita ke masjid adalah sama seperti mengharamkan apa yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w., begitulah akhlaq para sahabat dengan hadith nabi...

Pada zaman Saidatina Aisyah sendiri, beliau pernah mengatakan bahawa; "Sekiranya Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana para wanita bertabarruj pastilah Rasulullah tidak akan membenarkan mereka ke masjid."

Jadi, masalah tabarruj di kalangan wanita yang mahu ke masjid sudah berlaku pada zaman Umar dan Aisyah.

Selepas zaman tabi' tabiin... Untuk tidak mengharamkan (menghalang) para wanita ke masjid sedangkan ada unsur-unsur tabarruj, maka ulama' berpendapat bahawa tabir di ruangan muslimah adalah bagi mengelakkan dipandang oleh muslimin.

Pernahkah kalian terfikir, kalau di dalam solat pun ditabirkan wanita dari pandangan lelaki sedangkan di waktu solat hati dan jiwa berbicara dengan Sang Pencipta. Untung bagi mereka yang khusyuk dalam solat. Maka, pernahkah kalian merasakan bahawa wanita itu sangat indah dan lebih indah apabila ia tertutup indah dari pandangan lelaki-lelaki berpenyakit hati? Dan ana yakin, cahaya lampu dan bulan sangat berbeza impaknya kepada hati manusia. Muslimah dan muslimah solehah itu sangat berlainan sifatnya.

Jadi, mengapakah kalian wahai muslimah yang ku cintai sewenangnya membiarkan tubuh kalian diratah oleh pandangan nafsu sang lelaki? Bukankah Islam sudah meletakkan kalian pada kedudukan yang terlalu istimewa? Rasulullah sangat mencintai para wanita sehingga tidak membiarkan kalian menjadi tatapan mata lelaki yang soleh sekalipun... Islam begitu menjaga kesucian dan kehormatan kalian, mengapa kalian bogelkan maruah sebegitu rupa?

Jadi wahai muslimin yang ku hormati, mengapakah kalian tegar membiarkan ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anak perempuan kalian diratah tubuh mereka dari pandangan nafsu lelaki? Bukankah kalian diamanahkan sebagai imam dan pelindung kepada muslimah-muslimah itu? Mengapakah kalian menjatuhkan martabat wanita-wanita yang ku cintai ini? Katanya kalian berbangga menjadi umat Muhammad, tetapi adakah akhlaq Muhammad diikuti? Sanggupkah kalian membiarkan muslimah-muslimah itu dibogelkan maruah sedangkan mereka menjadi tanggungjawab kalian...

Apabila mereka memandang dengan pandangan pelik ke arah diri ini, ana hanya melemparkan senyuman ... Apabila mereka menghina pada pakaian ini, ana hanya melihat dengan perasaan kasihan.

"Kenapa kamu pakai jilbab?"

"Untuk menjaga mata-mata lelaki..." Dan pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari syaitan, barangsiapa yang memelihara pandangannya dari melihat perkara haram maka Allah mewariskan kelazatan hatinya sehingga dia bertemu dengan Allah! Allahuakbar.



miss tepung komak (^_^) >>> ingatlah wahai adik2 kakak2 sahabat2 sekalian  kecantikan kita simpanlah betul2,bungkus diri kita ,kalau ada tang tidak suka dengan imej kita ingat allah suka : ingat janji2 allah . Soal jodoh akan adalah allah berikan seseorang yang tetap memandang kita walau kita kelihatan gemuk dan kelihatan macam makcik bila berjilbab :) insyaAllah..







Ana mencintai saudara seagama dan ana tidak mahu mencampakkan mereka ke dalam azab api neraka asbab dari diri ana.

gadis itu wajahnaya berona NUR IMAN,
makhotanya d litupi tanda KEHORMATAN,
maruah diri d pagari dgn KESOPANAN,
dialah puteri indah RUPAWAN,
tika gadis laen sibuk menghiasi diri,
dia hias nur ilahi pd WAJAHNYA,
tika gadis laen sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa bersama cinta-Nya,
tika gadis laen sibuk BERMADAH,
dia tekun BAIT kata TUHANYA,
tika gadis laen menangisi ARJUNA,
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba,
gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
indah d pandang namun sukar  D PEGANG,
mulianya krn ketaqwaan, cantiknya krn keperibadian,
muslimah syg,smg kau,aku,dan kita semua..seperti mawar berduri... amin...




buat adik2 kakak2 sekalian, teringat pula satu kisah tentang berjilbab..cerita inilah yang menguatkan lagi diri ana.Ana pernah post di fb dulu  :)


Fatimah Radiyallahuanha Memahami Erti Jilbab yang Sesungguhnya

oleh Noor Fazedah Azaha pada pada 11hb November 2010 pukul 10.34 pagi
Adakah kaum muslimin dan muslimah yang tak mengenal sosok Fatimah binti Rasulullah salallahu alaihi wassalam? Rasanya tak mungkin! Beliau radiyallahuanha satu-satunya puteri Rasulullah salallahu alaihi wassalam yang hidup mendampingi beliau hingga wafatnya beliau ke Rafiqil a’la.1 Fatimah az-Zahra radiyallahuanha adalah ratu bagi para wanita di syurga (Sayyidah nisa ahlil jannah). Pemahaman beliau tentang erti jilbab yang sesungguhnya sangat layak untuk disemak dan direnungi oleh para muslimah yang sangat merindukan syurga dan keredhaan RabbNya. Sudah sempurnakah kita menutup aurat kita seperti apa yang difahami Sahabiyah?

Wahai saudariku muslimah yang merindukan syurga Firdaus al-A’la…Sahabiyah yang mulia ini memandang buruk terhadap apa yang di lakukan wanita terhadap pakaian yang mereka kenakan yang masih menampakkan gambaran bentuk tubuhnya. Apa yang beliau tidak sukai itu beliau sampaikan kepada Asma radiayallahuanha sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ummu Jaafar bahwasanya Fatimah binti Rasulullah salallahu alaihi wassalam berkata:

“Wahai Asma’! Sesungguhnya aku memandang buruk apa yang dilakukan oleh kaum wanita yang mengenakan baju yang dapat menggambarkan tubuhnya.” Asma’ berkata: "Wahai puteri Rasulullah mahukah kuperlihatkan kepadamu sesuatu yang pernah aku lihat di negeri Habasyah?” Lalu Asma’ membawakan beberapa pelepah daun kurma yang masih basah, kemudian ia bentuk menjadi pakaian lantas dipakai. Fatimah pun berkata: “Betapa baiknya dan betapa eloknya baju ini, sehingga wanita dapat dikenali (dibezakan) dari lelaki dengan pakaian itu. Jika aku nanti sudah mati, maka mandikanlah aku wahai Asma’ bersama Ali (dengan pakaian penutup seperti itu) dan jangan ada seorangpun yang menengokku!” Tatkala Fatimah meninggal dunia, maka Ali bersama Asma’ yang memandikannya sebagaimana yang dipesankan. ”2

Syeikh al-Albani rahimahullah berkata: Perhatikanlah sikap Fatimah radiyallahu anha yang merupakan bahagian dari tulang rusuk Nabi salallahu alaihi wassalam bagaimana ia memandang buruk bilamana sebuah pakaian itu dapat mensifati atau menggambarkan tubuh seorang wanita meskipun sudah mati, apalagi jika masih hidup, tentunya jauh lebih buruk. Oleh kerana itu hendaklah kaum muslimah zaman ini merenungkan hal ini, terutama kaum muslimah yang masih mengenakan pakaian yang sempit dan ketat yang dapat menggambarkan bulatnya buah dada, pinggang, betis dan anggota badan mereka yang lain. Selanjutnya hendaklah mereka beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya”3

Wahai ukhti muslimah yang dirahmati Allah,…benarlah apa yang dikatakan oleh Syeikh al-Albani rahimahullah. Fitnah yang melanda kaum muslimah begitu deras dan hebat.Jika Fatimah radiyallahuanha saja tidak rela jasadnya tergambar bentuk tubuhnya tentulah dapat kita fahami bagaimana beliau mengenakan jilbab di masa hidupnya. Kerana beliau sangat memahami perintah jilbab dengan pemahaman yang benar dan sempurna. Pemahaman beliau yang sangat mendalam ini jelas tersirat dari ketidaksukaannya yang beliau pandang sebagai suatu keburukan apabila seorang wanita memakai pakaian yang dapat menggambarkan lekuk tubuhnya.

Lalu bandingkanlah dengan apa yang dikenakan oleh sebahagian kaum muslimah dewasa ini sangat jauh dari apa yang disyariatkan oleh Rabb mereka. Jauh panggang dari api. Mereka menisbahkan pakaian wanita dengan kerudung ala kadarnya yang sekadar menutupi leher-leher mereka tidak sampai menutupi dada dengan nama pakaian islami atau jilbab. Dan ironisnya yang memakainya pun merasa bahawa apa yang mereka pakai itu sudah benar kerana melihat para artis di TV mengenakan yang demikian itu jadilah pakaian trendy ini menyebar begitu cepat dan menjadi pakaian pilihan utama mereka. Bahkan tentu terkadang kita melihat saudari kita yang memakai busana muslimah yang justeru menambah fitnah kerana nampak jelasnya lekuk tubuh mereka dengan penutup kepala yang melilit di leher (sehingga jenjang atau tidaknya bentuk leher terlihat sangat jelas) dan hanya sampai di bahagian pundak saja tidak sampai ke dada disambung dengan pakaian ketat yang menggambarkan bentuk payudara mereka kemudian celana ketat yang menambah jelas lekukan tubuh mereka. Ada juga yang memakai abaya (gamis/pakaian terusan) memilih ukuran yang ketat daripada ukuran besar dan lapang dengan alasan agar nampak cantik dan modis! Sebahagian ada pula yang memakai penutup kepala dengan menyanggul rambut-rambut mereka hingga ketika mereka berjalan dapat dilihat dengan jelas ikatan rambut tersebut, kerana sangat kecilnya penutup kepala yang mereka pakai maka merekapun mengikat rambut tersebut agar tidak menyembul keluar. Bukankah apa yang mereka pakai itu semua justeru yang semestinya mereka jauhi kerana Rasulullah salallahu alaihi wassalam telah bersabda:

“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bongkol (punuk) unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk.”4

Di dalam hadis lain terdapat tambahan:

“Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan memperoleh baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian.”5

Kemudian lihatlah penjelasan dari Ibnu Abdil Barr rahimahullah ia berkata:

“Yang dimaksud Nabi salallahu alaihi wassalam adalah kaum wanita yang mengenakan pakaian yang tipis, yang dapat mensifati (menggambarkan) bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau menyembunyikannya. Mereka itu tetap berpakaian namanya, akan tetapi hakikatnya telanjang.”6

Dari Ummu Alqamah bin Abu Alqamah bahawa ia berkata :

“Saya pernah melihat Hafsah bin Abdurrahman bin Abu Bakar mengunjungi Aisyah dengan mengenakan khimar (kerudung) tipis yang dapat menggambarkan pelipisnya, lalu Aisyah pun tak berkenan melihatnya dan berkata: “Apakah kamu tidak tahu apa yang telah diturunkan oleh Allah Subhanahu wa taala dalam surah An-Nur?!” Kemudian Aisyah mengambilkan khimar untuk dipakaikan kepadanya.7

Syeikh Albani menjelaskan perkataan Aisyah radiyallahuanha: Apakah kamu tidak tahu tentang apa yang diturunkan oleh Allah dalam surah An-Nur? Mengisyaratkan bahawa wanita yang menutupi tubuhnya dengan pakaian yang tipis pada hakikatnya ia belum menutupi tubuhnya dan juga belum melaksanakan firman Allah Subhanahu wa taala yang ditunjukkan oleh Aisyah radiyallahuanha iaitu “Dan hendaklah kaum wanita menutupkan khimar/kerudung pada bahagian dada mereka”8

Tidakkah kita melihat perbezaan yang sangat jauh antara generasi Sahabiyah dengan kita? Mereka benar-benar menjadikan jilbab sebagai penutup tubuh dan aurat sebagai bentuk ketaatan pada perintahNya sedangkan kita justeru sebaliknya menjadikan jilbab sebagai pembuka fitnah kecuali wanita-wanita yang dirahmati Allah. Jilbab yang difahami sahabiyah sebagai pakaian yang lapang (lebar) yang menutupi tubuh dari atas kepala hingga hujung kaki sedangkan kaum muslimah sekarang menganggap jilbab adalah secarik kain yang digunakan untuk menutupi rambut mereka saja sedangkan bahagian-bahagian lainnya mereka tutupi dengan bahan yang ala kadarnya yang tidak dapat dikatakan menutupi aurat apalagi menutupi lekuk tubuh mereka. Kepada Allahlah kita memohon pertolongan semoga kaum kita mahu kembali kepada Rabb mereka dan berusaha untuk menunaikan apa yang diperintahkan Allah dan rasulNya secara sempurna dan menyeluruh. Sebagaimana firmanNya:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 208)

Wallahu’alam bissawwab.





Saturday, December 11, 2010

TERIMA KASIH ALLAH.. TERIMA KASIH :)

Bismilahirahmanirahim..

Apa khabar adik2 ,abang2,kakak2 sekalian? moga sentiasa dalam keadaan yang baik. :) Alhamdulillah.. ana pun dah beransur pulih.. cuma selsema aja lagi. (sengau2 aja bunyinya) huhu Sebenarnya, ana nak menyatakan rasa kesyukuran,,kepada Allah. Terima kasih Allah. Seperti pernah ana post kan mengenai cara berkomunikasi dengan Allah dengan minta izin dengan Allah terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. Alhamdulillah ana mempratikkanya sekarang.Dan alhamdulillah.. ana sentiasa mendapat jawapan itu. 1st tentang penyambungan ana untuk sambung belajar.. di salah sebuah uni ini.. Ana sebenarnya amat takut..takut pada pandangan mata ini nampak semua kebaikan tapi tidak keburukan. .dan ana tahu Allah lebih mengetahui. Jadi 'minta izin' dengan Allah terlebih dahulu..

''ya Allah.. aku nak sambung belajar ni ya Allah.. tapi dunia sekarang amat menakutkan.. dan aku tidak tahu ya allah bagaimana keadaanya nanti.. ya Allah jika aku belajar di uni ini adalah terbaik di sisiMu,maka jayakanya ya Allah. Jika tidak baik di sisiMu maka janganlah kau jayakanya ya Allah.. Sesungguhnya pengetahuanku terbatas tapi tidak pada pengetahuanMu.. Apa yang terbaik di sisiMu itulah yang terbaik di sisiku..''

Alhamdulillah sahabat sekalian, ana dapat jawapan itu :) ini bermakna ana akan tangguhkan dulu pengajian ana. InsyaAllah. Tapi itulah yang terbaru. Selepas ini jika ada perubahan akan ana kongsikan balik. Mungkin ana akan menjadi penddidik sambil menyambung pengajian.InsyaAllah. Mudahan begitulah.:)


Allah sebaik2 perancang..DIA yang mengerakkan kita atas segala yang kita lakukan hari ini. Ye..memang Allah bagi kita akal untuk berfikir.. tapi lupakah kita daya dan kekuatan itu di alirkan oleh siapa kalau bukan dari Allah .Maknaya, nak lakukan apa saja mintaklah dengan Allah terlebih dahulu. InsyaAllah bahagia dunia akhirat.Kita kena ingat kita ini hanyalah makhluk Allah. Dan Allah itu pencipta kita.Kerdilnya kita hinanya kita..kenapa kita masih berlagak?takabbur? ego? untuk tidak selalu meminta minta dengan Allah?? kita adalah HAMBA Allah..ingat kita hanya HAMBA..maka sudah tentu dalam diri kita akan merasa betapa kerdilnya kita,lemahnya kita. Tanpa bantuan Allah siapalah kita.

Baru baru ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, ana menerima sms dari sahabat ana. Tentang result sem yang dah keluar baru baru ini. Keputusan yang agak teruk telah melemahkan semangatnya. Katanya, dia ingin berhenti belajar ,bermakna berhenti untuk meneruskan pengajian dalam degree. Ok, sebabnya?  pertama dia mendapat tawaran kerja (kira dah ok la semuanya cukup) kedua sebab resultnya itu. Tapi ana nasihatkan dia supaya teruskan pengajian..sebabnya bukan mudah untuk kita sambung pelajaran ke ipta sekarang.Jika terpilih kena lah buat betul2.Kalau kurang cemerlang itu namanya ujian.Maknanya Allah nak kita lebih dekat denganNya.Sebab ana tahu kawan ana dah usaha sungguh2 di samping berdoa dan tawakal.Jadi senyumlah di sebalik result yang tidak berapa bagus itu. Harus sedar bahawa itulah ujian Allah (kekadang orang tidak sedar kerana dia tidak merasakan yang memberinya kejayaan dan kegagalan itu dari usahanya dan bukan dari Allah.Walhal Allah yang mengerakkan seluruh alam untuk menjayakan sesuatu dan mengerakkan seluruh alam ini juga untuk mengagalkan sesuatu)

Itulah tandanya Allah sayangkan kita. Nak menguji sejauh mana kekuatan kita. jadi apa yang ana katakan pada dia ''mcmnilah, apa kata kalau kamu buat sesuatu sebelum buat keputusan untuk berhenti belajar.
( sebab nampak macam dia nak sangat berhenti ni,bukan apa ana xnak keputusanya itu mengikut kehendaknya. Tapi bukan kehendak Allah. ) Apa kata kamu duduk dalam keadaan yang tenang selepas solat dan cuba kamu berkomunikasi dengan Allah. Dalam keadaan tenang.........senyap.... 'ya Allah, aku rasa aku nak berhenti belajar..aku nak kerja.. apakah jika aku berhenti belajar dan bekerja baik di sisiMu ya Allah?? jika baik di sisiMu maka kau jayakanlah ya Allah. Tapi jika tidak baik di sisiMu makan janganlah kau jayakanya ya Allah. Baik di sisiMu maka baiklah di sisiku ya Allah. ' '' kata ana padanya.

'' baik nanti saya akan lakukan seperti itu.Terima kasih keran membantu.'' kata sahabat ana.

Ana pun turut meminta bagi pihaknya.Moga2 dengan harapan Allah akan bagi jawapan . Alhamdulillah sehari selepas itu ana terima lagi sms, '' fazedah, saya rasa saya akan ikut kata awak untuk teruskan pengajian saya.Saya akan berusaha dengan lebih gigih ,saya harus lebih kuat dan berusaha sedaya upaya habiskan degree saya.''katanya dengan mesagge yang jelas nampak kegembiraan~

Alhamdulillah. tiada kata2 lain lagi dapat ana gambarkan. Allah dah bagi jawapan bahawa itulah yang terbaik untuknya. Itulah kehendak Allah,baik di sisi Allah. Alhamdulillah,terima kasih Allah ..terima kasih.

Begitulah sauadara,sahabat2 sekalian.. jika kita mintak dengan Allah Allah akan bagi direct jawapan kat kita..bukan melalui kata2 perucapan atau sebagainya. Tapi dengan kekuasan Allah yang tiada batasnya itulah yamng menghadirkan ke dalam jiwa kita. Betapa beruntungnya mereka yang meminta izin dengan Allah terlebih dahulu..sepertimana kita selalu minta izin dengan ibubapa kita,minta izin denga suami kita inikan pula dengan Maha Pencipta kita. Subhanallah. Itulah yang sebaiknya. Sebab itu ana selalu sarankan kita sentiasalah berkomunikasi dengan Allah.

Allah maha mendengar..maha mengetahui.. darinya kita datang kepadaNya jugalah kita di kembalikan..


Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita yakinlah !! :)

jom kita sentiasa terima kasih pada Allah SWT tanpa sebarang sebab. Maknanya tidak kira samada kita memiliki atau tidak apa yang kita hajati, samada kita bahagia atau tidak. samada ada masalah atau tidak.... kita tetap terus berterima kasih pada Allah SWT. Kerana yang tidak dimiliki, tidak bahagia atau bermasalah itu cuma sesekali berbanding memiliki, bahagia, tiada masalah etc..etc..

Berterima kasih pada Allah.. sebenarnya mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Bagi anda yang belum cuba,lakukanlah sekarang.insyaAllah. Anda buat anda dapat :)


miss tepung komak (^_^) mula beleter...kuikuikui..;p

Friday, December 10, 2010

sekadar buat tatapan sahabat sekalian :)


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
 
 miss tepung komak (^_^) bestt kan lagu ni khas buat sahabat2 di luar sana moga di kurniakan pasangan yang beriman.. insyaAllah..

Jika Belom Siap Cintai ia Dalam diam......(^-^)

 
 
 
 
من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]
 
 
Maksudnya:
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”

ada sebilangan sahabat-sahabat yang mempertikaikan hadis ini. sama ada ia hadis sahih aw dhaif. tp bagi ana cukuplah ia mengingatkan diri ana dan memberi semangat kepada ana supaya menjadi seorang yg benar-benar mujahidah. teringat perbualan bersama seorang kakak (sahabat) ana

"akak...apa yang akak faham maksud dengan "mujahidah"...??

"nak jadi mujahidah...kena kuat...!!!hatinya tidak akan tertaut pada mana-mana lelaki.. hidup jangan bergantung pada lelaki... cinta-Nya hanya untuk Allah.. tahan segala mehnah ujian yg Allah beri.. mental dan fizikal kena kuat!!!! mujahidah tak boleh lemah.."
 
ana tertunduk lemah...ALLAH.. "aku selalu lemah dengan kehidupan dunia ini" ana bermonolog sendiri.

"akak nak kita hidup dalam jemaah, lakukan gerak kerja Islam.. kalau dah kawin pun biarlah lelaki tu orang yg lakukan gerak kerja Islam jugak..tapi sekarang hidup akak dah lain.....akak sedih sangat.."

"akak..akak sama dengan ana..kite sama-sama ye kak...kita bangunkan balik semngat kite. InsyaAllah.. akak pun kena kuat...

"kamu tau tak.... sebenarnya ada hikmah Allah letakkan dan datangkan kamu d.. Allah nak beri peringatan pada akak... alhamdulillah..Allah tak biarkan akak leka." sambil memegang tangan ana.

"akak..jangan cakap macam tu..kita sama-samalah ingat mengingati ye" ana tersenyum hambar. sebak..

ana tertunduk lagi..lemahnya diri ini.. tetapi Allah sentiasa memberi kasih sayang kepada hamba-hambanya. satu-satu Allah aturkan untuk sahabat-sahabat dan diri ana. Allah putuskan hubungan yang Allah tak redhai..Allah gantikan kehidupan yang lebih bahagia..selamat lagi menyelamatkan.. ALLAH... "ya Allah...tetapkan lah hatiku...kuatkan lah hatiku..supaya keyakinan ku tidak berubah...supaya aku sentiasa tabah..."ameen..

ana tersenyum membaca risalah ini...ana memperingatkn diri ana..
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerna diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ... 

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah 

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata 

...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...
jika dia memang bukan milikmu, bila tiba waktunya Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ... 

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

 
ana tersenyum lg...hatinya bersemangat...janji Allah itu pasti!!!! ana yakin.


buat kamu.. bila kamu lemah..ingatlah amanat yang di beri.. maka tidak akan kamu mengkhianati satu harapan itu..  


hanya tuhan yang maha mengetahui apa yang tersirat.. :)




miss tepung komak (^-^)

Thursday, December 9, 2010

BUATMU 'SAHABATKU'

Bismilahirahmanirahim..

Alhamdulillah.. hari ini ana telah selamat sampai ke subang. Agak memenatkan walau baru sahaja 2 hari berada di terengganu..kemudiandatang ke kL balik. Alhamdulillah. Ana ingin menyatakan rasa kesyukuran kerana tidak lama lagi ana akan menyambung pelajaran . InsyaAllah...dalam tempoh 3tahun. Doakan ana moga di permudahkan segalanya :) amin.. Jika ini yang terbaik di sisi Allah maka ini lah yang terbaik buat ana. InsyaAllah. Apa khabar semua? mudahan dalam keadaan yang baik.  Hari ini ana ada sesuatu buat 'sahabat' dan 'teman' ana khas ana tujukan..buat kamu..kamu dan kamu.. (^-^)

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.


KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.


PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”





Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.



Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.



Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.



Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.



Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.



Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.



Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

daie sepi...insan yg sygkn shbt..n akn trus myygi smpi akhir hyt..smuanya kerana Allah..=)




aku sayang 'sahabatku' moga kamu sentiasa dalam perlindungan Allah. (^-^) insyaAllah

Wednesday, December 8, 2010

Alasan seorang penderhaka : Takpe Aku Dah Cukup Baik...






'Alang-alang lalu depan surau, jomla singgah solat sama-sama'
'Hehe..tak pe lah. aku solat kat rumah saja'

'Malam ni ada kuliah kat surau. Jom la datang dengar'
'Takpelah. Kau pegi dulu ya...hehe'

Mengelak dan mengemukakan alasan. Itu saja yang kita tahu. Kita suka mengemukakan sejuta alasan untuk menyedapkan hati, sedangkan kita sebenarnya sedang menolak suatu kewajipan. Kita tolak,seolah-olah ia tidak wajib.

Bagi saya, dalam banyak-banyak alasan, ini yang paling tak masuk akal- 'Takpe, aku dah cukup baik'.

Persoalan, betulkah kita sudah cukup baik hingga kita sudah tidak perlu kepada ilmu, kepada solat berjemaah, kepada amal-amal soleh dan lain-lain?

Ada satu bab dalam filem Syurga Cinta. Babak dimana si ibu terlihat anaknya bersolat. Terdetik dalam hati si ibu, lalu perkara ini diajukan kepada si bapa yang sedang seronok menonton televisyen.

"Abang... kita ni tak pun pernah sembahyang"

Tapi si suami selamba saja berfatwa, "Tak apa. Kita kan dah selalu sedekah. Dah banyak harta kita sedekah. Nak takut apa lagi? mesti masuk syurga punya"

Lebih kurang begitulah.

Betulkah begitu mudah nak masuk syurga?
Cukup dengan sedekah yang diragui status halal atau haram harta itu?
atau...memang syurga itu dapat dimiliki dengan hanya angan-angan?

Tidak!

Anggaplah kewujudan artikel ini sebagai satu bentuk muhasabah dan peringatan kepada diri kita. Maka mari baca ia dengan jiwa yang lapang.

Bagimana kalau saya katakan bahawa selama ini kita terlalu banyak syok sendiri? Atau mungkin kita ialah jantan perasan?

Kita perasan kita ini sudah cukup baik. Kerana kita telah ditanam satu fahaman sekular. Kita ambil islam separuh muka, dan kita ambil cara hidup kafir, separuh muka lagi. Maka dalam urusan korban, puasa, dan perayaan, kita ikut islam. Tapi dalam soal mentadbir negara, soal bergaul lelaki-perempuan, soal kahwin, tak pula ikut islam.

Saya mahu bertanya, apa beza kita solat sembah Allah dengan kita sembahyang sembang patung?

Bagi orang yang beriman, Allah ialah satu-satunya Tuhan. Tapi bagi orang yang mahu 'beriman separuh-separuh', dia tidak sembah satu Tuhan, tapi dia sembah banyak Tuhan!

Memang dari dulu saya perhatikan. Kita selalu anggap diri kita sudah cukup baik, sudah cukup berilmu dan sudah cukup amal. Kerana itu, kita develop satu sifat, iaitu sifat sombong.

Kerana merasakan diri kita baik, kita mengelak apabila orang ajak kita buat kebaikan. Sedangkan apa kebaikan kita selama ini?

Dimensi
Saya mahu membawa anda ke satu dimensi, iaitu hari pembalasan. Kita dibawa ke hadapan Allah untuk dihisab. Saat itu, baru kita sedar akan satu hakikat. "Kemurkaan Allah pada hari kiamat adalah melebihi rahmatNya". Benar, di dunia memang rahmat Allah mengatasi murka-Nya. Tapi itu di dunia. di akhirat sebaliknya.

Maka, di hadapan Allah, kita akan dihitung penuh teliti. Satu persatu.

Amal soleh, ada? Ada.tapi seciput.
Dosa, ada? Ada. Banyak.
Kezaliman, ada? Ada. Berlonggok.

Habislah kita! Celakalah kita!

Saat itu, kita tercari-cari syafaat. Kita jumpa semua nabi. Bermula dengan Nabi Adam a.s hinggalah Nabi Isa a.s, kita jumpa, kita minta pertolongan. Tapi kesemua mereka refuse, kerana semua mereka takut dengan kemurkaan Allah pada hari itu.

Lalu, hanya seorang saja savior kita- Nabi Muhammad s.a.w

Tapi, jika didunia kita tak amalkan sunnah-sunnahnya, macam mana Baginda nak tahu kita ini umatnya? Kita tidak punya bukti untuk mengaku sebagai umat Baginda!

Saya pernah berborak dengan ibu saya yang tercinta. Di dalam kereta, selepas pulang dari kuliah magrib di masjid saya.

"Erm...orang zaman sekarang, mengaji agama sebab nak mudah saja."

"Macam mana tu ma?", Saya panggil ibu saya 'ma'.

"Ya lah. Belajar hukum. Nak tahu mana wajib, sunnat, harus, makhruh dan haram. Tapi kalau masuk bab amal, benda-benda sunnat ni bukannya nak buat. Alasannya, 'alaah..benda sunnat, tak payah buat pun takpe'. Tapi dalam benda-benda makhruh boleh pula kata, 'Alaaa...benda makhruh, buat pun takpe'. Mengaku nak jadi umat Nabi, tapi takde pun cinta pada sunnah-sunnah Nabi", balas ma saya panjang.

Ingatlah!
Syurga itu bukan untuk orang yang perasan diri dia baik! Dan syurga juga bukan untuk orang yang perasan dia berilmu!

Oh, kita tak perasan. Tapi, jika kita bukan orang yang perasan, mengapa kita sombong?

'Alaa..benda-benda sunat ni tak buat pun takpe'

'Alaa..aku tak pegi surau pun aku solat juga'

'Alaa..aku tak duduk dalam kuliah agama pun aku still tahu halal-haram'

'Alaa...aku banyak share dan baca artikel mengarut-mengarut pun bukannya aku tak reti baca Quran'

Dan last-last, kita guna 'ayat pembunuh'- "Ah! Kita kubur lain-lain!'

Huh, kubur lain-lain kau kata? mahu dilabel sebagai apa orang sebegini? Jahil atau berani? Tidak tahukah bahawa 1 hari dalam akhirat sama dengan seribu tahun atas dunia? Atau memang kau terlalu berani untuk kena bakar dan siksa?

Kalau jumpa orang macam ni, senang saja nak balas. Kata pada dia, "Kalaulah ditakdirkan kita kubur sebelah-sebelah. Kau ingat aku dapat tidur senang ke dengar kau menjerit-jerit kena belasah?"

Kesimpulan
Jangan tiru perangai orang Nasrani dan yahudi. Apabila diajak kepada islam, mereka menjawab,"Kami telah islam lebih dahulu dari kamu". Mereka perasan mereka betul, tapi tidak. Same thing goes to us.

Dalam banyak hal, kita perasan kita betul dan baik. Tapi ketahuilah, hati kita belum lagi lurus, jika kita tidak mula berusaha meruntuhkan tembok kesombongan dan melebur sifat perasan kita.

Dengarlah nasihat ini- Banyak benda lagi kita perlu belajar.

Dan suka saya ingatkan kepada 'bro-bro' 'sis-sis' yang singgah sini: Hanya dalam mazhab syafie sahaja yang meghukum solat berjemaah itu fardu kifayah. Dalam mazhab lain, hukumnya wajib. Dan banyak hadis menyatakan bahawa tidak diterima solat orang yang tak nak berjemaah di surau sedangkan dia dengar azan. Jomlah bro-bro sekalian. Takkan nak tunggu dah mati baru kita nak datang surau?